CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hypermarket Giant Pertama Di Perlis Tahun 2015

7-11-2014 06:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18221| Komen: 78

Hypermarket Giant Pertama Di Perlis Tahun 2015


Kangar: GCH Retail (M) Sdn Bhd yang mengendalikan Pasaraya Giant bakal melebarkan jaringannya ke Perlis menerusi cawangan terbaru menjelang suku ketiga tahun depan, sekali gus mampu menawarkan lebih 250 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Malah, negeri Perlis buat julung kalinya bakal memiliki sebuah pasar raya besar seumpamanya pada September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail, Tim Ashdown berkata, kadar kelangsungan ekonomi di Malaysia yang sangat baik berbanding negara Asia Tenggara lain secara tidak langsung membolehkan syarikatnya mempunyai keyakinan dengan pelaburan jangka masa panjang itu.

Menurutnya, GCH kini mempunyai 127 rangkaian pasar raya di seluruh negara, sedang membina empat pasar raya baru pada tahun ini dengan empat lagi dijangka dibina pada tahun hadapan.

“Menerusi pelaburan sebanyak RM48 juta di atas tanah seluas 87,000 kaki persegi (26,517 meter persegi) bagi pembinaan pasar raya baru di negeri ini, kita menjangkakan bakal membuka lebih 250 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Secara keseluruhan sebanyak 32 kedai, kios dan gerai makanan akan dibuka untuk memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita juga percaya dengan pembinaan pasar raya ini, ia secara tidak langsung membantu mengetengah dan memasarkan produk mereka di semua jaringan pasar raya ini di seluruh negara,” katanya pada majlis pecah tanah pasar raya itu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Kampung Behor Gandil, di sini, semalam.

2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 7-11-2014 12:12 PM
Kesiannya Perlis. Semua xde ek.
Quote liyanur 7-11-2014 12:34 PM
ni apsal asyik citer sal perlis jer...
rasa cam nk pi plak tgk apa yg xde apa yg ada....
apa pun semoga perlis bertambah membangun dan maju....

apa ntah nama gua tu gua kelam ker masih bole pi lg ka???
Quote ChildrenOfBodom 7-11-2014 12:38 PM
mintak airport dapat hypermarket ok la tu
one is better than none
Quote eintra85 7-11-2014 12:52 PM
sy menantu org perlis dan menetap di perlis almost 4 years. sy asal org kedah...ya sy akui mmg perlis xbrapa nk ada apa..klu nk shoping mmg sgt limit...espeseli nk cari kain pasang, kasut2 wanita, jeans branded utk lelaki n mcm2 lg...klu dok hometown sy msti mudah dptkn bnda2 tu n byk pilihan...

tp bab makan best..nk seafood leh terjah p kola perlis...kedai2 mkn pn byk tgah2 mlm pn xdk mslh ada ja kedai msih operasi..xperlu nk pkiaq "kna mkn megi 7e la jwbnya mlm2 buta ni"..

Tapi apa2 pon slogan perlis "perlis maju 2015" menjadi kenyataan...maybe akan byk lg infrastruktur yg dh diatur oleh gomen utk rakyat akn naik pasni...walau perlis xbrapa nk ada apa...sy ttap bes dok cni...
Quote Blueberri 7-11-2014 12:53 PM
perlis setakat nih supermarket yang popular The Store jer...
Quote FanTasyCreaTioN 7-11-2014 01:08 PM
glamer Perlis minggu ni
Quote gula_tebu 7-11-2014 01:54 PM
tak kisah la tak maju pon yg penting tak payah pening kepala serabut jam petang ni balik kampung! weeeeeeeee.
Quote kitty_lynne 7-11-2014 02:04 PM
Blueberri posted on 7-11-2014 04:53 AM
perlis setakat nih supermarket yang popular The Store jer...

Ngan C Mart
Quote R2D2 7-11-2014 02:17 PM
kuasa membeli bukan org Perlis
tapi org sempadan dan juga dari Kedah
Quote eldotts 7-11-2014 02:22 PM
liyanur posted on 7-11-2014 12:34 PM
ni apsal asyik citer sal perlis jer...
rasa cam nk pi plak tgk apa yg xde apa yg ada....
apa pun s ...

Yang best kat Perlis ni sebab tenang la. Orang Perlis selalu turun Alor Setar kalau nak shopping. Tapi iols orang Kedah suka pegi shopping kat Perlis lagi. Walaupun takda benda sangat, janji tak sesak dengan orang. Duit pun opkoz la tak habeh banyak kannn.
Quote raxief 7-11-2014 02:23 PM
aku rasa perlis best.
Quote blackred99 7-11-2014 02:29 PM
saya suka perlis, aritu tido seri malaysia, dekat dgn mekdi, tapi tgh boikot kan, so tengok jela.
Quote ninja boy 7-11-2014 02:45 PM
dulu pernah pergi perlis, mmg aktiviti kedai2 x banyak, negri pertanian penuh sawah padi dan tebu. pekan kangar aja yg nampak membangun. negeri2 belah utara mmg nampak kurang kepesatannya kecuali sekitar penang seberang perai.
Quote R2D2 7-11-2014 02:50 PM
Blueberri posted on 7-11-2014 12:53 PM
perlis setakat nih supermarket yang popular The Store jer...

selama ni aku ingat kawasan Perlis cuma ada kedai runcit je
sangkaan aku meleset
Quote siputsedut 7-11-2014 02:52 PM
haritu saya jalan2 pegi perli...dok hotel apa ntah dekat town tu...duk high floor..bgn pagi2 bukak langsir tengok bukit bakau menghijau...bessst sangat..tenang je rasa..town dia pon tak sesak..tp malam2 taktau nk jalan2 cari makan kat mana... jalan2 satu hari okay je
Quote atira 7-11-2014 02:52 PM
kedai borong din
Quote encikWawad 7-11-2014 03:00 PM
mac aritu dpt mekdi pertama
tahun depan dapat giant
agaknya 2016? first apa plak
Quote R2D2 7-11-2014 03:07 PM
aku jangkakan FAREEDA akan buka cawangan pertama di Perlis
sekian.
Quote namirulmukminin 7-11-2014 03:25 PM
Dah duk Peghlih tu, pi shopping kat siam je la.... lagi syok...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.154832 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top