CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30,000 Guru Akan Dilatih Bahasa Ketiga

1-12-2014 12:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6952| Komen: 84

30,000 Guru Akan Dilatih Bahasa Ketiga


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Sebanyak 30,000 guru diperlukan jika pengajaran bahasa ketiga termasuk bahasa asing ingin diperluas di semua sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementeriannya sememangnya mempunyai dasar berhubung pengajaran bahasa ketiga antaranya bahasa Arab, Cina, Tamil, Perancis dan Sepanyol di sekolah tertentu, namun bilangan pelajar yang terlibat adalah kecil.

"Ini satu usaha untuk membolehkan lebih ramai anak Melayu tahu apa yang dibicarakan oleh rakan mereka daripada anak Cina dan Tamil.

"Tapi kalau nak ajar di semua sekolah, saya perlu lantik 30,000 guru kerana terdapat 10,000 sekolah di seluruh negara dan jika setiap sekolah mempunyai tiga guru bahasa ketiga, maka 30,000 orang guru diperlukan... jumlahnya amat besar.

"Tapi dengan sokongan perwakilan sekalian, jawatan baharu itu akan dapat diwujudkan dan seterusnya memudahkan pelaksanaan dasar ini," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra, yang berakhir hari ini. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 29-11-2014 09:47 PM
Banyak duit gomen.
Quote spiderman80 29-11-2014 11:39 PM
Tetiba saya rasa ia satu penghinaan kepada martabat Bahasa Melayu di negara kita. Bukan kah masih ramai rakyat kita masih tak fasih dalam bahasa kebangsaan, kenapa sekarang nak memperkasakan bahasa ketiga?  
Quote mak_wa95 29-11-2014 11:50 PM
kenapa tetiba rasa wak yidin popular dalam perhimpunana agung amno kali ni..adekah???

Quote Mary_jane 29-11-2014 11:50 PM
Ini satu usaha untuk membolehkan lebih ramai anak Melayu tahu apa yang dibicarakan oleh rakan mereka daripada anak Cina dan Tamil

Tapi skg, chinese & indian borak in english, so kte pn bleh paham. Lama kelamaan bahasa ibunda memasing bleh pupus mcm tu je.

Quote BotakChinPeng 30-11-2014 12:07 AM
"Ini satu usaha untuk membolehkan lebih ramai anak Melayu tahu apa yang dibicarakan oleh rakan mereka daripada anak Cina dan Tamil.


Ini macam punya bangang ka muhyiddin muka sembab.
Kalo dia kata untuk membolehkan anak melayu tahu apa yg dibicarakan oleh ayam cina pun masih boleh gak diterima Last edited by BotakChinPeng on 30-11-2014 11:51 AM

Quote Al-Patih 30-11-2014 05:16 AM
"Ini satu usaha untuk membolehkan lebih ramai anak Melayu tahu apa yang dibicarakan oleh rakan mereka daripada anak Cina dan Tamil.

bukan apoh meke bicarakan ajo...biaq otak meke berkembang....
Quote Esmiria 30-11-2014 06:49 AM
spiderman80 posted on 29-11-2014 03:39 PM
Tetiba saya rasa ia satu penghinaan kepada martabat Bahasa Melayu di negara kita. Bukan kah masih ra ...

Penghinaa? btul ka?
Quote faraway1 30-11-2014 07:04 AM
kenapa tidak,  best fasih bahasa ke 3.
Quote linnytuckming2 30-11-2014 07:24 AM
Satu lagi projek membazir duit barisan nesional.
Quote mamiayu 30-11-2014 07:34 AM
ala Pak Yidin, mantapkan dulu guru2 yg ajar english yg yg dah bertahun2 belajar tapi masih tak fasih BI tu. Ini nak latih 30,000 guru bahasa ke3 pulak dlm 3 tahun, dah nak suruh ajar budak2

plan lan betui2 Pak Yidin.... jangan anianyakan anak2 kami, jangan membazir duit tax kami

Quote pinkzara 30-11-2014 07:35 AM
ok ja ajar 3 bhs.
tapi bukan exam oriented, kalau lebih kepada komunikasi, i setuju.
utk evaluation, memadai exam oral je.

tapi BM tetap kena jd syarat wajib lulus utk SPM.
Quote kucen_miang 30-11-2014 07:55 AM
Ini langkah awal memertabatkan bhsa cina tamil kah
Quote snowflakes 30-11-2014 08:01 AM
Budak sekolah dah belajar 3 bahasa sekarang: bm, bi dan ba. Tak cukup 3 lagi ke? sjkc ada bm, bi, bc. sjkt pulak bm, bi, bt.
Quote noor2 30-11-2014 08:09 AM
Dulu masa kat u i jugak.kena ambik bahasa ke3...i pilih bahasa mandarin.dapatla B..siap kena ada lakonan semua dalam subjek ni..
Quote R2D2 30-11-2014 08:35 AM
ni pasal projek
masa PPSMI dulu tu pun pakar2 bahasa bantah pasal cara tak kena
patutnya diperbetulkan kaedah pengajaran
tapi BN nak buat jugak modul tu sebab projek tu masyuk lebih RM800 juta
Quote spiderman80 30-11-2014 11:06 AM
noor2 posted on 30-11-2014 08:09 AM
Dulu masa kat u i jugak.kena ambik bahasa ke3...i pilih bahasa mandarin.dapatla B..siap kena ada lak ...

Ya ke sis? Entah2 penilisan dan pembacaan Mandarin awak lebih bagus dari saya. Saya haram sepatah tulisan Cina pun tak reti baca dan menulis. Nasib baik saya tahu bertutur selepas saya keluar bekerja dulu. Saya ni orang panggil OCBC (Orang Cina Bukan Cina)
Quote noor2 30-11-2014 11:34 AM
spiderman80 posted on 30-11-2014 11:06 AM
Ya ke sis? Entah2 penilisan dan pembacaan Mandarin awak lebih bagus dari saya. Saya haram sepatah  ...

Saya masih tak mampu menguasai tulisan dan bacaan tapi menyebut dan memahami aoa yang kawan2 cina bersembang dalam mandarin boleh ja tp takla 100%...sikit ja...sebab dalam pelajaran selama dua tahun dulu ayat2 yang ditulis dalam tulisan cina ada beserta ejaan dalam abcd...dalam huruf..

Contoh buku yang kami belajar ialah Huayu oleh Soh Wei Nee..

Kita belajar 'pinyin' iaitu sebutan dan simbol2...dan nada
Quote taikor 30-11-2014 11:35 AM
bagus jugak cadangan ini. amat dialu-alukan...

yg tak dapat masuk SJKC masih boleh pelajari BC di SK.

lagipun, di masa akan datang, lagi banyak urusan pekerjaan kena pergi ber-meeting ke China. kena tahu cakap atau faham BC jugak
Quote noor2 30-11-2014 11:37 AM
spiderman80 posted on 30-11-2014 11:06 AM
Ya ke sis? Entah2 penilisan dan pembacaan Mandarin awak lebih bagus dari saya. Saya haram sepatah  ...

Sambung sikit..contoh ayat atas dutulis dalam tulisan cina..ayat bawah dalam.abjad abcd..vobtoh:

Zheli you duoshao ren?...setiap ayat ada tanda untuk pinyin

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.108643 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top