CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Muhyiddin: Tiada Maaf Bagimu

10-11-2014 10:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7464| Komen: 40

Muhyiddin: Tiada Maaf Bagimu



Tan Sri Muhyiddin Yassin


PUTRAJAYA - "Tiada maaf bagimu", tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh Rabu lepas.
   
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas.
   
"Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ketegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.
   
"Jadi, kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya telah arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera," katanya.
   
Operasi itu akan dilakukan seberapa segera berikutan sudah ada pihak yang berani mencabar kerajaan dan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Berhubung dakwaan aktiviti pencerobohan oleh pendatang asing itu dilindungi 'orang politik', Muhyiddin berkata ia tidak boleh dijadikan alasan untuk penguatkuasaan undang-undang dikecualikan terhadap mereka.
   
"Bagi saya sama ada ia politik atau bukan politik, yang penting alam sekitar tidak boleh terus dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
   
"Kita tidak bimbang, kita tak kisah. Kita perlu ambil tindakan terhadap siapa saja yang melindungi. Orang sebegini kalau terbukti mereka itu adalah antara dalang-dalang, tindakan dari segi undang-undang boleh diambil," katanya.
   
Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting bagi kerajaan ialah alam sekitar perlu dijaga dan keselamatan penduduk di kawasan terlibat perlu diutamakan melebihi kepentingan lain.
   
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada Rabu lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajie2000 9-11-2014 10:56 PM
Tangkap..jangan tak tangkap..

dah muak mendengarnya..

pendatang ramai juge..

dari dulu cam tu..
Quote jazaa 9-11-2014 10:58 PM
Ek eleh.....

Mcm baru ni le pulak kes pendatang ni....nak kata ko tak tau ke pak yidin???


Quote freebird 9-11-2014 10:59 PM
berapa kali 'tiada maaf bagi mu', daa????
Quote sabbath_shalom 9-11-2014 11:01 PM
Melodrama sangattt
Quote munchkin 9-11-2014 11:01 PM
Talk is .......

Action speaks louder .......

Walk the .......


Enough said.
Quote taikor 9-11-2014 11:01 PM
kalau ada pilihan, aku nak pindahkan pak yidin, zahid, maslan... 100 orang ke Indonesia, dan bawak Joko Widodo kesini
Quote GhostWalking 9-11-2014 11:02 PM
freebird posted on 9-11-2014 02:59 PM
berapa kali 'tiada maaf bagi mu', daa????

Alamak thread dah ada ka
Quote sepiITUindah 9-11-2014 11:02 PM
ayat lama dok diulang-ulang
tengok ler tahun depan
Quote jazaa 9-11-2014 11:04 PM
taikor posted on 9-11-2014 11:01 PM
kalau ada pilihan, aku nak pindahkan pak yidin, zahid, maslan... 100 orang ke Indonesia, dan bawak J ...

Bila kau bawak joko ke sini....kau rasa klu masa tu tengah hujan, terus berhenti ke atau hujan berterusan 7 hari 7 mlm????...



Quote slavehunter 9-11-2014 11:05 PM
Biasa la...kalau ada berlaku sesuatu incident baru nak bertindak...tapi still x selesai daripada akar umbi...hanya hangat2 poop ayam jer...
Quote taikor 9-11-2014 11:14 PM
jazaa posted on 9-11-2014 11:04 PM
Bila kau bawak joko ke sini....kau rasa klu masa tu tengah hujan, terus berhenti ke atau hujan ber ...

maksud cadangan tu ialah kita perlukan orang yg cerdik dan buat kerja. bukan jenis yg sembang kencang
Quote freebird 9-11-2014 11:17 PM
GhostWalking posted on 9-11-2014 11:02 PM
Alamak thread dah ada ka

bukan, yidin sembab ni asyik cakap 'tiada maap bagi mu' je, tapi tindakan dia tiada jugak....
Quote jazaa 9-11-2014 11:24 PM
taikor posted on 9-11-2014 11:14 PM
maksud cadangan tu ialah kita perlukan orang yg cerdik dan buat kerja. bukan jenis yg sembang kenc ...

Aku tau....

Kann masa joko melawat satu daerah kat indon, tempat tu dah 4 bln tak turun hujan...bila joko sampai je...terus hujan dgn lebatnya.....

Tu yg aku tanya...klu joko dtg sini, kan msia skrg musim hujann...apa akn jadi kat sini pulakkkk.....


Quote tobby 9-11-2014 11:37 PM
tegaslah. sebelum ada yg mati lagi.
Quote CrowneGlory 9-11-2014 11:38 PM
Kat cameron je ke tiada maaf.. Kat Sabah? Satu msia?... Selective part je rupanya..
Quote cmf_herrhughie 9-11-2014 11:39 PM
Ooooooooohhhhh.....dilindungi org politik....siapa org politik yg berkuasa mempengaruhi bhg tanah negeri Pahang?

Macai, sila bagi clue sikit....
Quote taikor 10-11-2014 12:46 AM
jazaa posted on 9-11-2014 11:24 PM
Aku tau....

Kann masa joko melawat satu daerah kat indon, tempat tu dah 4 bln tak turun hujan.. ...

aku percaya bila jokowi datang melawat, hujan trus berhenti  

hai... kalaulah pemimpin kita banyak yg jenis macam jokowi, entah dah kemana dah Msia. dah jauh kedepan aku rasa
Quote taikor 10-11-2014 12:50 AM
cmf_herrhughie posted on 9-11-2014 11:39 PM
Ooooooooohhhhh.....dilindungi org politik....siapa org politik yg berkuasa mempengaruhi bhg tanah ne ...

Amno punya territory ni. macam mana boleh jadik macam ni. dah jadik baru cakap takde maap. lepas seminggu entah ada kesan positif tak. aku ragu
Quote cmf_herrhughie 10-11-2014 12:52 AM
taikor posted on 10-11-2014 12:50 AM
Amno punya territory ni. macam mana boleh jadik macam ni. dah jadik baru cakap takde maap. lepas s ...

Tapi macai dah start salah kan Dap ma...mcm penerokaan illegal ni baru start beberapa tahun kebelakangan ni saja,..


biasalah, macai BN mmg suka deny sendiri kuat rasuah,

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050404 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top