CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Fazura Nyanyi Lagu Sendiri ?

14-11-2014 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27400| Komen: 152

Shah Shamshiri Sedar Fazura Belum Bersedia Nyanyi Live


KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2014: Penulis lagu Sayangi Dirimu, Shah Shamshiri sedar dan akur dengan keputusan bintang terkenal Nur Fazura untuk menyanyi secara ‘miming’ ketika menjayakan Konsert EH! Ulang Tahun Ke 15, majalah fesyen dan gaya hidup EH! baru-baru ini.

Shah Shamshiri yang dihubungi portal murai.com.my berkata, dia dan komposer lagu berkenaan langsung tidak kisah dengan keputusan Nur Fazura untuk menyanyi lagu ciptaan mereka itu secara miming, memandangkan itu adalah pertama kali pelakon berkenaan menyanyi di hadapan penonton.

“Kami langsung tak kisah, asalkan dia (Nur Fazura)  telah melakukan yang terbaik untuk persembahan pertamanya itu. Tambahan pula kami sudah dimaklumkan oleh pihak pengerusan Fazura tentang hal ini. “Memang dia tak menyanyi secara live, tetapi dia tetap melantunkan suaranya bersama-sama iringan lagu berkenaan.


“Sebagai penulis lagu, komposer dan individu yang mengenalinya kami faham dengan keputusannya kerana itu adalah pertama kali dia membuat persembahan di atas pentas,” katanya yang bangga dengan pencapain artis kesayangan ramai itu.Lagu Sayangi Dirimu telah dicipta oleh Damian Mikhail, manakala liriknya telah ditulis oleh Shah Shamshiri dan buat pertama kalinya Nur Fazura telah menyanyikan lagu berkenaan di hadapan khalayak ketika Konsert EH! baru-baru ini.

Menurut Shah Shamshiri, menerusi persembahan sulung berkenaan, bintang jelita itu telah memberikan sebuah persembahan yang memberangsangkan dan telah mendapat maklum balas positif daripada ramai pihak. Malah sebagai individu yang telah lama mengenali pelakon berkenaan, Shah Shamshiri turut gembira kerana impian Nur Fazura untuk memiliki dan menyanyikan lagunya sendiri telah pun tercapai.

“Sebenarnya sudah lama dia menanam impian untuk menyanyi. Sebelum dia bergelar pelakon, mengacara dan menjadi pereka fesyen, menyanyi adalah impian pertamanya.

“Namun impiannya itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana dia sibuk dengan lakonan dan pengacaraan dan saya pula ketika itu mula sibuk mencipta lagu Mahakarya Cinta yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. “Namun dua bulan selepas hari raya yang lalu, kami telah dipertemukan semula dan dia  telah bersetuju untuk merakamkan lagu atau single pertamanya itu,” katanya yang juga pernah berkolaborasi dengan  Sarimah Ibrahim dan juga Maya Karin,

Jelas Shah Shamshiri, bintang Kami Histeria itu telah memintanya untuk menghasilkan sebuah lirik lagu yang boleh membawa mesej positif sesuai dengan kehidupan dirinya sebagai seorang bintang terkenal pujaan ramai. Sementara itu kata Shah Shamshiri, pelakon itu juga telah meminta komposer Damien Mikhail yang juga bekas ahli kumpulan V.E untuk menggubah sebuah lagu yang mengunakan genre muzik Electronic Dance Music yang disifatkan artis itu sebagai trend muzik yang sedang mendapat perhatian ramai ketika ini.

“Ya benar, apabila saya menulis lagu itu, saya membayangkan Nur Fazura menyanyikannya. Lirik-lirik yang saya tampilkan juga menceritakan kehidupannya yang sering dikelilingi kontroversi, kata-kata orang tetapi dicetus dalam sudut positif. “Memang itu yang dia mahukan, dia mahukan sebuah lagu yang berirama rancak tetapi penuh dengan mesej positif dan sebagai rakan, saya amat berbangga dengan pencapaiannya,” katanya.




2

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
13

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zairizain 11-11-2014 12:07 PM
kena bukak benang baru ke utk minah ni? mod merge je laaa
Quote Nina9 11-11-2014 12:10 PM
Tetiba banyak pulak benang mek jura
Quote mizzmimi 11-11-2014 12:13 PM
ade dah benang ni.. cuma tajuk thread tak menarik perhatian..

