CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelajar Hilang Selepas Sertai Marathon

5-11-2014 06:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 68715| Komen: 692

Pelajar Hilang Selepas Sertai Marathon

HULU TERENGGANU - Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini petang semalam.
           
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menyelesaikan acara maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Ohtman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.
           
zman sebelum itu memaklumkan pihak penganjur apabila dia tidak dapat menemui Ahmad Rafikin, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, yang akan diambilnya pada pukul 3 petang selepas perlumbaan itu.
           
Kesemua 32 peserta yang lain telah tiba ketika itu.
           
"Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis," kata Hussin.
           
Difahamkan Ahmad Rafikin tidur di sebuah khemah di lokasi itu pada 31 Oktober dan meninggalkan telefon bimbitnya di rumah.
           
Operasi mencari dilancarkan oleh 42 anggota terdiri daripada anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung setempat.
           
Sementara itu, urusetia perlumbaan itu, Mohd Rafi Kori berkata Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 kilometer yang disertainya.
           
Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada pukul 8.15 pagi.
           
Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara. 

3

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
2

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 3-11-2014 07:33 AM
Guna anjing pengesan cari pelajar hilang

Anggota Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan anjing pengesan dalam operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu di Hulu Terengganu, hari ini. - Foto Bernama



        HULU TERENGGANU - Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan bagi menjejak seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang sewaktu menyertai acara maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini, petang semalam.
           
        Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, setakat lima petang tadi, usaha mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, masih gagal sehingga pihaknya terpaksa menggunakan empat ekor anjing pengesan polis dalam operasi
        itu.
           
        "Kita juga menambah anggota penyelamat kepada 92 berbanding 42 orang pada sebelah pagi tadi berikutan keadaan cuaca di samping permukaan jalan yang licin.
           
        "Walaupun hujan dan cuaca gelap, kita akan teruskan usaha sehingga berjaya menemui mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di Sekayu, di sini hari ini.
           
        Mangsa seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira 6 petang semalam.


Azman sebelum itu memaklumkan kepada penganjur bahawa dia tidak menemui Ahmad Rafikin yang akan diambilnya pada 3 petang selepas perlumbaan itu.
           
        Operasi mencari dan menyelamat, yang membabitkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung itu, turut disertai anggota keluarga mangsa.
           
        Abang mangsa, Ahmad Ridhuan Azman, 27, berkata beliau bersama bapanya mula menyertai operasi yang bermula kira-kira 8 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat terkini usaha mencari dan menyelamat adik bongsunya itu.
           
        "Laluan yang mencabar serta licin serta di tambah dengan hujan lebat menambahkan lagi kesukaran kami bersama pihak penyelamat mencari adik saya.
           
        "Jika tersilap langkah, kita akan terjatuh ke dalam gaung. Namun saya dan ayah berharap adik selamat dan kami sekeluarga sudah bertekad untuk tidak berputus asa sehinggalah dapat menemui adik," katanya.
           
        Beliau berkata, Ahmad Rafikin merupakan seorang yang aktif dan amat meminati sukan lasak dan mereka sekeluarga sentiasa menyokong minatnya itu, namun tidak menyangka insiden seumpama itu berlaku kepada mangsa.
           
        Dalam pada itu, penduduk kampung serta 29 pelajar pondok Darul Iman turut mengadakan solat hajat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat itu. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/pelajar-hilang-selepas-sertai-maraton-1.329767
  

Quote Simunggu 3-11-2014 07:35 AM
silap silap menyimpang ke laut budak ini....
Quote fifie_olin 3-11-2014 08:06 AM
mmg ade buat marathon dlm utan ek...aku br tau..
mati2 aku igt marathon atas jalan ...yg bebiase buat tu kan...
tu yg aku pelik camne bdk ni x blk2...rupa2nya dlm utan
takot kene sorok di alam lg satu tuu jek
Quote haryatie 3-11-2014 08:13 AM
kesiannya
ke mana pulak dia menghilang..
harap2 ditemui dgn selamat
Quote gaara_X 3-11-2014 08:53 AM
antara check point tak de yang jaga area tu ke......adoi...
Quote xtahumenahu 3-11-2014 08:56 AM
semoga selamat adik
Quote CiliPadiSedap 3-11-2014 09:00 AM
first time dgr marathon dalam hutan. biasa kak dgr jungle tracking.
Quote imthegirl 3-11-2014 09:14 AM
Antara waktu tamat dengan sebelum ayah dia datang cari tuk pihak penganjur dah sedar ke belum ada sorang tak sampai sampai?
Quote rosasa 3-11-2014 09:15 AM
ada ye marathon dlm hutan
Quote batmana 3-11-2014 09:15 AM
klu dh pi hutan tu, psgla gps tracker

senang sket nk pantau..
Quote famri7 3-11-2014 09:16 AM
Bomoh meleis kata mesti disembunyikan bunian leknatullah
Quote lavalife 3-11-2014 09:18 AM
famri7 posted on 3-11-2014 09:16 AM
Bomoh meleis kata mesti disembunyikan bunian leknatullah

ha ah...

nama bunian leknatullah tu famri7...kata bomoh itu lagi.



Quote lasagnaklcc 3-11-2014 09:19 AM
Kalau bdk sekolah slalu jungle trekking dlm group. Since ni marathon... kurg sorg pon lambat kita perasan.
Quote espri6006 3-11-2014 09:33 AM
Forumer Famri7 yang aku perasan selalu dia punya komen tu macam memburukkan umat islam Malaysia je. Dalam apa jua thread yang ada kat board ni memang selalu dia akan komen ayat laknatullah, elohim dan sebagainya. Rasanya takde pulak former muslim kat sini yang burukkan agama beliau (kalau beliau bukan muslim lah). So harap pada famri7 harap anda jangan selalu kaitkan sangat agama islam dalam komen anda. Jangan suka permainkan hokum hakam islam kami.
Quote awek_ganu 3-11-2014 09:37 AM
Aku cari gak thread ni smalam..tp xde y buka...bdak tu cuma lalu check point y ptama je...yg sterusya dia x lalu..
Kt Fb Terengganu times ad update brita ni..tp xleh upload la gna hp.. Last edited by awek_ganu on 3-11-2014 09:54 AM

Quote prettyuglybabe 3-11-2014 10:37 AM
kalu budak pompuan yang hilang, sure lain komen forumers
Quote Modngengade 3-11-2014 01:13 PM
espri6006 posted on 3-11-2014 09:33 AM
Forumer Famri7 yang aku perasan selalu dia punya komen tu macam memburukkan umat islam Malaysia je.  ...

tulah yang akak heran....momod kat dlm CI ni samada tidur atau memang suka forumer menghina agama islam....
tak pernah pulak akak tgk sifonen famri7 ni dicantas credit kerana menghina agama islam....

Quote rayqalzz 3-11-2014 01:15 PM
guana bole hilang tu? takkan ke alam bunian kot
Quote Kejora927 3-11-2014 01:22 PM
Mudah mudahan dijumpai dengan selamat!

Lihat semua komen(692)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.259984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top