CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8.56 Juta Pendeposit Simpan Rm52.5 Bilion Dalam Tabung Haji

17-11-2014 11:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6859| Komen: 25

8.56 Juta Pendeposit Simpan Rm52.5 Bilion Dalam Tabung Haji


Kuala Lumpur: Tabung Haji (TH) menyasarkan nilai simpanan pendepositnya akan meningkat melebihi RM60 bilion menjelang akhir tahun depan.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Abdul Kadir Sahlan berkata, sehingga kini, nilai simpanan deposit TH sebanyak RM52 bilion dan dijangka terus meningkat sehingga RM52.5 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Secara purata jumlah simpanan pendeposit TH akan meningkat 17 peratus setiap tahun,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra TH 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan, di SK Setapak Indah di sini semalam.

Abdul Kadir mewakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Sehingga 31 Oktober lalu, TH mempunyai 8.56 juta pendeposit dengan bilangan pendeposit baru pada tahun ini seramai 395,455 orang.

Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata, tahun depan TH masih menumpukan aspek pelaburan dalam sektor hartanah, perladangan dan ekuiti.

Sementara itu, melalui projek Iqra’, TH menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM235,000 kepada 470 pelajar daripada 30 sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan.

Zakat pendidikan RM500 bagi setiap pelajar itu berupa kelengkapan sekolah bernilai RM200 dan wang tunai RM300.

Wilayah Persekutuan lokasi ketujuh menerima zakat pendidikan itu dan akan disusuli negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

Projek Iqra’ antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH bagi kalangan pelajar kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

Pada tahun ini TH mengagihkan zakat pendidikan berjumlah RM2.3 juta kepada 4,530 pelajar daripada 194 sekolah di seluruh negara. 

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ummi 14-11-2014 07:52 PM
Datuk Abdul Azeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling gena woli teri noregenna soringge

anney, anney lagi, anney lagi, ini tambi anney tara dengar

[youtube]iIICCHuU4P0[/youtube]

http://youtu.be/iIICCHuU4P0

===

akak semendjak keling yang handle Tabung Haji memang akak dah keluarkan dah simpanan Tabung Haji akak, tak mau akak share sama-sama duit akak dengan Datuk Abdul Azeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim

Quote Anak_Nogori 14-11-2014 08:04 PM
Alamak...dah ada yg keluarkan duitnya Dari tabung haji...bengrap lah tabung haji nampaknya.
Quote TuntungReturn 14-11-2014 08:07 PM
kuakn duit dri tabung aji.masuk tabung ayam..lol:lol
Quote TuntungReturn 14-11-2014 08:08 PM
selama aziz jdk pengerusi th, bpe rm dh duit ang pa ilanglol:lol
Quote munchkin 14-11-2014 08:26 PM
simpan duit tengok performance bank tersebut. bukan emosi. tu saja. tapi kalau dah suka tak sapa boleh paksa. duit memasing. memasing call the shot.
Quote jazaa 14-11-2014 08:32 PM
Susahlah tabung haji nak beroperasi...dah tak cukup duit lah tabung hj sbb dah ada org kuarkan.....:Q


Quote sayawifenikmie 14-11-2014 08:36 PM

... sebab ASB saya dah penuh (dengan pinjaman) baki sekupang dua dari duit gaji dan my small biz masuk lam tabung haji ... senangggg .....  siap2 dah tolak zakat ..nak keluarkanpun sonang .. cucuk kad sahaja .... i support TH.
Quote Anak_Nogori 14-11-2014 09:01 PM
jazaa posted on 14-11-2014 08:32 PM
Susahlah tabung haji nak beroperasi...dah tak cukup duit lah tabung hj sbb dah ada org kuarkan.....: ...

Dijangka tahun depan tabung haji bakal bengkrap mcm felda..hehehe
Quote Anak_Nogori 14-11-2014 09:04 PM
munchkin posted on 14-11-2014 08:26 PM
simpan duit tengok performance bank tersebut. bukan emosi. tu saja. tapi kalau dah suka tak sapa bol ...

Keluar duit tabung haji pasal keling tu punya pasal..masuk kohilal..byk dividen wooo.
Quote munchkin 14-11-2014 11:52 PM
Anak_Nogori posted on 14-11-2014 09:04 PM
Keluar duit tabung haji pasal keling tu punya pasal..masuk kohilal..byk dividen wooo.

Tak pe lah uncle.sorang keluar, lain masuk. Yang penting penuh je kaunter th hari hari.
Quote Pajeri_Nenas 15-11-2014 02:54 AM
masalahnya cmf_ummi ni islam ke?mcm propa je
Quote sekngucing 15-11-2014 02:58 AM
pegi haji buat kayakan arau saudi aje
Quote Al-Patih 15-11-2014 05:20 AM
Abdul Kadir Sahlan ...quota kerusi Haji untuk ...ketua ketua bahagiang hamno...tak crito pulak...

Quote mbhcsf 15-11-2014 05:48 AM
alhamdulillah.

good .
Quote R2D2 15-11-2014 07:42 AM
dulu TH pernah dedahkan lebih 500 pendepositnya mempunyai simpanan lebih RM1 juta dlm TH
Quote Al-Patih 16-11-2014 06:51 AM
patut le...LEMBAGA pengarah TH...ahli sudah jamah hamno....berebut nak jawatang tu....
Quote tinkiwinki 17-11-2014 05:17 PM
ramai la boleh pegi haji taun depan. hihi
Quote scorpionkiki 17-11-2014 05:30 PM
Al-Patih posted on 15-11-2014 05:20 AM
Abdul Kadir Sahlan ...quota kerusi Haji untuk ...ketua ketua bahagiang hamno...tak crito pulak...

...


Jadi excpect an ambik ketua bahagian pr ker... Last edited by scorpionkiki on 17-11-2014 05:31 PM

Quote melati_kesuma 17-11-2014 05:34 PM
Rasa tabung haji yang banyak bagi bonus..bank lain x pasan pun bonus hehe

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065591 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top