CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lola Tak Mahu Tuntut Firdaus (O.K.U)

18-11-2014 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6139| Komen: 19

Lola Tak Mahu Tuntut Firdaus (O.K.U)




NILAI -  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, anak kepada Lolanopita Saidi, 40, yang bersedia anaknya itu tinggal di rumah kebajikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.

Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.

“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.

“Walaupun Firdaus berada di bawah jagaan JKM, namun dia dinasihatkan sentiasa menjenguk anaknya sekerap mungkin," katanya.


Beliau juga berkata, Lolanopita tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab kepada JKM semata-mata.

"Walaupun kita mampu menjaga Firdaus dengan baik, namun hubungan ibu dan anak tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Seminar ‘Nilai U - Niew Future Leaders Camp 2014’ di Nilai Spring Resort dekat sini, semalam.

Rohani menjelaskan, kejadian itu harus dijadikan sebagai contoh dan pengajaran kepada masyarakat, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Rohani memberitahu, hukuman diterima Lolanopita bukan sekadar hukuman, namun pengajaran penting buat dirinya agar sentiasa memberi keutamaan dan kasih sayang kepada anak, lebih-lebih lagi anak istimewa.

Bagaimanapun, Rohani menegaskan, sekiranya suatu hari nanti Lolanopita ingin menuntut Muhammad Firdaus kembali, dia berhak berbuat demikian dan pihaknya akan menyerahkannya kepada ibunya dengan bersyarat.

“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” katanya.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 18-11-2014 03:14 PM
bagus la dari terabai
Quote cutieslilies 18-11-2014 03:16 PM
nampak sgtt... ..tunggu laa 10 tahun lagi... ko rase laa loklakkk
Quote nordayu 18-11-2014 03:16 PM
suke ati ko la lola oiii.........
Quote FanTasyCreaTioN 18-11-2014 03:18 PM
Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.
mungkin si emak ni tahu dia tak mampu nak menjaga anak istimewa tu sensorang


Quote lindarafee 18-11-2014 03:26 PM
x pe lah. sekurang2nya kita tahu anak itu selamat dan sihat
Quote Parit.Hilton 18-11-2014 03:34 PM
baguslah.

takut kalau dapat kat dia balik, anak tu jadi macam dulu jugak.
Quote munchkin 18-11-2014 03:35 PM
moga adik dilindungi. takpelah dik. adik masih disayangi oleh seluruh rakyat malaysia.
Quote zwaty 18-11-2014 03:37 PM
FanTasyCreaTioN posted on 18-11-2014 03:18 PM
mungkin si emak ni tahu dia tak mampu nak menjaga anak istimewa tu sensorang

kann...berat mata mmandang..berat lg bahu memikul..
Quote manehnya 18-11-2014 03:38 PM
“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” katanya.


tu yg lola malas tu...

cer kalau firdaus tu ada trust fund ka... konfem lola ambik bela
Quote Santeira 18-11-2014 03:41 PM
mengangkang pandai. jaga anak malas. dasar caprut.
Quote edee_91 18-11-2014 03:42 PM
tak mampu jaga anak jangan buat anak.
Quote JohnDeSouza 18-11-2014 03:44 PM
keja x cukup masa kot
Quote bambimo 18-11-2014 03:46 PM
Better...dr trabai atau d jumpai oleh org yg salah...kutip dia just utk suruh firdaus mbta sedekah
Kalo dr sudut lain..mak dia myb mahukn yg trbaik buat anak dia....
Sayu aku mngenang nasib anak syurga ni...
Quote tobby 18-11-2014 03:46 PM
baguslah  ...  mmg dia x reti jaga anak oku
Quote Esmiria 18-11-2014 04:27 PM
lola oh lola
Quote siti_kus 18-11-2014 04:29 PM
sian. dia tak mampu nak jaga. tapi selalu2 la jenguk. jangan la abaikan terus.
Quote Mary_jane 18-11-2014 04:39 PM
Mungkin kebajikan firdaus lagi terjamin dibwh JKM.
Quote mak_wa95 18-11-2014 06:03 PM
dia dah xnak anak dia..

ada orang mau bela lagi dia suka..

Quote PEPPERMAN 18-11-2014 06:12 PM
Syukur firdaus da ada akaun tabung haji

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.180703 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top