Tv Pengguna Bersiaran 24 Jam Mulai Januari 2015 KUALA LUMPUR - TV Pengguna, stesen televisyen digital pertama berkonsepkan informasi dan pendidikan kepenggunaan, akan bersiaran selama 24 jam di pusat-pusat beli-belah dan kawasan tumpuan awam di seluruh negara bermula 9 Januari depan. Ketua Pegawai Eksekutif TV Pengguna, Azmi Mohd Noor berkata, stesen televisyen itu akan menyebarkan maklumat mengenai perkembangan aktiviti kepenggunaan melalui pelbagai rancangan berbentuk hiburan dan pengiklanan. TV Pengguna yang bertemakan 'Media Informasi Kepenggunaan' disampaikan secara dwibahasa bermula dengan topik kepenggunaan pada 7 pagi hingga 11 pagi disusuli segmen panduan pengguna dari 11 pagi hingga 3 petang. "Segmen produk pengguna yang memasarkan produk-produk berkualiti pula disiarkan bermula dari 3 petang hingga 7 malam dan segmen destinasi pengguna yang memperkenal tempat-tempat pelancongan dalam negara disiarkan dari 8 hingga 12 tengah malam. "Dari 12 tengah malam hingga 6 pagi pula, kami menyiarkan rancangan bersama selebriti terkenal tanah air," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama
|
akan bersiaran selama 24 jam di pusat-pusat beli-belah dan kawasan tumpuan awam di seluruh negara bermula 9 Januari depan
ADVERTISEMENT