Quote tinkiwinki 11-11-2014 12:15 PM
banyak pulak benang pajura ni. merge je ler
Quote juliez 11-11-2014 12:17 PM
Selalu org miming mic di off, yg ni miming mic on ye? Dengat double suara

Anyway, i think liyana jasmay yg hazab tu pun sound better than this

To faz, please stick to your acting, singing is no-no for u
Quote doubleA 11-11-2014 12:19 PM
Sorry to say tapi memang tak sedap dan faz nampak kekok atas stage,taktau sebab kasut ke baju ke apa.
Quote edoraixora 11-11-2014 12:22 PM
gedik benor faz ni yer
seksi kemain
Quote Changa 11-11-2014 12:22 PM
juliez posted on 11-11-2014 12:17 PM
Selalu org miming mic di off, yg ni miming mic on ye? Dengat double suara

Anyway, i think liyana  ...

tak tahu la di panggil konsep apa?
playback kot sis?
namun retis kokesen yg stok2 nyanyi lagu rancak pun konsep sama, nyanyi guna playback.

namun stacy akak syak memang tak guna playback.

kalau retis kokesen yg naynyi lagu rancak menari2 akak tengok jah, time beliau tak nyanyi pun dgr sama tak banyak beda time buak mulut sikit2, kiranya boleh la cover line bila semput. Last edited by Changa on 11-11-2014 12:24 PM

Quote toxicated 11-11-2014 12:23 PM
ala2 luna maya, gigih nak buat album tp miming merata2
Quote JDT 11-11-2014 12:23 PM
Biarlah dia cuba...mungkin ada pasaran untuk suara dan persembahannya. Mungkin dia cuba untuk suka-suka.
Tapi lebih baik kalau beri tumpuan untuk lakunan.
Quote sekel 11-11-2014 12:25 PM
bertambah cv dia......as a singer
Quote juliez 11-11-2014 12:28 PM
Changa posted on 11-11-2014 12:22 PM
tak tahu la di panggil konsep apa?
playback kot sis?
namun retis kokesen yg stok2 nyanyi lagu ra ...

Playback singer ala2 lata mangheskar tu? Yg tu bukan ker konsep aku nyanyi playback kau nyanyi live.

Yang ni konsep gila kuasa, aku nyanyi playback aku sekali hauk live. Lol
Quote shahirakay 11-11-2014 12:28 PM
one word je i oll boleh cakap untuk ekspresikan perasaan i oll tentang lagu ni dan tentang pajurah.

CHEAP !
Quote juliez 11-11-2014 12:33 PM
shahirakay posted on 11-11-2014 12:28 PM
one word je i oll boleh cakap untuk ekspresikan perasaan i oll tentang lagu ni dan tentang pajurah.
...

Second you. For someone yg potray herself as a classy woman, lagu ni mmg tak sesuai dgn imej dia. Lagu ni utk bbnu boleh la. I imejin bdk yg nyanyi lagu mukabuku tu nyanyi.. siapa entah nama lupa.

Dia kena cari lagu yg mcm maya karin punya genre
Quote mizzmimi 11-11-2014 12:33 PM
nenek zura
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1663861

adake panggil dia nenek..

liyana jasmay better than her? owh my gucci..
Quote mrsLucky 11-11-2014 12:34 PM
bintang Kami Histeria itu telah memintanya untuk menghasilkan sebuah lirik lagu yang boleh membawa mesej positif sesuai dengan kehidupan dirinya sebagai seorang bintang terkenal pujaan ramai.


Pujaan ramai tau...
Quote kejoraria 11-11-2014 12:34 PM
toxicated posted on 11-11-2014 12:23 PM
ala2 luna maya, gigih nak buat album tp miming merata2

hahahaha....apa2 pun suka tgk muka dia wpun aku tak berapa suka dia ni
Quote Kebabomb 11-11-2014 12:36 PM
Oh my! All tipahs telah tertipu rupannya...
Quote Mary_jane 11-11-2014 12:36 PM
Bertindan2 benang tuk fazura.

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top