Sampel B Lee Chong Wei disahkan positif, sidang media pukul 2 petang ini KUALA LUMPUR: Hasil ujian Sampel B milik pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif dadah jenis 'deksametason'. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membuat pengumuman rasmi mengenai ujian doping Sampel B milik ikon badminton negara itu dalam sidang media di Ibu Pejabat BAM di Bukit Kiara pada jam 2 petang ini. Sidang media itu dijangka diketuai oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria. Sebelum ini Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu. Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu. Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan
|
pehbedah posted on 8-11-2014 01:50 PM
dah laa..berehat jee...carik penganti dia laa..dah macam tengkorak idup aku tengaok dia ni..tak cuku ...
kakigebang posted on 8-11-2014 12:54 PM
terima kasih chong wei atasa jasa kepada negara selama ni......dadah sukan je takpe, jgn hisap dada ...
mrsjiji67 posted on 8-11-2014 01:54 PM
sbb muka dia jenis cengkung kut.. wlpn nmpk cam tengkorak hidup ada 6packs tu ngan biseps lagi... ...
ADVERTISEMENT