Politeknik Rancang Perkenal Program Ijazah DUNGUN - Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) merancang memperkenalkan lebih banyak program peringkat ijazah dalam usaha menjadikan politeknik sebagai institut pengajian pertama pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohlis Jaafar berkata, sehingga kini, politeknik mempunyai tujuh program peringkat ijazah yang dilaksanakan sejak tahun lalu di tiga politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Omar Perak, Politeknik Shah Alam Selangor dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor. "Antara program tersebut ialah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian. "Tiga lagi program ialah Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Eletronik Perubatan) dengan Kepujian serta Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) Dengan Kepujian," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kem Latihan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MaipTAAC) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini petang semalam. Mohlis berkata pihaknya akan melihat kepada keperluan semasa dan akan memperkenalkan beberapa program lain peringkat ijazah di politeknik yang terpilih. "Di politeknik, sebenarnya kami memperkenalkan program-program yang tidak ditawarkan di universiti lain sebab ia berbentuk kejuruteraan dan teknologi yang membuka peluang lebih luas untuk pelajar diploma lepasan politeknik meneruskan pengajian," katanya. Mengulas mengenai kebolehpasaran graduan politeknik, Mohlis berkata sehingga kini lebih 75 peratus graduan daripada institut berkenaan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. "Setiap tahun lebih kurang 33,000 hingga 35,000 graduan daripasda politeknik tamat belajar dan kami dapati 75 peratus mendapat tempat dalam industri, dan untuk tahun ini kami menyasarkan meningkat hingga 80 peratus. "Kita mempunyai 33 buah politeknik di seluruh negara dan memang ada antara politeknik yang mencapai kebolehpasaran kerja graduan lebih daripada 85 peratus dan ini membuktikan graduan politeknik menjadi pilihan majikan dalam industri," katanya.
|
abas8888 posted on 27-11-2014 08:14 AM
kak ipar aku kerja politeknik..dia kata pening kepala sebab budak2 poli yg ambil ijazah ni secara me ...
kentel posted on 27-11-2014 08:27 AM
tapi dari segi pekerjaan, mcm budak U lepasan degree plak yang lemboo....tak tau buat apa, blank.. ...
lurve82 posted on 27-11-2014 09:22 AM
laki aku keje kilang pun mmg ramai amik bdk dip poli...dia ckp bdk poli lebih pandai buat keje..ye l ...
honeybee1802 posted on 27-11-2014 09:31 AM
Dip poli more to skill...dip uitm more to persediaan nak ambil degree....pendapatan aku la...kalo ...
ADVERTISEMENT