CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tak Hantar Sms Viral

3-12-2014 01:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2423| Komen: 3

Polis tak hantar SMS viral






Auta

Satu pesanan tersebar di internet dan aplikasi WhatsApp kononnya dihantar oleh seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Bukit Aman.

Pesanan itu menyatakan semua wanita yang berjalan seorang diri ke manamana diminta berhati-hati jika mereka terjumpa seorang kanak- kanak sedang menangis seorang diri di tepi jalan.

Kanak-kanak ini dikatakan akan menunjukkan alamat rumahnya dan meminta wanita itu menghantarnya pulang. "Jangan sesekali hantar kanak-kanak itu ke alamat tersebut.

"Hantar kanak-kanak itu ke balai polis berdekatan," menurut mesej itu. Menurut mesej itu, taktik kanak-kanak menangis itu dikatakan cara terbaru digunakan  perompak, penculik dan perogol. Mesej itu juga dikatakan dihantar oleh anggota D9 Bukit Aman yang dikenali sebagai Asisten Superintendan Suman Kumar.

Fakta

PDRM menafikan sama sekali pesanan itu dikeluarkan oleh anggotanya. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Asisten
Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, sejak kebelakanganini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui laman internet serta aplikasi WhatsApp menggunakan nama Asisten Superintendan Suman Kumar daripada D9 Bukit Aman.

“Berdasarkan semakan, kami tidak mempunyai anggota dikenali Asisten Superintendan Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menurut beliau, PDRM akan mengeluarkan maklumat terkini dan hebahan menggunakan platform rasmi sahaja.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 3-12-2014 11:12 AM
walaupun xbetul..tapi kena berhati2 juga..mana tau ada orang ambik kesempatan,dah polis nafikan,depa ambik peluang yang ada..

Quote jofizo 3-12-2014 11:15 AM
x betul pun tp kalau arah kebaikan apa salahnya....... rakyat perlu lebih berhati2, skg jenayah dimana2 dan penjenayah semakin kreatif mencipta teknik dan cara utk lakukan jenayah
Quote Esmiria 4-12-2014 12:24 AM
mak_wa95 posted on 3-12-2014 03:12 AM
walaupun xbetul..tapi kena berhati2 juga..mana tau ada orang ambik kesempatan,dah polis nafikan,depa ...

Yup. betul tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.036875 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top