Toyota Perkenal Varian Altis 1.8g UMW Toyota Motor memperkenalkan varian baharu bagi Toyota Corolla Atlis iaitu varian 1.8G bagi memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran. Dijana dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-I bersama transmisi CVT-I 7-kelajuan, Altis ini dilengkapi dengan meter Optitron yang dihasilkan untuk model Lexus, penambahan sistem Paparan Multi Maklumat yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai pelbagai aspek operasi kereta. Antara ciri-ciri yang ditambah bagi varian 1.8G ini adalah sistem kunci Smart Entry & Start, sistem lampu hadapan automatik bergantung kepada tahap pencahayaan persekitaran dan pemegang pintu bahagian luar kemasan krom. Berikut adalah senarai harga bagi semua varian Altis (harga atas jalan dengan insurans untuk pendaftaran persendirian bagi Semenanjung Malaysia bagi pilihan warna metalik): Varian Harga (RM) Toyota Corolla Altis 2.0V dengan Pakej Keselamatan Tambahan 139.915.30 Toyota Corolla Altis 2.0V 136,015.30 Toyota Corolla Altis 1.8G 119,900.00 Toyota Corolla Altis 1.8E 115,900.00 Setiap Toyota Corolla Altis diserta kan dengan waranti 3-tahun atau had perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).
|
ADVERTISEMENT