CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Layan pelanggan dalam semak (macam TARZAN)

30-5-2013 10:24 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6939| Komen: 47

Description: Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda. SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel keti ...

Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.


SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyqaldina 30-5-2013 09:39 AM
mak oii..xde nyamuk ke kak?
Quote d-7-0ne 30-5-2013 09:41 AM
noh suruh duduk hutan klu xsuka undang2 mesia....
Quote berun 30-5-2013 10:12 AM
missyqaldina posted on 30-5-2013 09:39 AM
mak oii..xde nyamuk ke kak?

tgh sedap sedap nk heran nyamuk apa hehehe
Quote AbukRokok 30-5-2013 10:27 AM
tulah dah sedap2 dibawah kerajaan islam PAS...duk gatai tangan undi lain.... kan dah berleluasa semula moksie
Quote wafeenaulia 30-5-2013 10:50 AM
Hahahaha adoiii nk gelak iols baca...
Quote asudau 30-5-2013 10:53 AM
tak de semut ke kak?
berani la akak nie..selain tak takut tuhan...tak takut antu pun..
Quote DCrystal 30-5-2013 10:56 AM
macam semangat jer badan minah ni.
Quote boyagombak 30-5-2013 10:57 AM
Dalam semak ada ayam
ayam tgh nak mengeram
Quote srikandi_negara 30-5-2013 11:07 AM
DCrystal posted on 30-5-2013 10:56 AM
macam semangat jer badan minah ni.

nape noks....uolls berahi ka tengok badan akak tu
Quote Djagur 30-5-2013 11:10 AM
Hahahaha Pekan Lama SP mmg legend... dulu kini dan selamya...
Quote ibu_haritz 30-5-2013 11:14 AM
nsib xde rimau..klu x senasib lah mcm niger hr tu..
Quote DCrystal 30-5-2013 11:15 AM
srikandi_negara posted on 30-5-2013 11:07 AM
nape noks....uolls berahi ka tengok badan akak tu


Seram....Aku suka yang solid molid jer.
Quote srikandi_negara 30-5-2013 11:20 AM
DCrystal posted on 30-5-2013 11:15 AM
Seram....Aku suka yang solid molid jer.

solid tulang tajam noks...sekali kene senggol!!!!senak nyah
badan cam akak tu x mengecewakan wei..just nice kata omputih
Quote DCrystal 30-5-2013 11:32 AM
srikandi_negara posted on 30-5-2013 11:20 AM
solid tulang tajam noks...sekali kene senggol!!!!senak nyah
badan cam akak tu x mengecewakan w ...

pencerahan plz...

Aku teruna lagik.
  
Quote srikandi_negara 30-5-2013 11:37 AM
DCrystal posted on 30-5-2013 11:32 AM
pencerahan plz...

Aku teruna lagik.

x buleh noks..nnti mod katup
Quote DCrystal 30-5-2013 11:44 AM
srikandi_negara posted on 30-5-2013 11:37 AM
x buleh noks..nnti mod katup

Maknanya aku kena buat ekperimen sendiri la ni. Kena ada 2 sampel plak. Last edited by DCrystal on 30-5-2013 11:50 AM

Quote Al-Patih 30-5-2013 02:14 PM
macam2 ...
Quote perang_candu 30-5-2013 02:17 PM
naseb baik tak kena telan ular sawa.. kalo tak dah masuk mastika.
Quote brownstone 30-5-2013 02:22 PM
Pengorbanan seorang ibu... Sanggup beromen dlm semak semata nak beri sesuap nasi utk anak2...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059197 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top