Dijangka tiba di semua bilik pameran Ford mulai bulan hadapan, tempahan untuk Ford Fiesta ST kini dibuka dengan harga RM149,888 bersama tiga pilihan warna sporty; Molten Orange, Spirit Blue dan Panther Black. Dilengkapi dengan enjin 1.6 liter EcoBoost yang menghasilkan kuasa 182 ps bersama tork maksimum 240 Nm berkemampuan untuk meluncur sejauh 0-100 kmj dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan tertinggi 220 kmj. Menurut Pengarah Pemasaran dan Jualan Ford Motor Company, Veemala Rethinasamy, “Pengenalan Fiesta ST ini akan memberikan dorongan dinamik dan prestasi tinggi untuk Ford terus berkembang di Malaysia.
|
ADVERTISEMENT