CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dinosaur Malaysia Dikatakan Berasal Dari Siam

19-11-2014 02:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15460| Komen: 48

Dinosaur Malaysia Dikatakan Berasal Dari Siam



KUALA LUMPUR – Penemuan fosil dinosaur di Gunung Gagau dekat Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seperti diumumkan Menteri Besar Terengganu kelmarin dipercayai daripada kumpulan dinosaur yang berasal dari Korat, Thailand.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu, Mohd. Zukeri Abdul Ghani berkata, negara ini bukan tumpuan haiwan prasejarah tersebut, sebaliknya haiwan itu dipercayai sebahagian daripada dinosaur yang berhijrah dari Thailand memasuki negara ini bagi mencari makanan.

Menurut beliau, dinosaur dikenal pasti tinggal di kawasan dataran atau tanah yang luas seperti Korat manakala tanah di Semenanjung Malaysia tidak sesuai sebagai tempat tinggal dinosaur.

“Lazimnya dinosaur hidup dalam kumpulan besar dan dataran di Semenanjung kecil berbanding kawasan seperti Korat yang menjadi kawasan habitatnya,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan kewujudan dinosaur di Malaysia suatu ketika dahulu semakin terbukti dengan penemuan terbaharu fosil haiwan itu di sekitar Sungai Chichir dekat Gunung Gagau.

Antara penemuan itu ialah kesan tapak kaki, tulang dan gigi milik tiga spesies dinosaur iaitu Igunodon, Sauropod dan Theropod.

Penemuan itu hasil Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 yang melibatkan penyelidik daripada beberapa buah universiti tempatan bermula dari 13 hingga 23 Oktober lalu.

Mohd. Zukeri memberitahu, pihaknya yakin negara ini bukan habitat dinosaur sebaliknya fosil yang ditemui itu dipercayai hanya membabitkan pergerakan sekumpulan kecil haiwan itu dari Thailand.



Bagus
1

Marah
6

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 18-11-2014 02:08 PM
gambar ade tak? nk tgk
Quote d'zeck 18-11-2014 02:12 PM
mungkin juga dinosour tu
nak cari keropok lekor ke terengganu

then kena gempa bumi ka
tsunami ka apa ka
Quote ctaz 18-11-2014 02:18 PM
ratus2 juta tahun dulu...
peta mcm tu wujud ker....????
agak2 ler wartawan nih....
siap buat map mcm tu....
Quote d'zeck 18-11-2014 02:24 PM
ctaz posted on 18-11-2014 02:18 PM
ratus2 juta tahun dulu...
peta mcm tu wujud ker....????
agak2 ler wartawan nih....

tu pun belum zoom in lagi
rajah 'perjalanan' dinosaur tu

kalo tak, mesti boleh nampak dinosour
tu kena lalu kaunter imigresen kat
sempadan siam dengan malaysia

Quote nemonemonemo 18-11-2014 02:28 PM
ctaz posted on 18-11-2014 06:18 AM
ratus2 juta tahun dulu...
peta mcm tu wujud ker....????
agak2 ler wartawan nih....

Betul, bukan ke map bumi ni berubah2 disebabkan pergerakan bawah tanah and then the land break apart. map tu sgtla tak betul. map bumi 100 mill years ago xsama dgn skrg
Quote boyagombak 18-11-2014 03:23 PM
Sorry tt, wa hijacked lu punya thread



GEMPAR! - Fosil Zaman Dinosaur 260 Juta Tahun Ditemui Di Kuala Lipis (4 GAMBAR)
tao slayerz

dinosaur,fosil,Gempar,Malaysia
Friday, June 14, 2013

TAOTAUAJER - Mengejutkan ini adalah satu penemuan yang jarang kali kita dengar, biasanya berita pasal penemuan fosil cuma di luar negara. Di kawasan Sungai Yu, Merapoh dijumpai satu fosil cangkerang yang dipercayai berusia 260 juta tahun.



Lokasi penemuan fosil cangkerang di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh. Gambar kecil: Antara fosil cangkerang dari jenis ‘brakiopoda’ dipercayai berusia 260 juta tahun





Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis ‘brakiopoda’ yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,”



SUMBER: Sinar Harian



TAOTAUAJER : Ini membuktikan di malaysia , sewaktu  ratusan juta tahun lampau terdapat kehidupan zaman dinasour. Tetapi mengapakah cengkerang? apakah sewaktu dahulunya malaysia adalah dasar lautan yang dimana masa kini pembentukkan dataran tanah yang naik keatas di sebabkan oleh perlanggaran kerak bumi... maklumlah kita berada di dalam
Lingkaran Api Pasifik.


