CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premis Kereta Potong Melampau

21-11-2014 11:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4789| Komen: 19

Premis Kereta Potong Melampau

Gambar hiasan

SELAYANG - Lokasi sebuah pusat kereta potong dilihat kurang sesuai kerana menjalankan aktiviti di kawasan perumahan berdepan Selayang Centre Point di sini.

Difahamkan aktiviti tersebut mula aktif sejak setahun lalu berbanding sebelum ini yang dijalankan secara kecil-kecilan.

Selain menggunakan parkir awam di hadapan premis, perusahaan itu turut membuat halangan pada bahu jalan dan menutup sistem saliran.

Kacau ganggu melibatkan bunyi bising turut berlaku apabila operasi didakwa dijalankan sehingga lewat malam namun berkurangan kebelakangan ini selepas orang awam membuat aduan.

Sumber turut memaklumkan beberapa tindakan kompaun sebelum ini telah dikenakan, namun pemiliknya masih menjalankan perniagaan seperti biasa.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati perusahaan dijalankan di lot bawah bangunan di mana tingkat atasnya merupakan unit kediaman.

Forklift yang digunakan untuk mengangkut peralatan dari kereta yang dileraikan diletakkan pada bahu jalan hingga laluan menjadi sempit.

Seorang penduduk, Arif Hasan, 60, berkata, aktiviti tersebut turut menyebabkan kebanyakan parkir di depan premis tidak dapat digunakan orang awam dan juga penduduk Selayang Centre Point.

“Kami memang terpaksa berebut parkir sebab dekat dengan pasar pagi. Disebabkan kegiatan itu, parkir jadi terhad sehingga terpaksa bertindih.

“Aduan memang ada dibuat kepada PBT, tapi kenderaan terbiar tu tak boleh dialih kerana di luar bidang kuasa mereka. Jadi masalah berlarutan sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, aktiviti tersebut juga kurang sesuai dijalankan di kawasan perumahan kerana dikhuatiri menyumbang kepada masalah sosial dan jenayah kecil di situ.

“Kalau boleh pindahkan ke lokasi yang lebih sesuai dekat dengan kawasan industri. Sekarang ni dekat dengan rumah penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) zon 3, Mohd Fauzan Mohd Madzlan berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa dan masih menunggu tindakan MPS seterusnya.

“Tindakan kompaun dan sita yang dikenakan sebelum ini kurang berkesan dan longgar apabila pengusaha masih menjalankan operasi seperti biasa.

“Sudah sampai masanya MPS bertegas dan mengenakan tindakan lebih berat termasuk tindakan mahkamah jika penguatkuasaan yang dijalankan sebelum ini belum mampu melumpuhkan aktiviti tersebut,” katanya.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 20-11-2014 11:31 AM
Kenapa MPS tak bertegas?
Quote Esmiria 20-11-2014 12:52 PM
mattzzx posted on 20-11-2014 03:31 AM
Kenapa MPS tak bertegas?

matxx ghase?
Quote Al-Patih 20-11-2014 04:02 PM
“Tindakan kompaun dan sita yang dikenakan sebelum ini kurang berkesan dan longgar apabila pengusaha masih menjalankan operasi seperti biasa.

mano nak berkesan...pegawai poyi kutip kompaun....
Quote mattzzx 20-11-2014 04:14 PM
Esmiria posted on 20-11-2014 12:52 PM
matxx ghase?

Entah lah....takut kot atau...??

Quote eco_internet 20-11-2014 04:18 PM
Dah disogok dengan duit.....telur tersimpan rapi dlm seluar.....
Quote encikWawad 20-11-2014 04:31 PM
poket berat - telur makin kecik
nak ankat kaki g serbu memang takde kemampuan lahhh
Quote tupaiterbang 20-11-2014 04:48 PM
encikWawad posted on 20-11-2014 04:31 PM
poket berat - telur makin kecik
nak ankat kaki g serbu memang takde kemampuan lahhh

senang nye maruah dibeli dgn wang..antara pelacur gan penguatkuasa makan duit,
pelacur lagi mulia kot sebab tu mmg keje dia.
Quote Modngengade 20-11-2014 04:55 PM
kaum bangsat  ni kalau meniaga kat mana pun boleh.....bukan peduli jiran tetangga
Quote linnnda 20-11-2014 04:58 PM
ketara sgt perkara ni melibatkan rasuah
lagi bangsat kaum yg mkn rasuah sbb memalukan bangsa sendiri

alasan yg biasa di beri, di luar bidang kuasa kami

bugima betol
Quote linnnda 20-11-2014 04:59 PM
mattzzx posted on 20-11-2014 11:31 AM
Kenapa MPS tak bertegas?

MPS tu mati pucuk selamanya!
Quote tinkiwinki 20-11-2014 04:59 PM
encikWawad posted on 20-11-2014 04:31 PM
poket berat - telur makin kecik
nak ankat kaki g serbu memang takde kemampuan lahhh

setuju bebenor
Quote encikWawad 20-11-2014 05:02 PM
tupaiterbang posted on 20-11-2014 04:48 PM
senang nye maruah dibeli dgn wang..antara pelacur gan penguatkuasa makan duit,
pelacur lagi muli ...

dua dua pun pelacur gak
dua pun jual maruah
bezanya satu di pandang hina
satunya dalam diam mereput kehinaan
Quote Mary_jane 20-11-2014 08:17 PM
Femes plak selayang point ni ye. Dh 2x keluar news minggu ni.

Btw sapa yg approve bengkel ni operate kt area tu? Keluarkan arahan tuk move kn dia ke tmpt lain. Sesuatu nya smpai xde tindakan
Quote cucumberkl 20-11-2014 08:45 PM
mattzzx posted on 20-11-2014 11:31 AM
Kenapa MPS tak bertegas?

Ko penah dengar perkataan RASUAH tak?


Quote sahamboi 20-11-2014 09:27 PM
cina takpe kalau buat camtu... jangan melayu confirm kena angkut... baik umno ke atau pas dan melayu pkr sama jer... kutuk cina belakang2...
Quote FOTHER-MUCKER 20-11-2014 09:29 PM
Ni depan batu cave tu.
Quote AHMADVW 20-11-2014 09:29 PM
penguatkuaso dah dpt makan paw kt situ
Quote mattzzx 22-11-2014 09:54 AM
cucumberkl posted on 20-11-2014 08:45 PM
Ko penah dengar perkataan RASUAH tak?

Pernah...
Digunapakai dalam kes ini??
Quote mattzzx 22-11-2014 09:55 AM
linnnda posted on 20-11-2014 04:59 PM
MPS tu mati pucuk selamanya!

Tak ada 'viagra' yang dapat membantunya?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.196057 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top