CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hantakan Gereje Ke Neraka Kata Adik Ini

5-12-2014 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13568| Komen: 49

Hantakan Gereje ke Neraka kata adik ini


PETALING JAYA - “Kami bantah sekeras-kerasnya projek yang bakal dibangunkan ini,” demikian laungan 70 penduduk berserta ahli NGO di sekitar kawasan Dataran Mentari yang berhimpun bagi membantah pembinaan gereja empat tingkat berhadapan Pangsapuri Damai, di sini.


Bantahan berkenaan dilakukan memandangkan majoriti penduduk di kawasan tersebut beragama Islam dan pembinaan rumah ibadat itu dilihat tidak relevan.

Pengerusi Pertubuhan Sahabat Daerah Petaling, Ishak Maarof berkata, pembinaan gereja di kawasan berkenaan bukannya satu keperluan, malah banyak lagi kemudahan lain yang lebih bermanfaat untuk didirikan.

“Disebabkan itu, kami bersama persatuan penduduk dan masyarakat setempat berhimpun bagi menyatakan bantahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Ishak, bagi melaksanakan proses bantahan secara lebih teratur, pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mewakili penduduk dalam menyerahkan memorandum bantahan.


Selain itu, Ishak berkata, pihak jawatankuasa berkenaan juga telah melantik peguam bagi membantu proses menghalang pembinaan gereja.

“Kita tidak menolak pembinaan gereja, namun ia tidak harus didirikan di kawasan ini kerana 70 peratus penduduk beragama Islam,” katanya.

Tambahnya, kawasan berkenaan telah mempunyai kira-kira empat gereja dan pembinaan rumah ibadat empat tingkat itu menimbulkan pertikaian banyak pihak.

Jelasnya, pihak jawatankuasa bertindak juga akan menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali esok.

"Memorandum dihantar bagi membolehkan pihak yang terlibat dapat mengambil tindakan segera bagi menghalang pembinaan gereja di sini.

“Mereka perlu cari tapak lain segera kerana penduduk memang tidak setuju satu lagi gereja dibina di sini," katanya.

Dalam pada itu, menurut seorang suri rumah yang menetap di kawasan ini, Noriza Abu Bakar, 46, kawasan tersebut tidak memerlukan lebih banyak gereja kerana yang sedia ada sudah memadai.

"Lagipun kawasan ni ramai orang Islam yang duduk, apa faedahnya bina gereja yang begitu besar.

"Sudahlah begitu, pemaju tak ada bincang dengan penduduk pun berkenaan hal ini. Ini memang tidak adil," tambahnya.

Dalam bantahan semalam, sebanyak 25 NGO terdiri daripada persatuan penduduk serta jawatankuasa surau turun padang meluahkan bantahan berhubung pembinaan gereja berkenaan.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar bagi memberi respons lebih lanjut berhubung status lot tanah yang bakal dibangunkan gereja tersebut.

Namun begitu, Halimey menerusi panggilan telefon memaklumkan, pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bersama wakil rakyat yang terlibat bagi memberikan maklum balas lebih lanjut mengenai perkara itu.

VIDEO
Loading FB Video...




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 4-12-2014 05:27 PM
Tempat buang sampah pun dibina sebelah gereja tuh
Quote berun 4-12-2014 05:31 PM
10527708_1488416098112619_4269238700940617818_n.jpg

Jgnlah kita bermusuhan
Quote chazey 4-12-2014 05:34 PM
Ya hampon dik serius sangat.
Quote robertocarbos 4-12-2014 05:36 PM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.
Quote berun 4-12-2014 05:41 PM
robertocarbos posted on 4-12-2014 09:36 AM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.

tak boleh salahkan agama itu seratus perastus...kerana setiap agama yang dibawa oleh seseorang itu berlainan bangsa.. salahkan bangsa mungkin tepat bangsa melayu cepat meroyan


Sebab ada je bangsa lain selain melayu beragama islam tidak pernah menunjukan tahap kebencian sehingga macam budak berbaju melayu kat atas ni

PEACE YO!
Quote Vympel77 4-12-2014 05:41 PM
robertocarbos posted on 4-12-2014 05:36 PM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.

I second that
Quote cipOt_cedOt 4-12-2014 05:47 PM
non-muslim who hate Islam because of act of certain no-brain muslim is absolute a brainless also...
Quote spiderman80 4-12-2014 05:49 PM
cipOt_cedOt posted on 4-12-2014 05:47 PM
non-muslim who hate Islam because of act of certain no-brain muslim is absolute a brainless also...  ...

Non Chinese who hate Chinkies because of act of certain no-brain Chinese is absolute a brainless also...
Quote cipOt_cedOt 4-12-2014 05:51 PM
spiderman80 posted on 4-12-2014 05:49 PM
Non Chinese who hate Chinkies because of act of certain no-brain Chinese is absolute a brainless a ...

indeed...
Quote Al-Patih 5-12-2014 04:33 AM
robertocarbos posted on 4-12-2014 05:36 PM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.

affirmative...
Quote Acong 5-12-2014 05:44 AM
spiderman80 posted on 4-12-2014 05:49 PM
Non Chinese who hate Chinkies because of act of certain no-brain Chinese is absolute a brainless a ...

aku pasrah je
Quote mak_wa95 5-12-2014 08:06 AM
pergunakan kanak2..

dulu depa ni selalu tuduh satu pihak lagi perguna kanak2 dan wanita

sekarang sapa yang buat

Quote ibu_haritz 5-12-2014 09:17 AM
rani kulop ni mmg on call ker???
tiap2 demo ade je dia ni..
Quote abas8888 5-12-2014 10:25 AM
video clip tu kat mentari court...gambar bawah tu kat tanjong karang pulak...
Quote mimzat 5-12-2014 02:48 PM
Hemmm apa la nak jadi dengan dunia sekarang.... boleh lulus pulak bina gereja, kuil dan tokong......  
Quote mbhcsf 5-12-2014 03:02 PM
Oh ...ini lanjutan isu protes tentang pembinaan gereja di kawasan penduduk melayu 70 percent tu? Apa jadi kes ni?
Quote Al-Patih 6-12-2014 06:59 AM


tak lamo lagi penuh le baju siRani...dengan pingat pengat....
Quote kak_sue 6-12-2014 07:11 AM
m



ini  yg di panggil ketuanan Melayu eh ??

Quote Acong 6-12-2014 07:21 AM
download tungku...! mohon diupload ke kerajaan langit

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.099707 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top