CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beri alasan pergi kenduri

3-6-2013 09:43 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8000| Komen: 52

Description: PORT DICKSON – Hanya kerana mahu menyertai parti liar, ada antara remaja sanggup menipu ibu bapa masing-masing, kononnya mereka mahu menghadiri kenduri. Baga ...


PORT DICKSON – Hanya kerana mahu menyertai parti liar, ada antara remaja sanggup menipu ibu bapa masing-masing, kononnya mereka mahu menghadiri kenduri.

Bagaimanapun, semuanya terbongkar dalam serbuan dilakukan polis, awal pagi semalam apabila seramai 38 anak muda termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang penuntut universiti tempatan ditahan ketika sedang leka dengan parti liar di sebuah rumah persendirian di Batu 3.5 Jalan Pantai Port Dickson, awal pagi semalam.

Difahamkan, tangkapan itu menyebabkan ibu bapa kesemua remaja terbabit terkejut selepas dimaklumkan polis dan kerana mereka dimaklumkan anak-anaknya datang ke Port Dickson untuk pergi kenduri dan bercuti.

Dalam serbuan kira-kira 3 pagi itu, rumah yang terletak di sebuah hotel turut dilengkapi lampu disko, pembesar suara, deejay serta alat pemutar muzik.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, semasa serbuan, terdapat 50 anak muda berusia antara 17 hingga 27 tahun yang mana 38 daripadanya adalah lelaki dan 12 perempuan sedang berpesta di dalam rumah berkenaan.

“Selepas siasatan dan ujian air kencing, 27 daripada mereka positif dadah, sementara 11 lagi didapati memiliki dadah.

“Dalam serbuan itu, polis menemui tiga biji pil ekstasi dan minuman keras. Namun, kita tidak menolak kemungkinan suspek berjaya menghapuskan pil berkenaan dengan mencampakkannya ke laut melalui balkoni bilik penginapan mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Abd Wahab berkata, kesemua suspek datang dari negeri ini, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur merupakan pekerja swasta, penganggur serta pelajar.

“Mereka didapati datang ke parti berkenaan atas jemputan untuk majlis hari jadi dihantar penganjur melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan penganjur parti tidak mengenakan sebarang bayaran selain mengutip duit sewa rumah sebanyak RM750,” katanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kewujudan parti itu dan operasi yang diketuai Inspektor Norsaiful Asrar Ahmad Najih bersama 13 anggota tamat sekitar 5 pagi.

7

Bagus
2

Marah
5

Terkejut

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 3-6-2013 09:13 AM
PD mmg tpt yang best dan nyaman..

tak caya tanya Zena Zeng


tanya kat PM pung okeh gak
Quote gogo2 3-6-2013 09:14 AM
Semua lelaki 1 wanita jer... liar lar sgt
Quote stryder_cats 3-6-2013 09:17 AM
gogo2 posted on 3-6-2013 09:14 AM
Semua lelaki 1 wanita jer... liar lar sgt

terdapat 50 anak muda berusia antara 17 hingga 27 tahun yang mana 38 daripadanya adalah lelaki dan 12 perempuan sedang berpesta di dalam rumah berkenaan

mana ada 1, 12 kan tu... tp dlm gambar ada 1 je..
Quote novelloverzz 3-6-2013 09:18 AM
3 lelaki : 1 pompuan hmmm hebat..
Quote jonlabu 3-6-2013 09:21 AM
stryder_cats posted on 3-6-2013 09:17 AM
terdapat 50 anak muda berusia antara 17 hingga 27 tahun yang mana 38 daripadanya adalah lelaki da ...

average sorang tine, tiga jantan. memang kena khenduri la sangat.  
Quote khailya 3-6-2013 09:22 AM
pesta liar tu means.. ade minum2 dan menari2 ker?..ehhehehehe
Quote mahmoode 3-6-2013 09:25 AM
khailya posted on 3-6-2013 09:22 AM
pesta liar tu means.. ade minum2 dan menari2 ker?..ehhehehehe

dan ada ngeseks....pesta liar dan seks berpisah tiada...
Quote khailya 3-6-2013 09:26 AM
mahmoode posted on 3-6-2013 09:25 AM
dan ada ngeseks....pesta liar dan seks berpisah tiada...

ohhh itu ke maksudnyer..huhuuh
baru faham... tenkiu2..
Quote prettyuglybabe 3-6-2013 09:29 AM
budak-budak yang clubbing saban minggu kat kl ni bagi alasan apa ye kat mak bapak??
Quote chaoyunjie 3-6-2013 09:36 AM
selepas 9 bulan...ada la yg buang bayi...
kena berjaga2 12 orang wanita tu....
Quote tupaiterbang 3-6-2013 09:37 AM
Syd posted on 3-6-2013 09:13 AM
PD mmg tpt yang best dan nyaman..

tak caya tanya Zena Zeng

aku dengar kat DK pun cover line baik punya..
tak caya tanya presiden PIS, si Edi tu..
nanti kuar gambar gan video, kita sume bleh meroyan eh
Quote Syd 3-6-2013 09:39 AM
jonlabu posted on 3-6-2013 09:21 AM
average sorang tine, tiga jantan. memang kena khenduri la sangat.

tukang bancuh air jahh

Quote meichi7 3-6-2013 09:43 AM
kenduri kendara kendarat..budak2 ni oiii advance beno perangai cmni
Quote nicuya 3-6-2013 10:19 AM
mmg kenduri pon...kenduri liar..hahahahaha
Quote md.jie 3-6-2013 10:41 AM
nak masuk club tak cukop umor, bat syok sesama sendri jahh
Quote cik.ijaw 3-6-2013 10:44 AM
budak2 x dgr kata memang gitu..xreti di untung. tau sendiri syok ja. yg susahnye mak bapak
Quote shizukachan 3-6-2013 10:45 AM
Melayu...ahahaahhaahahahahahha
Quote dainese 3-6-2013 11:11 AM
hooo..cakap aje la pegi kenduri akikah...cukur jambul..
sebab memang kena kekah pun pun..
Quote kaknab 3-6-2013 11:24 AM
kesian kan ibu bapa.. bila ank dah besar begini jadinya....buleh amalkan surah dan juga mengikut cara didikan islam.. salah satu cara , untuk mengelakan anak2 terlibat dalam kegiatan seperti ni. risooo la.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055522 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top