Azmi mengusung mayat anaknya, Danish Izz Haikal untuk dibawa ke Hospital Tengku Anis DANISH IZZ HAIKAL PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak dipercayai bermain seorang diri ditemui mati lemas di Sungai Semerak, Jalan Limbongan (Belakang Forest) di sini, petang kelmarin. Mangsa, Danish Izz Haikal Azmi, 3, ditemui jirannya dalam keadaan terapung di sungai yang jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari rumahnya pada jam 5.30 petang. Sebelum itu, bapa mangsa Azmi Zainon, 32, mencari anaknya selepas tidak melihat kelibat kanak-kanak hiperaktif berkenaan. Kehilangan kanak-kanak itu hanya terjawab apabila jiran mereka, Ismail Daud, 53, menemuinya terapung di sungai dan segera memaklumkan Azmi. Azmi cuba menyelamatkan anaknya, namun Danish Izz Haikal sudah kaku dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Paezah Razali, 23, tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk membeli barang. Ismail ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, Danish Izz Haikal bermain seorang diri di dalam rumah manakala adik bongsunya, Nor Auni Husna, 6 bulan, pula berada di rumahnya. “Saya sedih dengan kejadian menimpa keluarga Azmi dan berharap keluarga itu bersabar dengan ujian ALLAH,” katanya kelmarin. Jenazah Danish Izz Haikal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Aman, malam tadi (kelmarin) selepas dituntut keluarganya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Mohd Kamal Zainal mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung kejadian dan mengklasifikasikannya mati mengejut.
|
Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Paezah Razali, 23, tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk membeli barang.
Ismail ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, Danish Izz Haikal bermain seorang diri di dalam rumah manakala adik bongsunya, Nor Auni Husna, 6 bulan, pula berada di rumahnya.
siputsedut posted on 29-5-2013 10:26 AM
takziah..anak hyper mmg susah nk kontrol..anak jiran I pun hyper..pantang terlepas pandang tengok di ...
reddots posted on 29-5-2013 11:21 AM
betul.. mcm cucu sepupu aku, hazab nya hyper... cucu dia tu berderet 5 org.. anak #2 n #3 sgt hyp ...
InVendeTTa posted on 29-5-2013 11:49 AM
apsal aku rasa cam sume budak lelaki sekarang nama danish?
even kat kampung2 nun
ape2 pon takzia ...
reddots posted on 29-5-2013 11:41 AM
dia mampu beranak saja....
yg nak jaga kawal semua tu mak mentua/akak ipar n maid dia je la. and ...
tupaiterbang posted on 29-5-2013 11:58 AM
itu kena tanya hero tua malaya...rosham noor
dia yg start dok popularkan nama danish ni..... :l ...
ADVERTISEMENT