CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batik Tersepit Di Alang Siling

26-11-2014 12:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11378| Komen: 29

Batik Tersepit Di Alang Siling

Alor Setar: Seorang wanita warga asing sanggup mengambil risiko  bersembunyi di atas siling rumah sewanya ketika Jabatan Imigresen Kedah melancarkan Ops 6P di Kampung Tanjung Kapor, dekat Jitra, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama tiga jam bermula jam 12 tengah malam, membabitkan 15 anggota penguat kuasa itu membuat pemeriksaan ke atas 19 warga asing di tiga lokasi berasingan di sekitar Jitra.

Daripada jumlah itu, 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada warga Indonesia dan Myanmar berusia antara 30 hingga 40-an diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Ketua Operasi Jabatan Imigresen Kedah Zamri Jasmani berkata, lokasi persembunyian wanita berusia lingkungan 30-an itu hanya disedari anggota penguat kuasa sebelum mereka beredar meninggalkan rumah berkenaan yang turut dihuni lima lagi warga Indonesia lain.

“Kami memeriksa di seluruh ruang rumah ini termasuk dalam   bilik   dipasang kelambu,  tetapi tiada penghuni.

“Kami  mengesyaki masih terdapat seorang lagi penghuni dalam rumah berkenaan sebelum menyedari wanita ini bersembunyi di atas siling rumah setinggi  dua meter.

“Pada mulanya kita tidak menyedari wanita ini berikutan siling ini terlindung dengan kain kanvas dan saya tidak menjangkakan sama sekali wanita ini sanggup memanjat hingga ke siling sebelum disedari anggota imigresen ketika hendak meninggalkan rumah ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati punca wanita terbabit bersembunyi di atas siling rumah kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan ketika serbuan dijalankan di rumah itu   jam 1 pagi.

“Tiga penghuni rumah berkenaan   juga warga Indonesia turut ditahan dalam operasi itu kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
“Semua PATI itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana menetap lebih masa dalam negara.

“Mereka akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya.

wanita warga Indonesia yang ditahan sembunyi di atas alang siling rumah sewanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 26-11-2014 07:49 AM
tarian tiang sangat k
Quote GhostWalking 26-11-2014 07:52 AM
Syd posted on 25-11-2014 11:49 PM
tarian tiang sangat k

ni baru yang asli morning Syd awalnya chuolssss
Quote Syd 26-11-2014 07:57 AM
GhostWalking posted on 26-11-2014 07:52 AM
ni baru yang asli  morning Syd awalnya chuolssss

morning hakak. muahs ciked. khenZz, tu laaa yg ori. musti habang immi intai dari bawah waktu nak turun khenz? ada snap gambo tak? alaa nak share ngan kawan2
Quote bangcak 26-11-2014 07:59 AM
pompan tempatan elok contohi kegagahan sebegini.

@~anya~
@noor2
pliss take note
Quote GhostWalking 26-11-2014 08:00 AM
Syd posted on 25-11-2014 11:57 PM
morning hakak. muahs ciked. khenZz, tu laaa yg ori. musti habang immi intai dari bawah waktu nak t ...

muaahzz balik.abang immi simpan buat koleksi nak guna malam jemaat dekkk
Quote myakayina 26-11-2014 08:06 AM
mcm mana dia bole panjat kan..
Quote kanan_kiri 26-11-2014 09:01 AM
choi..! tajuk gempak..
aku ingat ular sawa td..
Quote tinkiwinki 26-11-2014 09:54 AM
ingatkan kain batik. bahahahah
Quote Munnalicious 26-11-2014 10:46 AM
Ingat ular sawa batik ke hapa td.
Quote deanswify 26-11-2014 10:51 AM
@GhostWalking dgn tajuk-tajuknya mmg tak boleh dipisahkan
Quote fatehana 26-11-2014 10:52 AM
cheh igt kan td psl ular
sekali psl PATI
Quote intan_smsb 26-11-2014 10:53 AM
panjat pakai kain batik ke?
Quote mattzzx 26-11-2014 10:54 AM
Kain batik jawa lah tu.....
Quote budaktua 26-11-2014 11:07 AM
deanswify posted on 26-11-2014 10:51 AM
@GhostWalking dgn tajuk-tajuknya mmg tak boleh dipisahkan

TT ni kerja dgn hmetro ka...?

hari2 buat publisiti hmtro... tekun sungguh copy paste...

Quote deanswify 26-11-2014 11:24 AM
budaktua posted on 26-11-2014 11:07 AM
TT ni kerja dgn hmetro ka...?

hari2 buat publisiti hmtro... tekun sungguh copy paste...

TT bangon awal, so meme haptuedat
Quote GhostWalking 26-11-2014 11:25 AM
budaktua posted on 26-11-2014 03:07 AM
TT ni kerja dgn hmetro ka...?

hari2 buat publisiti hmtro... tekun sungguh copy paste...

koserrrrrr aku nk keje HM weh
Quote GhostWalking 26-11-2014 11:27 AM
deanswify posted on 26-11-2014 03:24 AM
TT bangon awal, so meme haptuedat

walaupun impian iols tingin sangat nak bangun lambat time weekdays
Quote deanswify 26-11-2014 11:32 AM
GhostWalking posted on 26-11-2014 11:27 AM
walaupun impian iols tingin sangat nak bangun lambat time weekdays

hihihi it's okay keep it up
Quote setokinpurple 26-11-2014 01:19 PM
Tt kan hantu berjalan

Spesis cicak ke ni boleh pnjt sampai alang

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.172425 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top