CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

A&W Malaysia Buka Enam Lagi Cawangan Tahun Depan!

1-12-2014 12:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6628| Komen: 78

A&W Malaysia Buka Enam Lagi Cawangan Tahun Depan!


KUALA LUMPUR: A&W (Malaysia) Sdn Bhd memperuntukkan RM5 juta untuk membuka enam lagi cawangan di seluruh negara pada tahun depan sebagai sebahagian program rombakan terhadap operasinya.

Cawangan baharu dijangka dibuka di Pulau Pinang, Pantai Timur, Johor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif, Samad Mohd Shariff, berkata cawangan baharu berkenaan adalah sebahagian daripada pelan pengembangan syarikat untuk menghadapi persaingan sengit dalam industri makanan segera.

"Kami yakin A&W Malaysia akan dapat bersaing dengan peserta makanan segera utama lain pada masa akan datang," katanya ditemui di luar Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini hari ini.

Berhubung penutupan cawangannya di Petaling Jaya yang mempunyai perkhidmatan pandu-lalu, Samad menjelaskan cawangan itu akan ditempatkan semula di lokasi berhampiran semasa pembinaan dua menara KUB di kawasan itu pada tahun depan.

"Cawangan itu kemudiannya akan berpindah ke aras bawah satu daripada menara berkenaan yang akan dibina oleh pemilik A&W Malaysia, KUB Malaysia Bhd, menjelang akhir tahun depan," katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marine_admiral 29-11-2014 10:17 PM
harap2 bukak satu kt kuantan
Quote noor2 29-11-2014 10:18 PM
Selalu gak pi kat tol batu 3 tu...sedap ja rasanya burger a&w ni
Quote shernazz 29-11-2014 11:06 PM
Suka float dia...huhu...
Payah nak cari area puchong neh..
Quote pooh~key 29-11-2014 11:11 PM
shernazz posted on 29-11-2014 11:06 PM
Suka float dia...huhu...
Payah nak cari area puchong neh..

Kat puchong memang takde kan?
Quote pooh~key 29-11-2014 11:12 PM
Sedap lagi burger a&w compare dari burger king tu bagi aku. Tapi ayam goreng out la.
Quote airfilterkotor 29-11-2014 11:13 PM
RM5 juta untuk 6 outlet... Cukup ker tu.... ?
Quote shernazz 29-11-2014 11:13 PM
pooh~key posted on 29-11-2014 11:11 PM
Kat puchong memang takde kan?

Tu la..dolu lepak kat leisure mall je...
Btabah la...
Quote pooh~key 29-11-2014 11:15 PM
Lagi satu yang sedap kat a&w ni, waffle die... Ummmph.
Quote aechae 29-11-2014 11:28 PM
pooh~key posted on 29-11-2014 11:15 PM
Lagi satu yang sedap kat a&w ni, waffle die... Ummmph.

waffles + aiskrim....so yummyy....
Quote pooh~key 29-11-2014 11:31 PM
aechae posted on 29-11-2014 11:28 PM
waffles + aiskrim....so yummyy....

Yup, setuju...
Quote rospinki 29-11-2014 11:31 PM
kt tesco bbt ada..suka fries dan ofkos float dia..tp kecik je outlet kt tepi pretonas je.
Quote ejai601 29-11-2014 11:35 PM
shernazz posted on 29-11-2014 11:06 PM
Suka float dia...huhu...
Payah nak cari area puchong neh..

Kt bdr kinrara ada..xjauh pn dr puchong tu
Quote ultra78 29-11-2014 11:41 PM
A&W kat pj tu tak jadi tutup kan?
Quote missyqaldina 29-11-2014 11:45 PM
adoii muak makan anw...huhuhu...
Quote oni313 29-11-2014 11:51 PM
ayam goreng dia out skit la, terlebih minyak

tp root beer tu tetap legend sampai skrg..
Quote finesse 29-11-2014 11:51 PM
Kat kota bharu ada tak?
Quote cmf_premierleag 29-11-2014 11:54 PM
Service a&w ni slow tahap siput babi
Pastu pekerja2 lak pakai t-shirt a&w yg mcm faded lusuh..nmpk busuk pun ada gak
X selera nak telan a&w
Nama je fast food.tp servis satu customer  smpi 30min sowang
Quote buDak_gaTaL 30-11-2014 12:03 AM


suke makan waffle ice cream...sekarang kalau balik shah alam baru selalu makan a&w

zaman lepas sekolah dulu selalu part time a&w...customer memang kurang berbanding keje kfc

goyang kaki ajelah


Quote Mary_jane 30-11-2014 12:04 AM
Bkk cawangan lebih sbb semua pakat boikot mcd ke ni? Rootbeer best

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055115 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top