CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Keluarga Mohon Maaf, Anak Trauma Enggan Makan

12-11-2014 05:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17621| Komen: 90

Description: “Saya Datang Untuk Minta Maaf Di Atas Apa Yang Terjadi, Lagipun Perkara Ini Berlaku Tanpa Diduga Dan Tiada Siapa Minta Ia Berlaku, Apatah Lagi Sehingga Menyebabkan Kematian. Baru Hari Ini (Semalam) S ...
Keluarga Mohon Maaf, Anak Trauma Enggan Makan


KUALA TERENGGANU – Keluarga remaja yang merempuh seorang wanita dalam kemalangan maut di Jalan Pasir Panjang kelmarin tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa sehari selepas nahas tragis itu berlaku.

Bapa remaja terbabit, Ahmad Azidy Abd Malek, 45, ketika datang menziarah ahli keluarga mangsa maut, Dayang Che Abd Kadir, 51, melahirkan rasa simpati dan memohon maaf di atas kesalahan anak sulungnya, Ahmad Nabil Syazwan, 16, sehingga menyebabkan keluarga itu kehilangan seorang ibu serta isteri yang dikasihi.

“Saya datang untuk minta maaf di atas apa yang terjadi, lagipun perkara ini berlaku tanpa diduga dan tiada siapa minta ia berlaku, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian. Baru hari ini (semalam) saya sempat datang ke sini kerana sibuk uruskan soal anak (Nabil).

“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu mangsa yang dirempuh Nabil meninggal dunia. Saya tahu pun melalui rakan-rakan yang datang ziarah anak saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir  Panjang, di sini semalam.

Dalam pada itu, Azidy berkata, akibat kemalangan itu, Nabil turut mendapat kecederaan pada bahagian geraham dan patah ibu jari kaki kanan.

“Alhamdulillah pada hari kejadian, doktor selesai membuat pembedahan di bahagian gerahamnya dan hari ini (semalam) baru sahaja selesai meletakkan simen pada jari kaki kanannya yang patah.

“Hari ini juga doktor sedang dalam proses membuat imbasan pada bahagian kepala serta seluruh tubuh badannya untuk pastikan tiada kecederaan dalaman,” ceritanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Azidy memberitahu, Nabil yang merupakan seorang pelajar SMK Tengku Bariah, berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital terbabit.

Anak mangsa trauma, enggan makan

SEMENTARA itu, anak mangsa, Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim, 12, yang melihat sendiri ibu kesayangannya dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian berhampiran SK Pasir Panjang, pagi kelmarin itu masih trauma dengan apa yang berlaku.

“Dia belum makan apa-apa sejak semalam (kelmarin) dan masih tidak bercakap mengenai kejadian itu,” kata bapa Mohamad Izzuddin.

Ibrahim Muda, 55, berkata, Izzuddin masih trauma dengan kejadian yang meragut nyawa ibunya, yang ketika itu sedang berpegangan tangan dengan anak bongsunya itu untuk menghantarnya ke sekolah.  

“Dia (Izzuddin) belum menjamah makanan walaupun disuruh makan kerana katanya tidak ada selera dan masih tidak dapat melupakan kejadian kelmarin.

“Dia juga tidak banyak bercakap dan tidak mampu untuk bercerita mengenai kemalangan itu,” katanya kepada pemberita yang ditemui di kediaman saudaranya di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir Panjang, di sini.

Sementara itu, ketika menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi dan Guru Besar SK Pasir Panjang, Ros Haya Aziz serta pemberita, Izzuddin kelihatan masih sugul ekoran kematian ibunya itu.

Menurut Ros Haya, pihak sekolah akan memantau perkembangan Izzuddin kerana dia seorang pelajar yang berpotensi di dalam akademik dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya akibat kemurungan.

“Saya nampak dia (Izzuddin) memang berubah, mungkin masih terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan ini, apatah lagi kemalangan itu berlaku di hadapan matanya. Insya-ALLAH pihak sekolah akan membantu untuk mengatasi traumanya,” jelasnya.

Bina garisan kuning

DALAM perkembangan sama, garisan kuning akan dibina di Jalan Pasir Panjang berhampiran SK Pasir Panjang, dalam masa terdekat supaya kenderaan yang menggunakan laluan itu bergerak perlahan dan tidak membahayakan pelajar sekolah berdekatan.

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, di sepanjang Jalan Pasir Panjang itu terdapat hampir lima buah sekolah rendah dan menengah, ditambah pula laluannya yang agak sibuk terutama pada waktu pagi dan petang, sekali gus
sangat berbahaya kepada pelajar.

“Saya sempat berbincang dengan Guru Besar SK Pasir Panjang untuk memastikan keselamatan jalan di sini kerana kawasan ini adalah laluan ‘panas’ terutama waktu pagi yang begitu banyak kenderaan lalu lalang.

