Mak - Kasih Ibu Sampai Ke Mati Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini. Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran. Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka. Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh. Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu. Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan. |
STONER posted on 10-11-2014 03:52 PM
darjah 4 dah pakai lc? bdk2 bawa motor mmg cam pelisit.. ada adegan tampar menampar tk?
gekkou posted on 10-11-2014 04:03 PM
mesti trauma adik ni
semoga bertabah dan kuat semangat ye dik
mujur upsr da lepas
namirulmukminin posted on 10-11-2014 04:15 PM
Mesti budak motor tu spisis Mat Rempit... Mat rempit ganu memang bengong sekor2.... Dah kerajaang BN ...
mie07 posted on 10-11-2014 04:18 PM
bdk mcm ni x kan insaf tu je blh dikata....................
ADVERTISEMENT