CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapore Flyer Dilanda Masalah Kewangan

30-5-2013 03:52 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7766| Komen: 74

Description: Singapura - Pemilik syarikat roda ferris gergasi di Singapura iaitu Singapore Flyer Pte Ltd kini telah diletakkan di bawah naungan 'Receivership' atau dibawah badan pengurusan khas untuk asetnya yang ...

Singapura - Pemilik syarikat roda ferris gergasi di Singapura iaitu Singapore Flyer Pte Ltd kini telah diletakkan di bawah naungan 'Receivership' atau dibawah badan pengurusan khas untuk asetnya yang bakal dijual tidak lama lagi, serta sebahagian darinya akan dipindahkan kepada syarikat yang memiliki kedudukan kewangan yang lebih kukuh. Ini adalah untuk mengelakkan Singapore Flyer itu daripada terus diisytiharkan sebagai muflis. Ikon tarikan pelancong ke Singapura itu telahpun beroperasi selama lebih daripada lima tahun sejak mula dibuka pada tahun 2008 dengan pelaburan sebanyak 240 juta dollar Singapura. Ia telah melantik syarikat Ferrier Hodgson bagi menguruskan penjualan syarikat itu. Ujarnya, "Kami yakin bahawa kami dapat mengenal pasti beberapa pelabur dengan visi bagi mengendali, dan mempelbagaikan malah meningkatkan lagi daya tarikan Singapore Flyer. "Ini akan dapat memastikan prospek pada masa hadapan ikon ini sebagai daya tarikan utama Singapura. "Kami akan mula mengundang pihak yang berminat tidak lama lagi," ujar Encik Reid, salah seorang daripada kakitangan yang mengendalikan proses penjualan syarikat itu, dalam satu kenyataannya semalam.Di sebalik masalah itu juga, operasi perniagaan berjalan seperti biasa di Singapore Flyer. Syarikat Britain, Great Wheel Corp, yang bertanggungjawab untuk membina roda raksasa terbesar dunia itu Singapore Flyer telah direka bentuk oleh seorang arkitek terkenal iaitu Dr Kisho Kurokawa dari Jepun, dan roda itu turut mempunyai 28 buah kapsul lengkap berhawa dingin. Ia merupakan projek ushasama dari syarikat kejuruteraan dan logistik Jerman, Melchers Project Management, dan syarikat pakar runding iaitu Orient & Pacific Management.


Sumber daripada : Berita Harian Singapura



Bagus
6

Marah

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote InVendeTTa 30-5-2013 11:17 AM
ferris wheel mana2 pon plg overrated skalik kalo nak naik
baik yg kecik maupon besar
tiketnye mahal..tadak thrill
last2 bosan menunggu dlm tu xtau nak wat ape.
Quote ex_klia 30-5-2013 11:22 AM
Nanti kalau tak uruskan betul2 dari segi kewangan takut jadi macam kat Melaka
Quote petit-saconnex 30-5-2013 11:24 AM
apa nak sebok dengan barang diaorang. tau la diaorang menguruskan. worry about ourselves lebih baik
Quote ex_klia 30-5-2013 11:25 AM
petit-saconnex posted on 30-5-2013 11:24 AM
apa nak sebok dengan barang diaorang. tau la diaorang menguruskan. worry about ourselves lebih baik

untuk pengetahuan am
Quote freebird 30-5-2013 11:25 AM
InVendeTTa posted on 30-5-2013 11:17 AM
ferris wheel mana2 pon plg overrated skalik kalo nak naik
baik yg kecik maupon besar
tiketnye maha ...

London Eye takde pulak masaalah....
Quote ex_klia 30-5-2013 11:26 AM
freebird posted on 30-5-2013 11:25 AM
London Eye takde pulak masaalah....

lebih femes kot hehehe
Quote dino 30-5-2013 11:27 AM
InVendeTTa posted on 30-5-2013 11:17 AM
ferris wheel mana2 pon plg overrated skalik kalo nak naik
baik yg kecik maupon besar
tiketnye maha ...

teringat kat kwn kite yg penakut giler... gayat..... klau naik menda alah ni mau tutup mata manjang
Quote dino 30-5-2013 11:28 AM
kat singapore ade umno gak ke... leh lingkup mcm tuh
Quote ex_klia 30-5-2013 11:28 AM
dino posted on 30-5-2013 11:27 AM
teringat kat kwn kite yg penakut giler... gayat..... klau naik menda alah ni mau tutup mata manjan ...

sebab tinggi dan whole capsul are clear glass...hehehe
Quote ex_klia 30-5-2013 11:29 AM
dino posted on 30-5-2013 11:28 AM
kat singapore ade umno gak ke... leh lingkup mcm tuh

ntah tak taupun
Quote dino 30-5-2013 11:29 AM
ex_klia posted on 30-5-2013 11:28 AM
sebab tinggi dan whole capsul are clear glass...hehehe

aku klau naik ngan die harus aku henjut2 kasi goyang....
Quote MissNigga 30-5-2013 11:30 AM
roda ferris ni sesuwai tuk dimain kat fun fair jer lerrr...

kalo nak commercialize roda ferris nie, instead for fun, tukar dia punya konsep jadi hotel...
cabin tu kasi besau lagi... siap sediakan kemudahan2 asas dalam bilik hotel..
sekali masuk, leh stay for overnight....
so...view tak ler busan kalo nak berehat malam malam sebab roda tu sentiasa berputar
Quote ex_klia 30-5-2013 11:30 AM
dino posted on 30-5-2013 11:29 AM
aku klau naik ngan die harus aku henjut2 kasi goyang....

bahaya, nanti boleh runtuh roda tu terus humban kelaut hahaha
Last edited by ex_klia on 30-5-2013 11:32 AM

Quote ex_klia 30-5-2013 11:32 AM
MissNigga posted on 30-5-2013 11:30 AM
roda ferris ni sesuwai tuk dimain kat fun fair jer lerrr...

kalo nak commercialize roda ferris n ...

kalau missnigga naik terus roda tu berputar masuk laut wakakaka
Quote MissNigga 30-5-2013 11:37 AM
ex_klia posted on 30-5-2013 11:32 AM
kalau missnigga naik terus roda tu berputar masuk laut wakakaka

ayooo...... skerinya
lagi lagi kalo ada gegaran gempa bumi kat sumatera tu siap sampai ke SG
dok tgh berputar..teruih bergolex Last edited by MissNigga on 30-5-2013 11:43 AM

Quote MissNigga 30-5-2013 11:37 AM
dino posted on 30-5-2013 11:29 AM
aku klau naik ngan die harus aku henjut2 kasi goyang....

henjut berdua ker trisum ...??




Quote dino 30-5-2013 11:39 AM
MissNigga posted on 30-5-2013 11:37 AM
henjut berdua ker trisum ...??

amboi missnigga... malu I tawww
Quote MissNigga 30-5-2013 11:41 AM
dino posted on 30-5-2013 11:39 AM
amboi missnigga... malu I tawww

kalo abe dini enjut sampai roda ferris tu bergoyang....

mmmmgggg power ler tuee..... harus pillar yang menampung roda ferris tu teruish terpasak jauh dalam bumi...
Quote dino 30-5-2013 11:44 AM
MissNigga posted on 30-5-2013 11:41 AM
kalo abe dini enjut sampai roda ferris tu bergoyang....

mmmmgggg power ler tuee..... harus pill ...

aummm....
missnigga klau roda ferris ni kasi tukar jd ala2 restoren ok gak.... dok makan atas tuh..... baru berbaloi gak

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057215 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top