CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

18 Tahun Tak Tidur Telentang,Tulang Atuk Membentuk Huruf C

17-11-2014 12:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4826| Komen: 36

18 Tahun Tak Tidur Telentang,Tulang Atuk Membentuk Huruf C

Lenggong: “Sudah 18 tahun saya tidak boleh tidur secara melentang kerana tulang belakang bengkok dan terasa sakit,”” kat   warga ema, Mohamed Arshad, 88, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gua Badak, di sini, semalam.

Menurutnya, penderitaan hidupnya itu berpunca disondol seekor lembu betina menyebabkan badannya cedera termasuk tulang belakang membengkok membentuk seperti huruf ’C’.

Menceritakan kejadian itu, Mohamed berkata, pada hari kejadian, dia mengheret lembu betina berusia kira-kira dua tahun yang dipawah daripada jiran untuk dibawa ke padang ragut di depan rumahnya.

“Ketika mengheretnya ke padang secara tiba-tiba lembu itu meluru ke arah saya dari belakang dan kepalanya terus menyondol masuk ke celah kangkang menyebabkan saya terpelanting jatuh dan pengsan.

“Nasib baik isteri Rafiah Salleh, 74, ketika itu berada di luar dan melihat kejadian sebelum meminta beberapa jiran membantu membawa saya masuk ke dalam rumah,”” katanya.

Mohamed berkata, selain mendapatkan rawatan di Klinik Lenggong, di sini, dia dibawa untuk dirawat dengan puluhan pengamal perubatan tradisional sehingga ke Tanah Merah, Kelantan, tetapi kesakitan pada tulang belakang dialaminya tidak juga pulih sepenuhnya.

”Walaupun saya boleh berjalan, tetapi badan seperti tidak seimbang dan mudah tersungkur ke hadapan meskipun bertongkat.

“Sebelum kejadian, saya bekerja menoreh getah sendiri dan mengambil upah menoreh getah jiran bersama isteri, tetapi selepas kejadian itu, saya tidak lagi terdaya membuat sebarang kerja lagi,”” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri sebelum ini dibantu anak sulungnya, Mokhtar yang bekerja sebagai pegawai Telekom Malaysia apabila memberinya wang RM300 sebulan, tetapi anaknya itu meninggal dunia kerana penyakit jantung pertengahan Julai lalu.

“Isteri saya pula menghidap darah tinggi tidak mampu membuat sebarang kerja dan kami tidak mahu menyusahkan lima anak perempuan kerana mereka juga hidup sederhana dan ada keluarga sendiri.

“Bantuan yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan tidak mencukupi untuk makan kerana separuh daripadanya digunakan bagi membayar bil bulanan,”” katanya

RAFIAH menunjukkan tulang belakang Mohamed yang membengkok membentuk huruf C angkara disondol lembu betina 18 tahun lalu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavagolf 14-11-2014 11:27 AM
ni la orang kata...tinggal tunggu ajal menjemput.



Quote dauswq 14-11-2014 11:39 AM
penyakit bongkok ni..

keturunan aku ade gak camni...mungkin akn smpi kt aku gak
Quote iman_aly 14-11-2014 11:45 AM
kesian atuk...
Quote namirulmukminin 14-11-2014 12:05 PM



Katanya disondol lembu dari belakang... mungkin sondolan tu tepat pada bahagian punggung sebab tulang punggung nampak kedepan dari tulang belakang...
Quote Jagendas 14-11-2014 12:08 PM
panjang umur atuk ni
Quote nolya 14-11-2014 12:09 PM
lavagolf posted on 14-11-2014 11:27 AM
ni la orang kata...tinggal tunggu ajal menjemput.

jgnlah cakap mcm tu adikku.  Ajal tak payah ditunggu, pasti datang menjemput.  Sampai waktu, tak ditunggu pun dia datang,  tidak terhalang.
Kita doakan shj semoga kita semua dpt berpulang dgn sempurna; sempurna jasadnya, sempurna amalnya dn sempurna imannya.  amin....
Quote lavagolf 14-11-2014 12:20 PM
nolya posted on 14-11-2014 12:09 PM
jgnlah cakap mcm tu adikku.  Ajal tak payah ditunggu, pasti datang menjemput.  Sampai waktu, tak d ...

betul aper...apa pun dah tak boleh melainkan beribadah 24jam..

n tunggu saatnya....





