CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Awak Kat Mane' Bawa Padah

4-12-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13100| Komen: 55


Lagu Awak Kat Mane nyanyian Taufik Batisah menjadi trend masakini

Kuala Lumpur: Pertanyaan ‘awak kat mana?’ menyebabkan seorang kerani dibelasah teruk suaminya sebelum cuba dibunuh menggunakan pisau Rambo dan pisau pemotong daging.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 34 tahun turut ditumbuk dan diterajang suaminya di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Batu 4, Jalan Klang Lama, di sini.

Sumber polis berkata, insiden berlaku sejurus mangsa bertanyakan ke mana suaminya pergi sebelum pertengkaran mulut berlaku.

“Suami mangsa kemudian memukul dan menumbuk muka mangsa. Suspek kemudian mengambil pisau pemotong daging dan pisau Rambo bertujuan membunuh mangsa.

“Bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan lari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik itu,” katanya.

Ekoran kejadian itu wanita terbabit bersembunyi selama beberapa jam di dalam bilik sebelum menghubungi jiran dan pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

“Suami mangsa yang berusia 42 tahun turut mengunci pagar besi di rumah mereka menggunakan rantai bagi mengelakkan mangsa melarikan diri,” katanya.

Susulan itu sepasukan lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bergegas ke rumah mangsa sebelum menyelamatkan wanita itu.

“Polis memberkas suspek di dalamsatu bilik berkunci selain menemui dua pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan isterinya.

“Suspek kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 3-12-2014 05:21 PM
ganasss aihh
Quote Modngengade 3-12-2014 05:22 PM
harus dijadikan parody dikkkkk
Quote rospinki 3-12-2014 05:22 PM
lucu pun ada..tergt pondan merintih2 "awak kat mana??..pastu kluar sore jantan
Quote MissMamamia75 3-12-2014 05:24 PM
berita ganas ini bikin aku tersenyum simpul dek gambo Taufik & tiba2 terbayang lagu "Awak kat Mana" tu...

giler ganas si suami...
Quote enchikfitz 3-12-2014 05:26 PM
Kahkahkah..ini klako. Siot je
Quote prettyuglybabe 3-12-2014 05:43 PM
nasib la.. sendiri pilih laki baran
Quote musangcomel 3-12-2014 05:47 PM
siut btol
takde kaitan pon berita ni dengan lagu tu & gambo taufik tu
lelaki skrg makin sakit mental ek
bini tanya g mana pon nak ngamok bagai
siap nak bunuh bini plak padehal dia yg cikcur kat luar
Quote mattzzx 3-12-2014 05:48 PM
Tanya kat mana pun kena bunuh juga?
Quote GhostWalking 3-12-2014 05:52 PM
Patut tanya 'rambo kat mana' sambil menari baru dia xmarah
Quote boyagombak 3-12-2014 05:59 PM
Lirik Lagu Awak Kat Mana – Taufik Batisah               




Awak kat mane (Di tanya)

Awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)

(Rap) Awak kat mane, awak awak kat mane
Asik awak kat mane macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit-sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu di tanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluatku dibuatnya

You nak pergi mane? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, Nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga
Sikit-sikit dia mesti tanya dimana

(Rap) Awak kat mane, awak awak kat mane
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila
Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau bukan budak-budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

Tak kira dimanapun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mane awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (Kau dengar ni)

Lain kali coba berdikari
Bererti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri
Jangan sikit-sikit pulak engkau tanya dimana Last edited by boyagombak on 3-12-2014 06:02 PM

Quote amiraira 3-12-2014 06:41 PM
ade kene mengena dgn lirik lagu ke
Quote makneng 3-12-2014 06:43 PM
aku suka yg last skali part topek tanya...meluat tak?
sah2 rambo meluat ditanya bertubi2 dgn soalan ittew...hahaha
skrg dah tau la jawapan rambo..saya kat balai.
Quote mrseller 3-12-2014 06:47 PM
Keeper kat mana? Keeper kat mana?
Quote ronin 3-12-2014 06:49 PM
Lenkali tanya, "Where were you?" untuk mengelak dipukul suami.

Pertanyaan, "Awak di mana?" tu provokatif sgt....
Quote tak_tahu 3-12-2014 07:21 PM
Ni bkn giler babi tapi mmg babi. :@
Quote mak_wa95 3-12-2014 07:29 PM
Kecik2 minum susu haiwan..besar2 makan segala benda yang xpasti halal haram,dah hilang sift kemanusiaan...rimas bini tanya xpayah berbini la bro@cerai je..xpayah berparang
Quote nh83 3-12-2014 07:30 PM
Byk org giler skrg nih..adeii
Quote sapp73 3-12-2014 07:40 PM
Gila....baran sungguh la
Quote batmana 3-12-2014 07:59 PM
Mabuk la tu.. Cm la x kenal somi sndri cmne

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042529 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top