Apa Istimewanya Malaysia Kalau Kena Bayar Visa?
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan keistimewaan Malaysia jika dibandingkan Indonesia dan Thailand yang menawarkan yuran visa ke negara tersebut secara percuma.
Beliau berkata sudah sampai masanya kerajaan perlu memikirkan mekanisme itu untuk menarik kedatangan pelancong asing khususnya dari China jika mahu mencapai sasaran sebanyak 29.4 juta pelancong pada tahun depan. "Kita kena buat sesuatu untuk menarik pelancong dari China untuk datang ke sini, kita tahu di Indonesia dan Thailand, yuran visa tidak perlu bayar, apa yang istimewa Malaysia ini, syurgakah sampai kena bayar berpuluh-puluh yuan. "Tahun depan, kita perlu lagi 1.4 juta pelancong dalam The Malaysia Year of Festivals 2015 (MYFest2015)...dari mana kita nak dapat pelancong ini, ia mesti datang dari pelancong China," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia di Muzium Negara, hari ini. Semalam, Mohamed Nazri berkata kementeriannya kini sedang memperhalusi cadangan untuk melaksanakan sistem visa percuma kepada pelancong China sebagai usaha menarik kehadiran mereka ke negara ini. Katanya, cadangan berkenaan yang kini sudah dilaksana di beberapa negara Asean itu sedang diteliti dan dibincang bersama Kementerian Dalam Negeri. Dalam pada itu, Mohamed Nazri memberitahu, kadar bayaran visa yang tinggi pada masa ini tidak membantu menarik kehadiran pelancong China berikutan dikendalikan oleh syarikat swasta di negara itu. "Sekarang ini kita out source, syarikat-syarikat di China diberi kuasa untuk uruskan, kadang-kala ada 400 hingga 800 yuan, itu jumlah yang besar. "Kerajaan hanya kenakan caj antara 80 hingga 100 yuan sahaja, kemudian syarikat out source itu yang kenakan caj berlebihan, sebab dia kata dia ada kos lain," katanya Sehubungan itu, beliau berharap cadangan itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 1 Januari depan.
|
Defcon2 posted on 18-11-2014 05:26 PM
Nak bawa masuk memang mudah. Nak suruh diaorang balik ke negara asal yang susah. Keselamatan negara ...
PETALING JAYA (Sept 28): China is mulling an increase in the cost of visas for Malaysian tourists to bring it to the same amount as that paid by Chinese visitors to Malaysia.
Oriental Daily News quoted Datuk Chai Xi, China’s ambassador to Malaysia, as saying that mainlanders have been forking out more in terms of visa fees when they visit Malaysia.
Another reason cited for the proposed fee increase was that the new Chinese Visa Application Service Centre in Kuala Lumpur offers a more friendly visa-processing experience.
The centre, previously located at Plaza OSK on Jalan Ampang, has since Sept 18 been operating from a two-flour premises at the nearby Hampshire Place along Jalan Mayang Sari.
However, Chai shied away from answering reporters’ questions on how much the increment would be and when it would kick off.
Mainland Chinese now pay 200 yuan (RM105) for a tourist visa to enter Malaysia, while fees for a Chinese tourist visa for Malaysians begin from RM58, rising to as high as RM400 for extreme-urgent cases
ADVERTISEMENT