Sue wang Synergistic Real Estate Management and Network Pte Ltd, syarikat yang menguruskan Avenue K (AK) bakal memperkenalkan wajah baru pusat membeli-belah itu menjelang Oktober ini. Pengurus Besar Avenue K Sue Wang berkata, syarikatnya membelanjakan RM50 juta bagi memberikan nafas baru kepada AK. “AK mempunyai keluasan 360,000 kaki persegi dengan 126 unit kedai dan dijangka akan dihuni oleh 70 peratus penyewa kedai apabila dibuka kelak,” katanya pada majlis pengenalan penyewa utama AK di Kuala Lumpur, kelmarin. Menurutnya, pusat membeli-belah yang terletak berhampiran menara berkembar dan dihubungkan dengan kemudahan stesen LRT akan menjadi lokasi membeli belah pilihan pengguna, sekali gus menggalakkan industri perniagaan di Kuala Lumpur. Katanya, pembaharuan yang dibawakan oleh AK bukan sekadar rupa tetapi turut memberikan suasana membeli belah yang mempersonakan serta memastikan kemudahan kepada pengunjung. Wang berkata, H&M akan menjadi gedung terbesar di AK selain turut boleh didapati di kedai-kedai terkemuka lain seperti Cotton On, Fitness First, Popular, pasar raya Presto, Crocs, Travelexs, Chatime, Old Chang Kee, The Loaf, Krispy Kreme dan banyak lagi.
|
mbhcsf posted on 30-5-2013 11:32 AM
Nampak but ntah , tak tersangkut hati ke situ sebab KLCC areas lebih menggamit.
stinger_attack posted on 30-5-2013 11:34 AM
Jangan jatuh pada tahap TAKSUB pada sesuatu PERKARA itu.............
little_sis posted on 30-5-2013 11:14 AM
dulu2 penah lalu kat situ masa kuar dari lrt.. mmg lengang xde org.. tp tu zaman dulu2 masa baru buk ...
mbhcsf posted on 30-5-2013 11:35 AM
that is nice ...yes true. alhamdulillah posting soleh dimulakan.
ADVERTISEMENT