CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khalisya Rupanya Hanya Latipah

21-11-2014 12:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11832| Komen: 66

Khalisya Rupanya Hanya Latipah

Siti Latipah (kiri) diiringi anggota polis dibawa keluar dari mahkamah, semalam.


AYER KEROH -  Seorang jurutera aplikasi komputer sambilan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam atas pertuduhan memperdayakan seorang doktor dengan menyerahkan RM75,750 bagi urusan perkahwinan, Oktober lalu.

Tertuduh, Siti Latipah Mohd Said, 27, dari Telok Emas bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin terhadap enam pertuduhan didakwa ke atasnya yang dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, Siti Latipah yang menyamar sebagai Khalisya Najwa didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 26 tahun hingga menyerahkan RM9,000 di Pejabat Pos Besar, Bukit Baru, kira-kira jam 5 petang pada 7, 14 dan 21 Oktober lalu.

Menurut pertuduhan keempat, Siti Latipah didakwa melakukan kesalahan sama hingga hingga menyebabkan mangsa menyerahkan RM2,000 di Pasaraya AEON Ayer Keroh, kira-kira jam 8 malam pada 22 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, tertuduh pula didakwa memperdaya lelaki berkenaan hingga menyerahkan RM64,750 di Bank Rakyat, Jalan Hang Tuah, kira-kira jam 4.30 petang pada 31 Oktober lalu, dan jam 3 petang pada 3 November lalu.

Siti Latipah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dari satu hingga 10 tahun, sebat dan denda sekiranya sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan didakwa ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, Siti Latipah merayu supaya wang jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan dia kini dalam proses penceraian hanya bekerja sambilan sebagai jurutera aplikasi komputer yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.

“Saya tidak mampu membayar jumlah jaminan tinggi kerana hanya berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 lebih selain juga perlu menanggung ibu dan ayah,” katanya.

Selepas mendengar rayuan itu, Norina membenarkan tertuduh diikat jamian RM11,400 dan turut menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

10

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khailya 20-11-2014 10:36 AM
alahaiiiiii sampai cemtu sekali menipu duit org....huhu
Quote GhostWalking 21-11-2014 11:47 AM
ilusi sungguh budak nih
Quote Suchi 21-11-2014 12:13 PM
maksudnya yg dia tipu tu pakwe dia ke doktor tu?

kelasss iols nk tipu org 5 kupang pun tak mampu cemana lah dia blh tipu sampai puluh ribu.
Quote berusjamban 21-11-2014 12:17 PM
Wow x sangka kak latipah bertudung tutup tetek pun mampoo menipu...
Hey latipah, ko da berjaya ngorat doktor ko lagi nak menipu kan? Ko tau x berapa ramai anak2 gadis di luar sana bermimpi nak berlakikan doktor?
Quote Modngengade 21-11-2014 12:20 PM
Amboii siap bertudung peridah bertingkat2 walaupun figure tong dram
Quote miss_baby 21-11-2014 12:20 PM
cemana dr buleh tertipu ngan pompuan ginih..xde rupa pon..
Quote alahai 21-11-2014 12:32 PM
kelassss engineer tipu doktor
Quote DayangKirana 21-11-2014 12:38 PM
indah namanya... proof yang nama juga main peranan dalam memikat kan? so, macam dah set dalam kepala, kalau nama indah dan glamour, mesti empunya nama cantik rupawan..
Quote lasagnaklcc 21-11-2014 12:40 PM
Dah kawen tapi tipu doctor tu kot. Tu ada mention dlm proses penceraian.

Pastu yg akak pulis putih sgt ni kenapaaaa... temulawak terlebih ka
Quote tri-max 21-11-2014 12:47 PM
sorang jurutera menipu
sorang doctor tipah tertipu
menunjukkan akal yg diberi tak mampo melawan kebimboan nafsu
Quote Badut.Sarkas 21-11-2014 12:50 PM
Ummah pakai jubah ni kuat menipu gak ye..
Quote musangcomel 21-11-2014 12:57 PM
Suchi posted on 21-11-2014 12:13 PM
maksudnya yg dia tipu tu pakwe dia ke doktor tu?

kelasss iols nk tipu org 5 kupang pun tak mampu  ...

hahahahahahha
aku pon pk cam ko
hebat budak ni leh tipu jantan bg duit sesenang je
aku ni nak suh boipren belanja pon kekadang dia kedekut
inikan plak nak mintak ribu riban
hebat budak ni ngayat
Quote musangcomel 21-11-2014 12:59 PM
tri-max posted on 21-11-2014 12:47 PM
sorang jurutera menipu
sorang doctor tipah tertipu
menunjukkan akal yg diberi tak mampo melawan k ...

aku ingat ko nak ckp jurutera lg pandai dr doktor td
Quote MelahJanda 21-11-2014 01:03 PM
nasibla nama aku melah
mesti aku cantik paras rupa
Quote flying_cow 21-11-2014 01:09 PM
Fefeeling ghetto sangat namakan diri Khalisya.
Quote mak_wa95 21-11-2014 01:20 PM
rm 64,750 serah d bank rakyat...maknanya individu tadi sanggup berhutang dari bank rakyat utk bagi kat dia..kerlasss gitu..ayat apa dia pakai ni..nak goda dengan rupa,kelaut...


Quote asyriqa 21-11-2014 01:29 PM
WOW!! terkesima kaka... kalo namanya khalisya itu memang dah terbayang di mata kaka seorang gadis yang cantik molek putih gebu... barangkali si tipah ni dah guna minyak pengasih/minyak dagu hinggakan tuan doc sanggup rela hati menyerahkan rm75 k tu.... kaka nak tuntut ilmu dengan ko la dekkk...
Quote GhostWalking 21-11-2014 01:33 PM
ni sesuai kalau khalisya

kredit:blogbisu.com

Quote NURMIMIE 21-11-2014 01:36 PM
agak2 uols kutuk nama latipah ne..

ada je nama latifah dan cantik menawan..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.455986 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top