Pelajar Dapat Buku Teks Digital Mulai 2016 PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan melancarkan inovasi buku teks digital dikenali Buku Teks Digital Interaktif Pintar yang dijangkakan pelaksanaannya mulai 2016 hingga 2025. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inovasi ini membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran dijalankan melalui persekitarab pembelajaran maya. Katanya, kementerian sebelum ini telah melancarkan gelombang pertama inovasi buku teks digital yang mempunyai 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid, guru, dan ibu bapa di laman 1BestariNet. "Inovasi ini juga dilihat sebagai satu usaha kementerian untuk menyelesaikan isu beg sekolah yang berat yang sering dibangkitkan oleh ibu bapa. "Paling penting ibu bapa tidak perlu menanggung kos tambahan dengan pelaksanaan buku teks digital ini, sebaliknya semua kos peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal bagi kegunaan murid khususnya bagi pelaksanaan buku teks digital ini,"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pendidikan 2014 di sini hari ini.
|
10
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
1
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Paling penting ibu bapa tidak perlu menanggung kos tambahan dengan pelaksanaan buku teks digital ini, sebaliknya semua kos peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal bagi kegunaan murid khususnya bagi pelaksanaan buku teks digital ini,"katanya
gaara_X posted on 20-11-2014 04:30 PM
jangan guna OS...guna LINUX...itu yang terbaik.....modal pong tak banyak.....nak2 bab nak beli softw ...
ADVERTISEMENT