CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Buang Air Dalam Besen

5-11-2014 05:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3811| Komen: 16

Terpaksa Buang Air Dalam Besen

Keadaan bilik air dan tandas di rumah Aminah yang runtuh.

HULU TERENGGANU - “Sejak tandas runtuh dua minggu lalu, makcik gagahkan diri turun naik tangga untuk guna tandas lama di tepi rumah. Malah, makcik juga terpaksa tadah besen jika suami ingin buang air besar,” luah Aminah Mohamed, 61.

Hanya itu pilihan yang dia ada setelah tandas di bahagian dapur dibina kira-kira tiga tahun lalu runtuh, manakala suaminya, Sulong Saad, 78, pula menghadapi masalah saraf sehingga tidak dapat berjalan dan turut mengalami masalah pendengaran.

Kata Aminah, sebelum ini kedudukan  tandas lebih rendah daripada lantai dapur, namun dibina semula sama tinggi sekitar tiga tahun lalu bagi memudahkan pergerakan dia dan suami.

Bagaimanapun katanya, tandas terbabit runtuh dalam kejadian dua minggu lalu, kira-kira jam 6 petang.

"Makcik pun tak tahu punca sebenar (runtuh), tapi mungkin ada kaitan dengan cara kerja pembinaannya atau akibat pergerakan tanah kerana kawasan belakang rumah bercerun.

“Mahu atau tak selepas kejadian itu, makcik terpaksa guna tandas yang di luar rumah. Memanglah dekat tapi perlu turun naik tangga, makcik pula sakit lutut," katanya.

Bimbang keselamatan suaminya, Aminah tidak membenarkan Sulong turun ke tandas di luar rumah, sebaliknya dia lebih rela menggunakan besen sebagai penadah apabila suaminya ingin buang air besar.

Dengar bunyi kuat

Menceritakan kembali kejadian runtuhan itu, Aminah berkata, dia bersyukur masih dipanjangkan umur dan bernasib baik kerana kejadian berlaku hanya beberapa minit selepas dia keluar dari bilik air.

“Sebelum kejadian, makcik cuci bilik air dan keluar selepas selesai ambil wuduk. Lepas itu belum sempat angkat takbir untuk solat Asar, makcik dengar bunyi kuat.

“Ketika itu suami terbaring atas katil di bahagian dapur, namun dia tak tahu apa yang berlaku sebab tak dengar... suami ada masalah pendengaran. Hanya ALLAH SWT tahu perasaan dan debaran makcik ketika itu," katanya.

Aminah berkata, sejak kejadian itu, dia takut berjalan di bahagian dapur kerana bimbang berulang perkara sama.

Tandas akan dibaiki

Bagaimanapun kebimbangan warga emas itu sedikit lega apabila dimaklumkan tandasnya yang runtuh akan dibaiki dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan sewaktu Aminah menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri yang juga Adun Ajil, Ghazali Taib, di rumahnya, di sini, semalam.

“Jika tidak, makcik sendiri tak tahu sampai bila akan terus berdebar, selain perlu turun naik tangga untuk ke tandas lama.

"Makcik hanya tinggal berdua dengan suami di rumah ini kerana enam anak tiri makcik sudah berkeluarga dan masing-masing tinggal berasingan,” katanya.

Menurut Aminah, suaminya dahulu adalah imam masjid dan turut mengajar agama kepada komuniti setempat, namun sejak lima tahun lalu kesihatannya mula terganggu akibat masalah saraf.

Sementara itu, Ghazali berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kontraktor yang akan melakukan kerja-kerja baik pulih yang akan dilaksanakan secepat mungkin membabitkan peruntukan kira-kira RM20,000.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 3-11-2014 11:43 AM
STONER posted on 3-11-2014 11:40 AM
tandas runtuh pun nk masuk surat khabar. berita sebegini jd kayu ukur wartawan