Quote Esmiria 14-11-2014 12:24 PM
ntah2 sihir...
Quote addamnor 14-11-2014 12:27 PM
kyphosis in elderly is not a mesmerized news. next!
Quote addamnor 14-11-2014 12:28 PM
dauswq posted on 14-11-2014 11:39 AM
penyakit bongkok ni..

keturunan aku ade gak camni...mungkin akn smpi kt aku gak

ia berkadar terus dengan aktiviti memonen. harap daus boleh istoqomah. erk. KBAI!
Quote mommymonster82 14-11-2014 12:34 PM
Kesiannnyaaaa...
Quote fifie_olin 14-11-2014 12:36 PM
minum susu byk2
Quote nolya 14-11-2014 12:37 PM
lavagolf posted on 14-11-2014 12:20 PM
betul aper...apa pun dah tak boleh melainkan beribadah 24jam..

n tunggu saatnya....

Setuju cakap adik tapi tak setuju cara bercakap adik. Tak perlulah disebut2kan begitu.  Kalau kita tidak ada cara nak menolong, kita doakan sahaja Allah berikan yg terbaik buatnya.
Quote musangcomel 14-11-2014 12:38 PM
ya Allah kesiannya atok ni
takotnya aku kene sondol ngan lembu sampai jd gitu
lembu ni mmg takleh jangka jugak
pernah bapak aku bawak kete tetiba ada lembu sondol
kemek teruk ok kereta bapak aku
takleh bayangkan la manusia yg kene sondol ngan lembu
Quote lavagolf 14-11-2014 12:39 PM
nolya posted on 14-11-2014 12:37 PM
Setuju cakap adik tapi tak setuju cara bercakap adik. Tak perlulah disebut2kan begitu.  Kalau kita ...

cara cakap tak penting..

yg penting point sampai...

faham..??



Quote nolya 14-11-2014 12:47 PM
lavagolf posted on 14-11-2014 12:39 PM
cara cakap tak penting..

yg penting point sampai...

Adik, cakap2 dan cara kita bercakap ialah doa Sayang.  Bercakap dgn baik bererti kita memberi doa dn mengharapkan yg baik.  Itu sebab orang ramai suka mendengar cakap2 yg baik.  

Beginilah adik Sayang, menyebarkan yg baik banyak caranya, terpulang dgn cara masing2 orang.  Cara adik dgn cara saya pun tak sama, ttpi selagi ianya baik, apapun resultnya tetap baik. Itu yg kita semua maukan.  Jgnlah kita permasalahkan.  Pokonya harus baik...
Quote edee_91 14-11-2014 12:48 PM
lavagolf posted on 14-11-2014 12:39 PM
cara cakap tak penting..

yg penting point sampai...

kalau lu tak kesah asyik nak kena buat nick baru, lu teruskan je lah cara cakap lu tu.
Quote prettyuglybabe 14-11-2014 12:52 PM
kasihan.. anak yang diharap pun dah tak ada
semoga pihak berkenaan beri bantuan
Quote FanTasyCreaTioN 14-11-2014 12:56 PM
dia dan isteri sebelum ini dibantu anak sulungnya, Mokhtar yang bekerja sebagai pegawai Telekom Malaysia apabila memberinya wang RM300 sebulan, tetapi anaknya itu meninggal dunia kerana penyakit jantung pertengahan Julai lalu.
Al-Fatihah ..

kami tidak mahu menyusahkan lima anak perempuan kerana mereka juga hidup sederhana dan ada keluarga sendiri.
5 .. 5 anak perempuan
sorang hulur rm50 ja pun apa salah nya



Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.288299 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top