CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayyan Dapat Naik Bmw Akhirnya

18-11-2014 01:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15242| Komen: 198

Rayyan Dapat Naik Bmw Akhirnya

Shah Alam:  "Alhamdulillah, impian anak untuk menaiki kereta BMW akhirnya tercapai tidak sampai 24 jam selepas saya memuat naik status hasrat itu di laman sosial Facebook.

"Terima kasih kepada insan yang sudi menawarkan diri untuk membawa anak saya menaiki kereta BMW yang menjadi impiannya," kata Hasni Mat Hassan, 39, ibu kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Hasni mencoretkan impian Muhamad Rayyan yang mahu menaiki kereta BMW dengan memaparkan gambar anaknya itu bersama suaminya, Azhar Ahmad, 40, di Facebook petang kelmarin sebelum ia menjadi 'viral' dan ramai yang simpati serta bersedia menunaikan impian kanak-kanak berkenaan.

Beberapa individu hadir ke rumah Hasni pada tengah hari dan petang di Padang Jawa, di sini, semalam, sebelum Muhamad Rayyan dibawa menaiki kereta BMW antaranya BMW X6.
Menurut Hasni, sejak berusia dua tahun, setiap kali melihat kereta BMW, anak kedua daripada empat beradik itu akan menjerit kerana tahu lambang kereta itu dan meminta untuk menaikinya.

Muhamad Rayyan (tiga dari kanan) gembira menaiki kereta mainan BMW.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 18-11-2014 08:08 AM
tu kereta mainan...tapi aku dengar group bmw yg bawak adik ni kann
Quote bangcak 18-11-2014 08:15 AM
hebat post nih
tarbaekkk!!
Quote ellZack 18-11-2014 08:22 AM
xtahumenahu posted on 18-11-2014 08:08 AM
tu kereta mainan...tapi aku dengar group bmw yg bawak adik ni kann

yang group tu iols baca katanya berkonvoi ke rumah adik 19 Nov..
ke diorang awalkan? ke group lain?

Quote zafira 18-11-2014 08:24 AM
wow!!!! dapat kete bmw tuuuuu..... tercapai cita-cita....
Quote xtahumenahu 18-11-2014 08:25 AM
ellZack posted on 18-11-2014 08:22 AM
yang group tu iols baca katanya berkonvoi ke rumah adik 19 Nov..
ke diorang awalkan? ke group lai ...

xtau laaa plak...x follow habis kisah ni
Quote intriQue 18-11-2014 08:30 AM
Yup.....19hb ni diorang akan konvoi beramai2 ke rumah adik Rayyan ni.  Macam2 BMW clubs akan join together2 merealisasikan impian adik Rayyan ni.  Antaranya group ///Mthusiast dan BMW E60 Club owners.

Yg dah bwk adik Rayyan naik BMW ni pihak individu rasanya.

Two thumbs up to them!



p/s - pic from google Last edited by intriQue on 18-11-2014 11:50 AM

Quote Vellfire 18-11-2014 08:32 AM
tercapai gak impian adik nak naik keta bmw
Quote rosasa 18-11-2014 08:36 AM
anak che ta ada tak join bawa adik ni?
Quote Suchi 18-11-2014 08:39 AM
rosasa posted on 18-11-2014 08:36 AM
anak che ta ada tak join bawa adik ni?

mula pelik ngn soklan uols nih
sbb bila sebut ank cheta je duk teringat yg kecik tu je lupa abang2 dia
Quote makneng 18-11-2014 08:40 AM
dekkkk..ngape tak request maserati ke lambo ke....
Quote tinkiwinki 18-11-2014 08:42 AM
kecik2 dah dapat bmw. daebakkk!
Quote linnnda 18-11-2014 08:43 AM
ramai betol melayu namakan anak dia rayyan skang ni
selalu i dgr parents terjerit2 panggil ryan..ryann (bukan rayyan ye) kat soping kompleks
nak bagitau semua kot anak dia nama ryan

kalau sesuai dgn rupa anak tu takpe la, ni alahaiii....
parents pun kulit berkerak
Quote ellZack 18-11-2014 08:45 AM
Suchi posted on 18-11-2014 08:39 AM
mula pelik ngn soklan uols nih
sbb bila sebut ank cheta je duk teringat yg kecik tu je lupa abang ...

sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi..
Quote cmf_jeangrey 18-11-2014 08:48 AM
syabas driver2 bmw yg baik hati nk penuhi impian adik pesakit kanser ni......hari2 dgr berita jenayah so bila keluar berita camni rasa ceria sikit pepagi ni
Quote waksir 18-11-2014 08:51 AM
Dah tercapai pun hasrat adik rayyan ni smlm ...






Quote pp_gurl 18-11-2014 08:56 AM
intriQue posted on 18-11-2014 08:30 AM
Yup.....19hb ni diorang akan konvoi beramai2 ke rumah adik Rayyan ni.  Macam2 BMW clubs akan join to ...

gambar taken masa wedding one of member club...
Quote budakmanentah 18-11-2014 08:57 AM
linnnda posted on 18-11-2014 08:43 AM
ramai betol melayu namakan anak dia rayyan skang ni
selalu i dgr parents terjerit2 panggil ryan..ry ...

hahahah...kejam btol statement ko...tp mmg betul pon...ummah kampungan pon gigih buh nama anak danish la..rayyan... daniel...tp kulit berkerak

yg anak kokosen plk buh nama anak dorg umar...yusof..muhammad
Quote FanTasyCreaTioN 18-11-2014 09:02 AM
alhamdulillah .. tercapai impian

murni nya hati insan2 merealisasikan impian adik ni
Quote Jagendas 18-11-2014 09:07 AM
baguih la
walau kaya tak sombong

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.279414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top