200 tu sikit sangat la pulak. takkan nak pakai zink je buat dinding?
tapi ya lah, 20000 melampau nau....
Quote qurnia 3-11-2014 11:46 AM
baru buat new toilet....full spek....guna johson suise dlm 5 k sajork..
tiles sampai ke atas
ada sink
water heater
Quote espri6006 3-11-2014 11:52 AM
STONER posted on 3-11-2014 11:40 AM
tandas runtuh pun nk masuk surat khabar. berita sebegini jd kayu ukur wartawan

haruslah letak rm20k sebab masuk paper. Walaupun hakikat sebenarnya tak lebih dr rm500. Mungkin 20k tak termasuk harga kontraktor dan sedikit sumbangan kepada pemberi kontrak. Kalau diikut Simen satu beg letak RM20.00 dan buat tandas besar tu palin banyak 5beg sekali dengan dinding. Beli pasir + bata lagi, upah perkerja pulak. Kalau nak cepat kontraktor kene bagi 3 org kerja baru siap dalam tempoh 2-3 hari. kalau upah sorang mau makan 2 minggu.
Quote edee_91 3-11-2014 11:53 AM
STONER posted on 3-11-2014 11:51 AM
abg rasa rm200 tu cukup sgt dik untuk beli simen batu bata dan upah. hulu terengganu kan kwsn pe ...

untuk beli besen baru kot.
Quote HaifaHanna 3-11-2014 12:08 PM
STONER posted on 3-11-2014 11:51 AM
abg rasa rm200 tu cukup sgt dik untuk beli simen batu bata dan upah. hulu terengganu kan kwsn pe ...

Upah kontraktor.
Hahahahahahahahhaahahahahhaahahahah...
Batu bata pasir rm 0.18 sen sebijik..
rm20k tu mayb die nk buat dapo baru utk makcik ni....
Quote espri6006 3-11-2014 12:20 PM
STONER posted on 3-11-2014 12:08 PM
tandas besar lift tu dua org buat 3 hari boleh siap dik.. tk kan cecah 1ribu pun. jgn la nk memb ...

ye lah abang (abang ke? aku ni 41). kan dh mention situ rm20k sebab nak masuk paper.
Quote clarizsa 3-11-2014 12:24 PM
euuww jijik toilet dia...

cmne leh runtuh...

hmmmm

smpai 20k utk toilet je? toilet kg plak tu... mengada..
Quote ice_sky92 3-11-2014 12:30 PM
Sy tengah makan makcik oiii.
Quote Muntz 3-11-2014 07:14 PM
Kan ada jual bekas khas utk berak kan? Kitorg kat sini panggil 'tampoi'. Perlu ker tadah pakai besen?
Quote Muntz 3-11-2014 07:16 PM
STONER posted on 3-11-2014 11:40 AM
tandas runtuh pun nk masuk surat khabar. berita sebegini jd kayu ukur wartawan

Noks. Kalau buat tandas simple ala2 satu pondok kecik, agak2 berapa skarang? Sbb aku nak estimate buat tandas utk satu tempat nie.
Quote Vellfire 3-11-2014 07:17 PM
Muntz posted on 3-11-2014 07:14 PM
Kan ada jual bekas khas utk berak kan? Kitorg kat sini panggil 'tampoi'. Perlu ker tadah pakai besen ...

Hehe baru nak type
beli jer tampoi


ni kalau dah ada tandas baru
tak ingat pulak guna balik besen tu buat letak makanan
Quote little_sis 3-11-2014 08:19 PM
tgk keadaan umah tu, duit 20k tu kot2 deme perbetulkan sikit2 umah tu kot..
Quote kejoraria 4-11-2014 10:52 AM
tak mencabar tul story wartawan ni...citer psl jamban kot
Quote kluangman 4-11-2014 11:13 AM
Rasanya RM20k ni fair.
Sebab dapur dan tandas terletak di kawasan yg curam dan tak stabil.
Perlu distabilkan tanah, tanam piling.
Rasanya tangki simpan najis pun kena buat balik rasanya.
Quote Muntz 5-11-2014 08:20 AM
STONER posted on 4-11-2014 10:40 AM
kau tinggal area mana dik? tandas single storey atau semi D yg kau maksudkan? kalau satu pondok  ...

Lebih kurang mcm nie tapi konkrit lar noks. Guna utk watchmen post jah.
Quote rosasa 5-11-2014 01:44 PM
kenapa pulak iols kira tandas luar rumah, berdinding zink siap manhole semua rm2.5k? kenapa kenapa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.262192 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top