CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami Tak Jamin Harga Ikan Kekal'

21-11-2014 02:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3154| Komen: 5

'Kami Tak Jamin Harga Ikan Kekal'

Keadaan hujan di Terengganu masih belum mempengaruhi keseluruhan harga pasaran ikan kerana nelayan laut dalam masih lagi turun ke laut. 


KUALA TERENGGANU – “Kami tak jamin harga (ikan) kekal tetapi bekalan ikan segar masih mencukupi setakat ini walaupun keadaan cuaca tidak menentu dan musim tengkujuh telah tiba,” kata peniaga ikan di Pasar Besar Kedai Payang, Ali Muda, 58.

Ali berkata, walaupun hari hujan dan mungkin sebahagian nelayan pantai di negeri ini sudah mula menghentikan aktiviti menangkap ikan, namun bekalan ikan segar masih diperoleh seperti biasa kerana nelayan laut dalam masih turun ke laut.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang di sini semalam mendapati, bukan sahaja Ali, malah kira-kira 20 peniaga ikan segar lain masih rancak menjalankan perniagaan masing-masing kerana bekalan ikan segar dikatakan masih mudah diperoleh.

“Sehingga kini, peniaga di pasar ini masih menerima bekalan ikan segar tempatan. Harga pula bagi sekilogram (kg) ikan kembung segar adalah sekitar RM12 hingga RM14 (kg) bergantung pada saiz, selayang (RM8), juga bergantung saiz, dan kerisi hanya RM8.

“Manakala bagi ikan merah dan tenggiri pula dijual pada harga sekitar RM28 hingga RM32 bagi setiap sekilogram namun ikut gred iaitu harga seperti sebelum banjir,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga ikan, Mukhtar Abdul Ghani, 70, berkata, keadaan hujan di Terengganu masih belum mempengaruhi keseluruhan harga pasaran ikan kerana nelayan laut dalam masih turun ke laut.

“Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjamin harga ikan dalam tempoh sehari dua ini kekal begitu kerana ia akan naik bila-bila masa sahaja apabila ikan didapati mula berkurangan.

“Harga ikan akan mengalami kenaikan dan penurunan yang tidak menentu apabila tibanya musim tengkujuh. Tetapi hari ini (semalam), harga (ikan) masih stabil. Sebagai contoh ikan tongkol masih dijual dengan RM10 sekilogram,” katanya.

Kata Mukhtar, apabila ada ikan, secara automatik harga turun, tetapi apabila ikan kurang harganya meningkat.

“Ia  perkara biasa apabila musim tengkujuh. Peniaga dan pengguna akan berdepan dengan situasi tersebut kerana ia tidak dapat dielakkan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 20-11-2014 10:25 AM
sejak berita peneman mayat lelaki bertatu bersama2 ikan haritu..aku lama dh tak makan ikan..kat seminggu ni makan lauk tkde ikan eh ada, tapi ikan aku tak usik..
Quote prettyuglybabe 20-11-2014 10:45 AM
makan sayur je la sementara waktu ni
Quote Esmiria 20-11-2014 12:52 PM
aku mkn ayam.
Quote tinkiwinki 20-11-2014 05:01 PM
iolls tak makan ikan
Quote lizaliza 20-11-2014 05:05 PM
ikan naik harga,...aku makan hati

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.134036 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top