Siapa report 'page' Facebook aku? - admin Amran FansAstro Awani
AMRAN FANS: Siapa report 'page' Facebook aku? -Gambar Facebook KUALA LUMPUR: "Tergamak betul korang report page Amran. Korang memang hendak Amran jadi jahat balik, kan?"
Itu antara catatan awal 'page' Amran Fans yang dibuka semula selepas ditutup pengurusan laman sosial Facebook kerana didakwa menerima terlalu banyak repot dan tidak mengikut undang-undang laman tersebut. PageAmran Fans sebelum ini mendapat lebih 300,000likedan sering mendapat tempat di hati peminat dengan catatan berbentuk humor selain dengan terbuka menyatakan perasaan hati kepadabloggerHanis Zalikha. Beberapa blog lain juga sebelum ini turut menyatakanpageAmran Fans adalah laman 'troll' Hanis yang juga popular dengan gelaran Keknis itu. Antara catatan terbaharu Amran Fans turut menyatakan kekecewaan selain mahu peminatnya kembali memberi sokongan kepadapagebaharu yang mula dibuka semula 10 November lepas. Page baru Amran Fans di Facebook kini mencecah hampir 70,000 like selepas empat hari dibuka - Gambar Facebook Amran Fans Bagaimanapun laman sosial Instagram Amran_Fans77 masih aktif dan sehingga kini mendapat hampir 54,000 pengikut. Laman Instagram Amran Fans mempunyai hampir 54,000 pengikut - Gambar Instagram Amran Fans PageAmran Fans pernah menggemparkan pengikutnya dengan pengenalan slanga yang dikatakan berunsur lucah, 'Ale uto' yang kerap sehingga viral di media sosial. Amran Fans, walau bagaimanapun, menafikan frasa itu berunsur negatif dan menjelaskan maksud perkataan itu ialah 'I love u' (saya cinta kamu). Astro AWANI sebelum ini menimbulkanpersoalan individuyang gemar menutur frasa berkenaan merupakan golongan yang kurang kasih sayang. |
kecimpret posted on 14-11-2014 02:17 PM
nama amran ni diambil dari gengster taik kucing johor yg x kasi ADUN DAP kasi kurma tu kan?
ADVERTISEMENT