CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tukar Nama Jalan Keputusan Menteri

28-11-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3075| Komen: 1

Tukar nama jalan keputusan menteri

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib


KUALA LUMPUR - Pembaharuan lapan nama jalan sedia ada di ibu negara telah diputuskan oleh jemaah menteri sejak 4 Jun lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, keputusan dibuat kerajaan pusat setelah mendapat pandangan serta penelitian yang sewajarnya.

Menurutnya, bukan mudah untuk membuat pertukaran nama kerana ia perlu dilakukan atas dasar kepentingan nasional dan mempunyai lambang dari segi sejarah serta tokoh.

“DBKL menerima surat daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung keputusan berkenaan.

“Penamaan semula jalan-jalan terlibat ini sebagai satu bentuk penghormatan terhadap raja-raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Sebelum ini terdapat permohonan untuk penukaran nama salah satu jalan kepada nama seorang tokoh, namun apabila dibincangkan dan diteliti serta mendapatkan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ia tidak dipersetujui,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Inovasi Peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, semalam.

Ahmad Phesal dalam pada itu berkata, selain lapan jalan yang telah diumumkan pertukaran nama, sebuah lagi pertukaran nama jalan akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Katanya, selaras dengan penamaan semula jalan-jalan terlibat, DBKL akan melaksanakan penukaran papan tanda jalan mulai hari ini.


“Kita akan kekalkan nama jalan yang lama dibuat dalam kurungan untuk mengelakkan kekeliruan kerana orang ramai masih tidak biasa dengan nama baharu.

“Penukaran dibuat dengan kos RM3,000 hingga RM5,000 setiap satu bergantung kepada saiz papan tanda,” katanya.

Tambahnya, penyelarasan juga perlu dibuat melibatkan agensi berkaitan seperti pihak pejabat pos dan juga pendaftaran negara.

“Kita jangkakan ia mengambil tempoh dalam jangka masa enam bulan,” katanya.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=842532&page=6#pid58531522



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Knowlee 29-11-2014 02:56 PM
tak kisah sangat, sebab selama ni hafal jalan, tengok landmark je, pastu lama-lama memang boleh memorize jalan tanpa perlu tengok papan tanda. tapi diorg tukar nama ni, nama lama diorg letak jugak bawak papan tanda baru. diorang tulis kecik.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.029657 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top