2015 Dijangka Perang Harga Smartphone Bermula
Firma penyelidikan IDC mengumumkan unjuran jualan telefon pintar pada tahun depan adalah 1.5 bilion unit pada tahun 2015, iaitu pertumbuhan sebanyak 12.2 peratus berbanding jualan tahun ini. Namun, peratusan pertumbuhan berkenaan adalah separuh lebih rendah berbanding tahun ini, iaitu pada kadar 26 peratus. Penurunan pertumbuhan itu dijangka akan berterusan sehingga tahun 2018 kata IDC, dengan peningkatan purata sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 9.8 peratus setahun. "Kesan kemasukan peserta industri dari China ke dalam pasaran global meningkatkan persaingan, sekali gus mencetuskan perang harga," kata Penganalisis IDC, Melissa Chau. "Manakala bagi segmen telefon pintar premium, ia dijangka tidak berubah dan kami menjangkakan telefon pintar bagi segmen mampu milik akan memiliki spesifikasi dan ciri teknologi yang lebih meluas. "Pengguna tidak perlu beralih kepada segmen telefon pintar mewah untuk memiliki telefon pintar berkualiti dan pengalaman yang lebih baik. "Persoalan terbesar adalah sejauh mana harga telefon pintar akan dapat direndahkan?" katanya. - AFP
|
magnus posted on 4-12-2014 04:09 PM
Skrg pun perang jugak..perang harga mahal...tp bagus mahal baru budak sekolah tak hanyut dibuai gaje ...
MH37O posted on 4-12-2014 04:12 PM
alah mcm lah yg murah tu bukan gajet jugak,mcm lah yg murah takleh main game,wechat,wasep etc...ha ...
magnus posted on 4-12-2014 08:17 AM
Kalau murah nanti bebudak kumpul duit raya beli gejet...jual la ribu riban supaya bertahun dorang ...
jejaka00 posted on 4-12-2014 04:22 PM
rajin la budak-budak serbu satu-satu rumah kumpul duit raya
MH37O posted on 4-12-2014 04:21 PM
apa je kau ni..takde kaitannya murah ke mahal...sama je...lagi pun tak payah nak kumpul2, parent skr ...
magnus posted on 4-12-2014 04:27 PM
Parents la yg silap....patutnya kontrol anak anak tu....tepon pun bukan bleh bawak pi sekolah...
magnus posted on 4-12-2014 08:26 AM
Skrg pun dorang rajin...takpela...dpt juga kenal kenal...bg singgit je pun happy semacam dah yg ...
jejaka00 posted on 4-12-2014 04:31 PM
Yang ni aku setuju sangat haha
budak-budak kecik aje yang rajin beraya sekrang, letak s ...
spiderman80 posted on 4-12-2014 04:01 PM
Penglibatan China dalam sektor pengguna ada baiknya juga. At least mereka mampu mengurangkan dominas ...
tungkai posted on 4-12-2014 04:41 PM
Aku nampak bersepah pakai smartphone tapi guna mostly utk fesbuk dgn main game. Dah banyak kali aku ...
CiliPadiSedap posted on 4-12-2014 04:35 PM
Akak target media pad x1 huawei tunggu sampai harga jd rm 800. Sekarang harga rm 1199 Org jual produ ...
ADVERTISEMENT