Rafikin ‘muncul’ berkat azan Kuala Berang : “Saya menemui mangsa tersepit di celah batu dengan keseluruhan badan dalam sungai dan hanya bahagian tangan di permukaan air,” kata Mohd Johari Abu Bakar, 39, yang menemui mayat Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang ketika menyertai maraton ‘Terengganu International Gajah Terom Challenge’ di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Sabtu lalu.
Menurutnya, dia bersyukur apabila usaha mencari berjaya menemui mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu, jam 3.30 petang pada jarak tujuh kilometer dari kawasan kaki bukit. Katanya, dia memasuki kawasan hutan lipur berkenaan pada jam 10 pagi bersama tiga anggota polis sebelum berhenti dan melaungkan azan serta memberi salam sambil menyebut nama mangsa berbinkan ibunya ketika berhenti rehat pada jarak 7.5 kilometer dari bawah.
“Ketika itu jam 1 petang dan saya mengambil keputusan turun semula sambil mencari mangsa di kawasan sungai sebelum terbau mayat selepas turun kira-kira dua kilometer dari lokasi kami berehat. “Merasakan mangsa berada berhampiran kami, saya bersama rakan mula mencari sebelum menemui mangsa tersepit di celah batu dalam sungai pada jarak kira-kira satu kilometer dari ‘check point’ pertama,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Terengganu. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838087&extra=&page=12 |
14
Bagus |
1
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT