CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Conteng Kereta Kerana Berang Teman Lelaki Curang

28-11-2014 04:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8419| Komen: 31

Description: Wanita Tersebut, Maria Alejandra Samaniego, 25, Berang Selepas Dia Mendapati Teman Lelakinya, Pabil Muniz Quintanilla, 27, Sedang Berasmara Dengan Wanita Lain Di Kediaman Mereka Di Bandar Ini.
Conteng Kereta Kerana Berang Teman Lelaki Curang


SEDUTAN video ini menunjukkan Samaniego sedang mencoteng kereta Mercedes Benz milik teman lelakinya di bandar Barranquilla, Colombia.


KEADAAN kereta mewah milik Quintanilla yang diconteng oleh teman wanitanya.

BARRANQUILLA, Colombia
– Seorang wanita mencetuskan sensasi di internet selepas dia menconteng kereta mewah milik teman lelakinya yang curang dengan seorang wanita lain.

Wanita tersebut, Maria Alejandra Samaniego, 25, berang selepas dia mendapati teman lelakinya, Pabil Muniz Quintanilla, 27, sedang berasmara dengan wanita lain di kediaman mereka di bandar ini.

Samaniego yang berang dengan sikap teman lelakinya itu kemudiannya menconteng kereta jenis Mercedes-Benz milik Quintanilla dengan pelbagai perkataan penghinaan.

Seorang rakan Samaniego telah merakamkan video dan gambar wanita itu sedang menconteng kereta teman lelakinya sebelum memuat naik imej berkenaan di internet baru-baru ini.

Sejak dimuat naik di  internet, video itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di laman sosial.

“Itu adalah salah satu cara yang bagus untuk mengajar lelaki yang curang,” kata seorang pengguna. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Munnalicious 27-11-2014 03:03 PM
Conteng buat hape. Toreh je terus.
Quote rospinki 27-11-2014 03:06 PM
kompius kejap..tred sebelah pempuan curang keta bf kena smack..2 story rupanya
Quote Cik_Andak 27-11-2014 03:07 PM
sibah cat merah lah....
Quote alieyrina 27-11-2014 03:10 PM
Burn ja lahh  
Quote melia_star 27-11-2014 03:10 PM
nasib baiklah dia conteng jer......klu dia toreh2 pecahkan cermin, nangess.....



p/s. off topic sat....awat certain time aku quote reply aku x bleh nmpk emoticon? ada 2-3 kali dah aku reply forummer xde column mode tu..
Quote amyainsamad 27-11-2014 03:29 PM
conteng je...kalo kena tolak dlm laut
Quote kucen_miang 27-11-2014 03:32 PM
tt ni mengkhusus bukak thread psl kecurangan jantan betine aja ke?
Quote fifie_olin 27-11-2014 03:33 PM
pe brg conteng...kita bakor jee
Quote Mary_jane 27-11-2014 03:39 PM
kucen_miang posted on 27-11-2014 03:32 PM
tt ni mengkhusus bukak thread psl kecurangan jantan betine aja ke?

Kebetulan cik kucen oi.
Quote baby_pingu 27-11-2014 03:43 PM
naper tak torehkan?
Quote prettyuglybabe 27-11-2014 03:45 PM
nasib la.. bf kaya
Quote perang_candu 27-11-2014 03:49 PM
nasib lah.. risiko ada BF kaya.. ramai yg minta dicelup
Quote asher 27-11-2014 03:55 PM
rejeki bf dia lah dapat keta airbrush baru..
Quote mommymonster82 27-11-2014 03:58 PM
Conteng aja? Murahanlah pembalasan...pegi wax hilang...

Patut gores n menang aja kereta tu..
Quote lavapiranha 27-11-2014 04:44 PM
rospinki posted on 27-11-2014 03:06 PM
kompius kejap..tred sebelah pempuan curang keta bf kena smack..2 story rupanya

hek eleh....itu pun boleh keliru...






Quote gekkou 27-11-2014 04:44 PM
mat saleh ni syaratnya kalau tgh ada relationship x leh celup2 kat org lain eh
kalau dah clash suka hati ko la gitu
Quote lavapiranha 27-11-2014 04:45 PM
mommymonster82 posted on 27-11-2014 03:58 PM
Conteng aja? Murahanlah pembalasan...pegi wax hilang...

Patut gores n menang aja kereta tu..

ohhhhhhhhhh.......

ini cara cikgu ngajar orang ekkkk....??

ermmmmmm....masak.



Quote alinone78 27-11-2014 04:47 PM
laaa awat meroyan sampai macam ni
dia boleh curang
hang pun p la curang juga
p conteng kereta buat apa
kena saman satgi
mau putih biji mata nak bayaq
Quote Nicki_Meow 27-11-2014 04:52 PM
Nak tuju lagu ni kat awek tersebut....

[youtube]nzLtKVBPz1I[/youtube]

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.197552 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top