“Kita juga akan berurusan dengan pihak berwajib seperti Pasukan Ikatan Relawan  Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Kerja Raya untuk membuat sesuatu bagi meredakan suasana lalu lintas di kawasan itu,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan Ziarah Prihatin di
rumah mangsa kemalangan maut pagi kelmarin di Pasir Panjang.

Menurut Sabri lagi, selain membina garisan kuning di laluan itu, pihaknya juga akan melihat keperluan lain seperti jejantas dan sebagainya bagi mengelak lebih banyak kemalangan berulang di kawasan itu.

“Sekiranya perlukan jejantas, kita akan bawa perkara ini kepada menteri besar secepat mungkin kerana kita tahu jalan ini agak sempit, kemungkinan akan melibatkan pengambilan tanah dan sebagainya.

“Tetapi saya rasa perkara ini tidak menjadi masalah untuk kita cadangkan, dan buat masa terdekat ini garisan kuning perlu dilaksanakan dahulu,” katanya.

Sementara itu, Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu turut melahirkan kesudiannya untuk membantu keluarga mangsa kemalangan maut itu sekiranya mereka memerlukan sesuatu, termasuk bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Cadangan pembinaan garisan kuning itu dibuat ekoran kejadian kemalangan yang melibatkan seorang wanita, Dayang Che Abd Kadir, 51, maut ketika menghantar anak bongsunya, Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim, 12, berdekatan SK Pasir Panjang, kelmarin.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger_attack 12-11-2014 11:56 AM
Again...janji dapat bukak tred baru....

Quote Modngengade 12-11-2014 11:59 AM
stinger_attack posted on 12-11-2014 11:56 AM
Again...janji dapat bukak tred baru....

so? you have problem with that?

Quote solstice 12-11-2014 12:03 PM
16 yo dah bole amik lesen kerr
Quote chinta89 12-11-2014 12:08 PM
semoga adik tu bertabah.. kesian dia tgk depan mata sampai trauma tak hilang lagi...
Quote namirulmukminin 12-11-2014 12:22 PM
“Saya datang untuk minta maaf di atas apa yang terjadi, lagipun perkara ini berlaku tanpa diduga dan tiada siapa minta ia berlaku, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian. Baru hari ini (semalam) saya sempat datang ke sini kerana sibuk uruskan soal anak (Nabil).

Hek eleh.... mintak maaf camtu je??? Kurang2 ko jual motor anak ko tu... lepas ni suh dia pi skolah naik beskal je.... Hawau!! Trauma anak ko skejap je... dah kluar hospital nanti, dah sembuh nanti dia merempit balik... Tapi trauma budak yang hilang mak skelip mata tu sampai besar trauma dia tau....
Quote annehuda 12-11-2014 12:27 PM
Betul ke kalau accident ngan budak sekolah walaupun budak tu yg salah tp selagi masa accident budak tu pakai uniform sekolah, tak boleh report polis?
Quote elmen 12-11-2014 12:27 PM
kesian nye anak die.. trauma smpai x mkn.. so sad..
Quote Jagendas 12-11-2014 12:28 PM
mark curl rock
Quote miss_baby 12-11-2014 12:31 PM
kesian adik ni..
Quote budakmanentah 12-11-2014 12:48 PM
laju mana la bdk tu bwk motor smpai mati mak budak tu.geram je aku dgn bdk2 yg bwk motor mcm pelesit ni
Quote shamsadis 12-11-2014 12:49 PM
hukuman perlu dikenakan tak kira maaf ka ganti rugi ka...
Quote stania83 12-11-2014 12:54 PM
Ingatkan org yg langgar tu yg trauma sampai tak makan. Siannya adek tu. Ada potensi nak murung tu
Quote shamsadis 12-11-2014 12:56 PM
hukuman perlu dikenakan tak kira maaf ka ganti rugi ka...
Quote CrowneGlory 12-11-2014 12:59 PM
Suka bgtau anak dia stabil... Tp mak budak tu meninggal dibuat anak pelesit ko yg stabil tu.. Mati lg bagus
Quote revolusi_30 12-11-2014 12:59 PM
annehuda posted on 12-11-2014 12:27 PM
Betul ke kalau accident ngan budak sekolah walaupun budak tu yg salah tp selagi masa accident budak  ...

Kalau by law bukan budak yg pakai uniform sekolah tetap tak salah meskipun dilanggar atau melanggar ....
Quote revolusi_30 12-11-2014 12:59 PM
Kata budak ne tak salah ...Arwah tu yg menonong melintas jalan tak tengok kiri kanan ...keluar celah2 kereta ke apa ..
Quote revolusi_30 12-11-2014 01:00 PM
Kata budak ne tak salah ...Arwah tu yg menonong melintas jalan tak tengok kiri kanan ...keluar celah2 kereta ke apa ..
Quote robertocarbos 12-11-2014 01:15 PM
Biar mati jek la anak tu,
tu la sayang ank bagi motor
mak bapak bodoh
Quote Artemesiaa 12-11-2014 01:24 PM
Sian adik tu semoga cepat sembuh dan bersemangat semula seperti biasa.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060364 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top