Penyokong Anwar berbekal ubi rebus PUTRAJAYA 6 NOVEMBER: Hari ini masuk hari keenam perbicaraan kes fitnah II, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kehadiran penyokong-penyokongnya dari seluruh negara tidak pernah menghampakan.
Ada yang tiba di Putrajaya seawal jam enam pagi lagi, mereka datang bersama-sama kaum keluarga dan rakan taulan yang mengharapkan Anwar akan dibebaskan. Lebih menarik mereka yang hadir ini datang membawa bekalan makanan sebagai sarapan dan dikongsi bersama-sama. Antara menu yang dibawa ialah ubi rebus dan nasi lemak.
Menurut Ahmad Mad Isa, 70, Butterwoth Pulai Pinang, beliau tidak pernah putus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sejak hari pertama rayuan ini didengar. “Pakcik dah tua, tetapi Pakcik sanggup datang, pukul 6 pagi dah ada dekat sini, datang nak beri sokongan sebab pakcik tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tak bersalah. “Ini zalimnya kerajaan Umno, tak habis-habis nak aninaya orang lain, hentikan kezaliman, dan pakcik harap keputusan dapat hari ini dan memihak kepadanya,” katanya ketika ditemui wartawan Suara Keadilan. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya sejak jam 6 pagi tadi. |
primemova posted on 7-11-2014 09:51 AM
Indo, bangla, nepal, myanmar yg berbondong bondong dtg keje sini takde pun merempat makan ubikayu... ...
ladydutch posted on 7-11-2014 09:47 AM
kehidupan rakyat makin tertekan selepas harga minyak dinaikkan
pemimpin umno hidup bermewah
namirulmukminin posted on 7-11-2014 10:09 AM
Hahaha... kebodohan macai2 KETUM... dah tua2 pon bodo lagi....
lindarafee posted on 7-11-2014 10:06 AM
aku kene pegi mahkamah rayuan untuk pengurusan kes pun rase malas. petang kol 2 plak tu. pakcik sang ...
ADVERTISEMENT