Kawan Curi Identiti
Mangsa berusia 38 tahun itu difahamkan pernah menyerahkan dokumen miliknya kepada rakannya yang berkerja di bank sekitar September untuk mendapatkan pinjaman tetapi tidak meneruskan niatnya pada ketika itu. Bagaimanapun, baru-baru ini apabila dia membuat permohonan pinjaman lain dia dapati namanya baru sahaja diberikan pinjaman RM209,164. Terkejut dengan perkara itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani membuat semakan sebelum mendapati identiti dirinya itu digunakan untuk membuat pinjaman oleh seorang yang dikenalinya. “Saya ke bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan sebelum terkejut apabila rakan saya mengaku menggunakan nama saya untuk mendapatkan pinjaman. “Saya tidak faham mengapa pihak bank boleh meluluskan pinjaman tanpa perlu saya hadir untuk menandatangi sebarang perjanjian pinjaman,” katanya ketika dihubungi, semalam. Tidak berpuas hati dengan tindakan bank berkenaan Ani membuat laporan polis di balai polis jalan Tun Razak untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan. -hmetro *Sedapnya guna identiti org bt loan, pecah amanah ni, saman je dedua kak ani.
|
raxief posted on 29-11-2014 04:38 PM
aku salahkan bank.
mikasa posted on 29-11-2014 05:50 PM
Bukan sekarang semua bank kena verfy cap jari ker
noor2 posted on 29-11-2014 05:49 PM
Ya...bank tu salah sebab luluskan...dan kawan tu elok diC4 ja sebab x amanah dan jahat
Mary_jane posted on 29-11-2014 05:52 PM
Kwn cik ani memandai verified sendiri kot. Tu yg loan approved je
raxief posted on 29-11-2014 06:03 PM
ini kes aniaya satu hal la, guna identiti org lain.. satu lg kes sendiri pakat sama bank utk lepas ...
raxief posted on 29-11-2014 06:03 PM
ini kes aniaya satu hal la, guna identiti org lain.. satu lg kes sendiri pakat sama bank utk lepas ...
ADVERTISEMENT