CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Semula Bas Mini Di Lembah Klang

25-11-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4678| Komen: 17

Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Semula Bas Mini Di Lembah Klang


KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini sebagai bas perantara di kawasan kediaman di Lembah Klang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata, kerajaan sebaliknya memperkenal perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) sebagai medium perhubungan terkini.

"BRT akan diperkenalkan di Lembah Klang dan untuk permulaan jajaran BRT Sunway sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi tahun depan.

"Perkhidmatan ini juga dirancang untuk diperluaskan bagi laluan Kuala Lumpur-Klang untuk menambah baik perkhidmatan bas perantara sedia ada," katanya.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan semula bas perkhidmatan bas mini.

Nancy berkata, bagi menambah baik sistem pengangkutan awam, projek Mass Rapid Transit (MRT) 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada 2017.

Projek MRT2 dari Kota Damansara ke Putrajaya pula sedang dalam proses untuk mendapat kelulusan, katanya.

Beliau memberitahu terdapat juga projek penyambungan bagi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) yang menghubungkan laluan Kelana Jaya dan Ampang serta projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama dan Klang.

Sementara itu, katanya, peratusan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang telah meningkat kepada 20.8 peratus pada tahun lepas berbanding 19.6 peratus pada 2012.

"Seramai kira-kira 214 juta penumpang telah menggunakan LRT, Monorel, ERL dan Komuter pada tahun lepas dengan purata penggunaan seramai 593,321 penumpang sehari," katanya.
Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, 612,887 orang telah menggunakan perkhidmatan rel dalam sehari.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 24-11-2014 05:53 PM
Menteri mengaku tak pernah naik teksi.

Pegi la Cuba naik teksi Kat pavillion, pudu or central market nak tengok betapa bangsatnya pe'el sesetengah pemandu teksi.
Quote FOTHER-MUCKER 24-11-2014 05:58 PM
Banyak sangat lah bas buruk kat KL ni walaupun baru setahun dua dah macam bas kat Bangladesh sana, kotor pecah sana sini. Kata Islam itu mengamalkan kebersihan. Tapi bas dan TAXI kat negara orang christian sana lagi bersih dan selesa. Cakap tak serupa bikin. Itu lah bila baca Quran tak guna alih bahasa ke BM. Dah lalut.
Quote oni313 24-11-2014 06:29 PM

perbanyakkan lagi bas ala2 Go KL tu, masa go kl ni dprkenalkan, ramai jugak kedengaran drebar2 teksi merungut pasal pelancong beralih naik bas go kl ...

metrobus pula selayaknya dihapuskan terus dari muka bumi ni...
Quote CiliPadiSedap 24-11-2014 06:40 PM
FOTHER-MUCKER posted on 24-11-2014 05:58 PM
Banyak sangat lah bas buruk kat KL ni walaupun baru setahun dua dah macam bas kat Bangladesh sana, k ...

Ok.so what?
Quote FOTHER-MUCKER 24-11-2014 06:46 PM
CiliPadiSedap posted on 24-11-2014 06:40 PM
Ok.so what?

So what? Bukan bas tu kotor dan buruk?
Quote jazaa 24-11-2014 08:24 PM
Klu ada pun bagus...

Dulu setiap 10 minit ada bas...skrg ni aku tgu bas sampai nk pitam pastu naik teksi gakk....mcmana lah nk suruh rakyat guna public transport....
Quote sabbath_shalom 24-11-2014 08:30 PM
oni313 posted on 24-11-2014 06:29 PM
perbanyakkan lagi bas ala2 Go KL tu, masa go kl ni dprkenalkan, ramai jugak kedengaran drebar2 tek ...

Bas Go KL tu nampak menarikkan why not jadikan tarikan KL dan Selangor.

Mcm imej bas double decker kat London.
Quote oni313 24-11-2014 08:46 PM
sabbath_shalom posted on 24-11-2014 08:30 PM
Bas Go KL tu nampak menarikkan why not jadikan tarikan KL dan Selangor.

Mcm imej bas double dec ...

senantiasa penuh...sungguh memudahkan wargakota utk bergerak...

tapi diwaktu petang, ayyoo... yg naik nya majoriti pakis,indon,nepal... pelancong asing dan org tempatan pun takut nak naik...
Quote sabbath_shalom 24-11-2014 08:50 PM
oni313 posted on 24-11-2014 08:46 PM
senantiasa penuh...sungguh memudahkan wargakota utk bergerak...

tapi diwaktu petang, ayyoo... y ...


Nak lrt pon sama sis..mcm kat negara asing...speaking Malay pon mereka x pandai.

Diorg boleh survive tanpa belajar budaya dan adat tempatan. Last edited by sabbath_shalom on 24-11-2014 08:54 PM

Quote oni313 24-11-2014 08:54 PM
sabbath_shalom posted on 24-11-2014 08:50 PM
Nak lrt pon sama sis..mcm kat negara asing...speaking Malay pon mereka x pandai.

Diorg boleh su ...


kita pula yg perlu memahami bahasa mereka....

namun sy agak kagum akan sifat mereka yg boleh survive tanpa apa2 backup sebegitu....
Quote kelana36 24-11-2014 08:58 PM
bagusla kalau tak ada bus mini, buat jam jalan jer, driver oulak semua perasan bawak F1 car.
cuba belajar kat singapore, china, japan on how dia orang intergrate bus services dgn train.. smooth flow, efficient service. orang nak gi kerja pun confident jer guna punlic transport.
Quote sabbath_shalom 24-11-2014 09:03 PM
oni313 posted on 24-11-2014 08:54 PM
kita pula yg perlu memahami bahasa mereka....  

namun sy agak kagum akan sifat mereka yg bo ...

Mungkin diorg dah kaji sifat org Melayu sebelum sampai Malaysia sis..depa kaji Melayu senang adapt budaya luar..makanan luar...bahasa byk perkataan pinjaman bahasa asing..pemurah ..peramah..lembut hati..murah senyuman..dll..so x da apa mereka nak gusar.

So kita dapat adapt dgn pendatang kata mereka.
Quote oni313 24-11-2014 09:11 PM
kelana36 posted on 24-11-2014 08:58 PM
bagusla kalau tak ada bus mini, buat jam jalan jer, driver oulak semua perasan bawak F1 car.
cuba b ...


kenangan zaman bas mini awal 90-an dulu, siap ada yg uturn atas divider jalan....those were the days...

bas mini dulu frekuensi nya tinggi, selalu ada... unlike nowadays, bas rapidkl pun sometime berjam2 tunggu tak kunjung tiba...
Quote oni313 24-11-2014 09:12 PM
sabbath_shalom posted on 24-11-2014 09:03 PM
Mungkin diorg dah kaji sifat org Melayu sebelum sampai Malaysia sis..depa kaji Melayu senang adapt ...

iya sis... rakan2 mereka sudah bertapak disini, kemudian kirim aja sms kpd rakan mereka diluar negara tentang perihal negara kita kpd mereka... lantas sehingga kini lah mereka bertali arus datang kemari ...
Quote sharlenetexas 24-11-2014 09:19 PM
teringat bas mini filem Femina
Quote ultra78 24-11-2014 09:26 PM


"Masuk..masuk...masuk dalam lagi..Bang..masuk belakang lagi"


Quote Knowlee 1-12-2014 02:24 PM
tak payah la bas mini lagi. LRT tu siapkan cepat. Senang nak travel ke KL dari Subang Jaya.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061322 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top