Last edited by boyagombak on 18-11-2014 03:26 PM

Quote Simunggu 18-11-2014 03:32 PM
ooo...dinosaur golok....sawadikap..ayam juga kah ni...
Quote boyagombak 18-11-2014 03:33 PM
d'zeck posted on 18-11-2014 02:24 PM
tu pun belum zoom in lagi
rajah 'perjalanan' dinosaur tu

dinasor2 siam tu lalu kt imegresen sambil tersenyum2 simpul



hat ni Dinaser Siam paling cun meletop.
krap kung krab
sawwaddiakrp karp karp karp






Nong Poy atau nama sebenarnya Treechada “Nong Poy” Marnyaporn



Last edited by boyagombak on 18-11-2014 03:41 PM

Quote FOTHER-MUCKER 18-11-2014 03:34 PM
Nasib baik bukan dari Indonesia. Kalau tak mau berpungah tulang binatang tu ke sana.
Quote atira 18-11-2014 03:37 PM
jutaan tahun dulu.. mana de bentuk muka bumi ni begini dong

Quote tinkiwinki 18-11-2014 03:47 PM
sahih kah? mcm propa jahh
Quote boyagombak 18-11-2014 03:59 PM
Tadi tu cubaan
Ni baru betul-betul punya berita

Penemuan fosil dinosaur di Tasik Kenyir (7 Gambar)

Fosil tulang dan gigi serta tapak kaki dijumpai di Gunung Gagau, Tasik Kenyir Hulu Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk tapak kaki, tulang dan gigi di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.

Ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.




Fosil Tulang & Gigi serta Tapak Dinosaur yang ditemui di Gunung Gagau, Tasek Kenyir,  Hulu Terengganu.



Ekspedisi itu membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.

Selain itu, turut ditemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.


"Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambahan ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir," katanya pada sidang media di sini, hari ini.




KESAN jejaki kaki Sauropod.







Fosil yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur di negeri ini satu masa dulu.

"Dua fosil gigi yang ditemui dianggarkan bersaiz 1.5 sentimeter (sm), manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sm dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu," katanya.


Beliau berkata, dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod memakan tumbuhan, manakala Therapod adalah dinosaur pemangsa yang memakan daging.


Fosil jejak kaki Therapod



wah memey dinaser ade kak ganu kite. patut la oghang ghanu bekeng2 sokmo. Ghupa2 asa Dinaser

nanana nana Dineser kite



Last edited by boyagombak on 18-11-2014 04:04 PM

Quote Esmiria 18-11-2014 04:25 PM
Betul ke ni?
Quote boyagombak 18-11-2014 04:30 PM
Esmiria posted on 18-11-2014 04:25 PM
Betul ke ni?

Naper. Dop cayer. Ni bukang mainang doh ni
Ni kighe betul2 punyer bukti saintifik, logik, prolifik, kik kik kik

Fosil Dinosaur Ditemui Di Tasik Kenyir                                                                Author: Noraini Jusoh                                16 November 2014 12:59 pm1 commentViews: 980                        
                                 



Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 pada 13 hingga 22 Oktober lalu telah membawa kepada penemuan fosil dinosaur di sekitar Gunung Gagau, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, antara fosil yang berjaya dijumpai termasuk gigi, tulang dan kesan tapak kaki.
Beliau berkata, penemuan membanggakan itu hasil ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Pensyarah dan penyelidik terlibat dari Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya; Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Malaysia Kelantan.

Katanya, ekspedisi itu membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur dari kumpulan Theropod dan Sauropod serta spesies Iguanodon di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
Selain itu, turut ditemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.
“Alhamdulillah, selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan.
“Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir,” katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma Darul Iman, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Dato’ Yunus Abdul Razak berkata, penemuan ini membina keyakinan bahawa terdapat fosil dinosaur di Malaysia.
“Hasil daripada penemuan ini, kita akan menjalankan kajian susulan di kawasan sekitar dan juga kajian serupa di kawasan lain,” ujarnya.
Malah katanya, jumpaan fosil dinosaur di Hulu Terengganu ini juga membuka dimensi baru ilmu geologi di samping dapat memberi lonjakan impak kepada industri eko-pelancongan negara.

Avalon Chin Soon Mun · Geoscientist (Exploration and Appraisal Projects) at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
We're kinda luckily to find such a preservation in Sandstones... normally perservation in sst is not so good, unless overburden, rapid sedimentation burial and etc.. I believe is from Gagau group as well~ Overall, Good job! Keep up the good work!







Last edited by boyagombak on 18-11-2014 04:34 PM

Quote d'zeck 18-11-2014 04:34 PM
bidang paleonthology dan geosains
mempunyai prospek cerah di malaysia

masih banyak ruang untuk misi penerokaan
dilakukan di seluruh
pelusuk negara
Quote boyagombak 18-11-2014 04:35 PM
kesiang kat Mat Said,stakat dapak g tengok penguing kat kutub. Glemer Dineser dapat kat Mat Razif




Last edited by boyagombak on 18-11-2014 04:46 PM

Quote lavajerung 18-11-2014 04:36 PM
la...mati2 wa ingat dino  sor asal kg losong kuala ganu

Quote boyagombak 18-11-2014 04:53 PM
lavajerung posted on 18-11-2014 04:36 PM
la...mati2 wa ingat dino  sor asal kg losong kuala ganu

seekor Fosil jerung tanpa jantina telah ditemui di pekan laba laba laba, baru2 ini.
Jerung tersebut dikhuatiri telah mati akibat terlampau banyak menggunakan dadah sintetik MN, lalu mengakibatkan pemburu MOMOD telah memotong-motong keditnya hingga hancus, lalu dia mengambil keputusan menghempaskan diri di atas jalanraya.

-berita Agensi Tifu ah




Quote robertocarbos 18-11-2014 04:55 PM
jauh dinasour ni berhijrah... dikatakan sebab pergolakan di thailand

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056950 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top