CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Menjaga Bapa Yang Terlantar

21-11-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3653| Komen: 22

Anak Menjaga Bapa Yang Terlantar


Bukit Mertajam: Seorang lepasan universiti terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pereka bagi menjaga bapanya yang terlantar sakit di rumahnya dekat Taman Guar Perahu, di sini, selepas kaki kanan warga emas itu terpaksa dipotong dari paras lutut akibat menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu.

Ahmad Kamal Azrie Abdullah, 24, yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Julai tahun lalu, amat bernasib baik apabila terus diterima bekerja di sebuah syarikat rekaan di Kepala Batas sebaik tamat belajar.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan bekerja, dia mengambil keputusan berhenti kerja disebabkan mahu memberi sepenuh tumpuan untuk untuk menjaga bapanya, Abdullah Chat, 67, yang memerlukan pengurusan dan penjagaan rapi.


“Ketika bekerja, setiap kali waktu rehat saya terpaksa balik ke rumah  melihat keadaan ayah sebelum bergegas semula ke tempat kerja dan lama-kelamaan saya berasa letih serta bimbang meninggalkan ayah keseorangan di rumah.

“Saya membuat keputusan  berhenti kerja walaupun bidang itu amat saya minat kerana sebagai anak bongsu, saya memikul tanggungjawab besar dan rela berkorban demi menjaga serta menguruskan ayah.

“Saya hanya tinggal berdua dengan ayah kerana kakak dan abang sudah berumahtangga manakala ibu, Halijah Ismail, meninggal dunia pada 2009 lalu,” katanya.




Bagus
3

Marah
3

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 21-11-2014 08:30 AM
kelas rambut kau dikkk
Quote jengkoil 21-11-2014 08:31 AM
Abam gos mengom...
Quote primarikey 21-11-2014 08:32 AM
ya Allah...beruntungnya mak ayah yg dapat anak camni...sggp bkorban utk jaga mak ayah yg sakit...
Quote Syd 21-11-2014 08:33 AM
rambut bukan aurat tuk lelaki
Quote GhostWalking 21-11-2014 08:35 AM
Bukan semua orang boleh nak ambil tanggungjawab ni dengan rela hati.
Quote Sagun36 21-11-2014 08:39 AM
Bertuah bapanya....semoga Allah melindungi keduanya.
Quote Vellfire 21-11-2014 08:41 AM
gosh rambut tu x der kena mengena tau

bagus anak ni sanggup jaga ayah sakit
Quote kejoraria 21-11-2014 08:46 AM
saham akhirat.......bertuah ko kamal
Quote magnus 21-11-2014 08:48 AM
Baiknya....semoga tabah....
Quote MissMamamia75 21-11-2014 08:55 AM
bahagianya hati seorg ayah dpt anak sebaik Kamal..
InsyaAllah.ada rezeki mu nanti dik...

kumpul pahala byk2 dulu..semasa masih ada peluang berbakti utk mak ayah..
Quote leylapple 21-11-2014 08:56 AM
bagus budak nie...

takper..dgn bakat yang ada, blh bukak consultancy via pesbuk...
Quote PostBanhammer 21-11-2014 08:59 AM
Masa pakcik muda mudi dulu kala, style rambut pakcik nacan yang ada ekor rambut dekat belakang tu. Tapi sekarang pakcik sudah insaf.
Quote chinatsu 21-11-2014 09:01 AM
macam bob lokman muka ayah dia
Quote makneng 21-11-2014 09:50 AM
owh..been there done that...berkawah ayor mato

mmg salute kat ko dekkk
Quote Simunggu 21-11-2014 09:56 AM
yg lain org tak perasan...rambutnya org perasan...
Quote liyamariska 21-11-2014 10:00 AM
terharu tgk mamat ni menjaga bapanya yg sakit...
Quote Fantaghiro 21-11-2014 10:08 AM
pada yg belum kawin...calon suami yg baik nih!!
Quote nuralisa 21-11-2014 10:19 AM
interior designer.. boleh bukan SOHO..
tak per..ada market...
Quote JDT 21-11-2014 10:24 AM
Semuga anak ni dimurahkan rezeki dan melalui kehidupan yang menggembirakan..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.227249 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top