Harga Rumah RM200,000 (Banglo) Pinjaman Tanpa Faedah di Brunei. Tawaran Rumah Mampu Milik di KL Pula? : Ada rakyat Brunei di sini? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita Taiwan baru-baru ini menunjukkan kehidupan rakyat Brunei yang berjaya menikmati untuk tinggal rumah banglo bagi perumahan awam di Brunei. Butiran lanjut?
Harga jual bagi rumah banglo di kawasan perumahan awam adalah sekitar BRU200,000 sahaja yang mana terbuka untuk warga Brunei yang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan ke atas.
Rasanya dengan gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda di Brunei sekitar BRU2,600 (gaji pokok) bagi sektor awam tiada masalah untuk mereka membelinya.
Lagi Syarat Kelayakan Rumah Murah Mampu Milik (Banglo) di Brunei?
- Yang untuk kalangan rakyat Brunei yang baru pertama beli rumah
- Saiz keluasan tapak rumah banglo di perumahan awam tersebut adalah 330 meter persegi ataupun 3,552 kaki persegi
- Yang menariknya, anda tidak akan dibebankan dengan tawaran skim pinjaman rumah (housing loan) tanpa faedah selama tempoh 30 tahun kepada pemilik rumah tersebut
- Tidak cukup lagi dengan itu, anda juga berpeluang untuk tinggal di rumah banglo tersebut secara percuma tanpa sebarang bayaran bagi 3 bulan pertama sahaja (3 Months free trial)
- Bil elektrik di Brunei? Anda pakai aircond setiap hari sekalipun bil elektrik mereka dengan 3-4 buah penghawa dingin akan berlegar sekitar sekitar BRU150.00 sebulan
Tawaran Harga Rumah Murah Mampu Milik Di KL Bawah RM200,000. Berminat?Berita Semasa perhatikan rumah perumahan awam seperti ini banyak terdapat di sekitar Temburong, Brunei. Mungkin Malaysia juga boleh mengambil contoh dan apasalahnya “meniru” konsep daripada perjuangan kerajaan Brunei membela nasib rakyat mereka yang impikan rumah mampu milik dan “rumah mampu tengok”.
Ia ada kaitan dengan berita terkini yang Berita Semasa terima menunjukkan kerajaan sudah ada perancangan untuk anda semua bagi menjual harga rumah murah di Kuala Lumpur di bawah RM200,000 di atas sebidang tanah yang sudah pun dikenal pasti yang terbuka terbuka kepada golongan pertengahan untuk beli rumah sendiri.
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa harga “standard” di kawasan Kuala Lumpur untuk jenis apartment dengan keluasan 800 kps contohnya dijual pada harga sekitar RM350 – RM500 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik tidur.
Jadi apa agaknya tawaran kerajaan malaysia melalui projek rumah harga murah dan mampu milik di bawah harga RM200,000 kali ini?
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|