CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Lelaki Makan Serangga Untuk Kurus

14-11-2014 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5382| Komen: 17

Lelaki Makan Serangga Untuk Kurus



ANTARA hidangan beberapa jenis serangga yang menjadi makanan kegemaran Brink.


BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang kini menetap di Thailand mendakwa, dia berjaya mengurangkan berat badannya selepas mengamalkan memakan serangga.

Lelaki itu, Jason Brink, 29, berkata, dia mengamalkan makan serangga selepas secara tidak sengaja memakan haiwan berkenaan di sebuah kelab malam di sini beberapa bulan lalu.

Sejak kejadian itu, Brink terus menjadikan serangga termasuk tebuan dan semut sebagai antara menu dalam dietnya selepas mendapati makanan itu mempunyai kandungan protein yang tinggi serta sihat.

“Saya tidak makan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi sebaliknya memakan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis serangga.

“Sejak beberapa bulan lalu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak beberapa kilogram dan berasa semakin sihat,” katanya.
Menurutnya, serangga seperti belalang dan cengkerik mempunyai kandungan kalori yang rendah sekali gus membantu seseorang itu mengurangkan berat badan. – Agensi


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amirgo 13-11-2014 02:11 AM
Macam macam ler yg ko makan
Quote anees~nuhara 13-11-2014 08:15 AM
eksotik sungguh
Quote intriQue 13-11-2014 09:39 AM
serangga2 ni sumber protein kan?  Jadi kiranya lelaki ni amalkan diet protein lah ye?
Quote popjack 13-11-2014 10:24 AM
baguslah apocalypse muncul buleh survive

koh kih koh koh
Quote mijaa 13-11-2014 11:07 AM
err muntah tengok. selera orang macam2
Quote Artemesiaa 13-11-2014 12:05 PM
Macam2 cara nak kurus
Quote Shahreen74 13-11-2014 01:23 PM
dia mkn yg dah mati ke makan idup2??
Quote elmen 13-11-2014 02:36 PM
mohon berkampung di tepi tong sampah.. banyak serangga sebegitu di sana.. senang cari sumber mknan.. huh
Quote callance 13-11-2014 02:41 PM
Diet Atkin ni
Quote nora_balqis 13-11-2014 03:59 PM
masa kecik2 dulu pernah makan belalang goreng
Quote znuyul 13-11-2014 04:29 PM
lalu lak makan semua benda tuh..
idok la hamba...
Quote nonarona 13-11-2014 05:23 PM
mna gamba mat salleh ni sebelum & selepas kurus?
Quote emiryn_darling 13-11-2014 05:24 PM
pupusla serangga2 kat thailand tu..
Quote mattzzx 13-11-2014 05:24 PM
Bukan setakat kurus tapi mungkin dah jadi kurus kering....
Quote saladin780 13-11-2014 10:33 PM
emiryn_darling posted on 13-11-2014 05:24 PM
pupusla serangga2 kat thailand tu..

Org thai mmg makan serangga pon..klu g pasar mlm dorg mcm2 ada...lipas goreng la belalang la..bau sedap plak tu..hihih
Quote ladyrosberg 14-11-2014 01:57 AM
Ok la tu mkn serangga nak kurus... Tetap tak boleh challenge kaum anorexia mkn udara je...
Quote BuBuComey 16-11-2014 11:02 AM
dia makan segala jenis serangga agaknya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.054181 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top