CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Seronok Peluk Orang-Orang Dari Isteri

13-11-2014 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9151| Komen: 39

Lebih Seronok Peluk Orang-Orang Dari Isteri

Guangzhou: Apabila seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November), dia merajuk dan enggan pulang ke rumah.

Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip konkrit.

Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan kesejukan.

Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasanitu, terkejut melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian wanita.

Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.

Lelaki berkenaan berkata, dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk  membeli-belah menerusi Internet.

Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui gajinya habis, dia  enggan pulang ke rumah.

Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.
Dia memberitahu pekerja binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.”





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 13-11-2014 07:53 AM
nasib baik setakat peluk saja yer
Quote qronaldo7 13-11-2014 08:33 AM
macam selesa je baring dalam tu
Quote Jagendas 13-11-2014 08:39 AM
la cina gwe pikir indonesia
Quote cruz2 13-11-2014 08:40 AM
So funny
Quote MssHarry89 13-11-2014 08:51 AM
hoho ingatkan orang2 tu peluk orang banyak2..tgk gambo baru faham..
hahahah
Quote kejoraria 13-11-2014 08:52 AM
kesian lak dgr...wife nyer pun satu....habis gaji buat shoping abis tu nak mkn apa pastu.....tp takleh blah trend skrg ni ambik gambar dulu baru bertanya apa terjd...maklumlah nk load kat FB
Quote rospinki 13-11-2014 08:53 AM
elok je dia diam2 pgi itdo luar bawak diri..ada org tu pasal 100 maki hamun mcm org gila..bangsat dari cina dim sum ni.
Quote ais_kosong 13-11-2014 08:55 AM
kesian..
Quote tinkiwinki 13-11-2014 08:55 AM
hahahah klakau jate ni
Quote siputsedut 13-11-2014 09:04 AM
hari single ni 11.11 kan? sbb semua 1 1 1 1...kejadah sangat...ni semua org2 bisnes ni ...wujudkan hari single..pastuh buat sale besar besaran..apa tah kaitan sale dengan being single... ...kalau kat korea rai hari pepero on 11.11..kene bg pepero kat kawan2
Quote Esmiria 13-11-2014 09:09 AM
ntah apa2 cina ni.-_-
Quote famri7 13-11-2014 09:11 AM
Oklah dia xkacau orang sis..bukan mcm sesetengah ummah klo bergaduh habis satu perumahan pprt dengar bunyi penampar dan gusti suchi.
Quote chinta89 13-11-2014 09:41 AM
HAHAHAH..DUNIA MACAM2..
Quote prettyuglybabe 13-11-2014 09:44 AM
lakinya kena belajar dengan laki kita
cara-cara memeras duit bini
Quote pichee 13-11-2014 09:45 AM
siannye...dh la keje siang mlm nk cr duit..wife habiskan duit mcm tu je...
Quote nidzrain 13-11-2014 09:52 AM
MssHarry89 posted on 13-11-2014 08:51 AM
hoho ingatkan orang2 tu peluk orang banyak2..tgk gambo baru faham..
hahahah

hahah.. sama lak pikiran kita...
Quote alahai 13-11-2014 09:59 AM
mujur dia tak jadi awie....
kalau idak dah lebam2 bini dia....
Quote iman_aly 13-11-2014 10:00 AM
hahahahahaha macam2 lahaii..
Quote nebulagazer 13-11-2014 10:01 AM
Pjg lg umo bini
Kalo tak kot da lumat dibuat sushi br tau

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.296748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top