CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosakkan Kereta Kekasih Isteri

27-11-2014 05:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7655| Komen: 63

Rosakkan Kereta Kekasih Isteri

Gambar hiasan


KUALA KURAU: Berang isteri berlaku curang, seorang lelaki memecahkan keseluruhan cermin kereta kekasih isterinya yang diletakkan di pekan Kuala Kurau, di sini, Ahad lalu.

Selain itu, Sinar Harian turut difahamkan keempat-empat tayar kereta jenis Proton Satria ditoreh dan dirosakkan suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang meletakkan kenderaan di lokasi pasar malam Kuala Kurau dipercayai sedang menunggu isteri suspek untuk membawanya keluar.

“Suspek yang marah dengan perbuatan isterinya, bergelut dengan mangsa sebelum bertindak memecahkan keseluruhan cermin dan tayar kenderaan mangsa.

“Pergaduhan itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan orang ramai,” katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini.

Seorang lagi saksi, Jun,30-an berkata, semasa suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan dengan menggunakan objek keras, mangsa terus melarikan diri.

“Bagaimanapun, kejadian itu berakhir apabila kedua-dua pihak didamaikan oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan tiada laporan polis dibuat atas kehendak kedua-dua keluarga suspek dan mangsa terlibat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melia_star 27-11-2014 03:02 PM
kisah suka dan duka jantan2 bodoh....
Quote Cik_Andak 27-11-2014 03:05 PM
Yang pompuan tepuk tangan????
Quote Mary_jane 27-11-2014 03:09 PM
Musim kereta jdk mangsa lepaskan sakit hati.

mangsa yang meletakkan kenderaan di lokasi pasar malam Kuala Kurau dipercayai sedang menunggu isteri suspek untuk membawanya keluar


Ngedate?

Quote sekel 27-11-2014 03:10 PM
suami meroyan plk
Quote maleo 27-11-2014 03:11 PM
mendapat la main bini org
Quote olaoliolu 27-11-2014 03:23 PM
Hahaha adoi kereta jugak yg jadi mangsa
Quote WawaRaRa 27-11-2014 03:26 PM
gila pompuan ni berani suh bf amek kat umah... family pon cm selamber jer... klu laki tu abg aku aku suh dier ceraikan bini dia... n klu pompuan tu kakak aku... aku mintak abg ipar aku ceraikan jer dia... perangai buruk...
Quote setokinpurple 27-11-2014 03:26 PM
Selayaknya laa.. pecahkan kepala sekali
Quote mak_wa95 27-11-2014 03:28 PM
dua2 jantan bodo..

sekor nak sangat hadap bini orang..sanggup bertumbuk dgn laki kawan tu

sekor lagi hadap sngat betina bohsia...



p/s  cerai je..watpe susah2 bergaduh bertumbuk bergasak..
Quote wds 27-11-2014 03:28 PM
Jantan lebih bodoh dari lembu dok kacau bini orang. Ni jenis nak pancut dalam tanpa perlu risau mengenai tanggungjawab kalo termengandung.

Si betina tu pulak kalo dah berlaki buat la cara berlaki. Dok layan jantan lain lagi tu nape. Nasib baik tak jadi kes bunuh akibat cemburu.
Quote batmana 27-11-2014 03:29 PM
baiknya laki dia,  cume pecah kete je..

kalu dgn lelaki yg jenis panas baran, mau bawa geng 5 orang, sorang pegang kaki,sorg pegang tangan, soraang amik gunting, pi potong totei laki tu, pstu sumbat dlm mulut .

abis cite..

pada lelaki diluar, jgn cari pasal..................
Quote amyainsamad 27-11-2014 03:29 PM
apa ke bangang...ko cerai jela bini dh curang terang2
Quote kentel 27-11-2014 03:35 PM
bodohnya...jantan dayus cmtu still lagi ternak bini yang terang2 menyundal..bodoh..ceraikan jelah!!!
Quote fifie_olin 27-11-2014 03:36 PM
bini org gak nk diganggunya...bodo
Quote prettyuglybabe 27-11-2014 03:44 PM
dari ko jahanamkan kete orang tu, baik ko tangankan dulu bini gatal ko tu
Quote namirulmukminin 27-11-2014 03:48 PM
Dasar bini gatal bu#it!! Patut bu#it bini gatal ko tu yang ko toreh...
Quote mommymonster82 27-11-2014 04:07 PM
Isteri2 pon dah ramai yg curang skrg...

Camnerlah korg ni jadi mak...

Klu xmalu dgn tuhan malulah dgn anak2... Camner nk ckp syurga tu bawah kaki ibu??

Quote puteri_impian 27-11-2014 04:09 PM
kentel posted on 27-11-2014 03:35 PM
bodohnya...jantan dayus cmtu still lagi ternak bini yang terang2 menyundal..bodoh..ceraikan jelah!!!

mmg ade spesis jantan gini tau......
ada kawan put ari2 dok cite bini die ada skandal dgn org lain(aka ex bf ) ...cuma takde bukti ja katanya nak tuduh katanya...
Quote kentel 27-11-2014 04:13 PM
puteri_impian posted on 27-11-2014 04:09 PM
mmg ade spesis jantan gini tau......
ada kawan put ari2 dok cite bini die ada skandal dgn org lai ...

tapi sis, kan ade undang2 islam...boleh pegi court, cakap bini ni nusyuz..dia syak bini dia curang..hah..xbole ke gitu??

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.205873 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top