WANITA SUMATERA JADI PILIHAN SUAMI UNTUK BERPOLIGAMI Ini kata Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap Sifat penyabar yang tinggi terhadap suami yang seringkali pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti yang dimilik oleh wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia sangat mudah tertawan dengan mereka. Menurut Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera berbanding dengan wanita Malaysia. “Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam. “Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya Ditanya, apakah kelebihan wanita dari Sumatera sedangkan ada antara mereka tidak berpelajaran tinggi, menurut Khairuddin, mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik. “Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu. “Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau Di bawah ini pula pandangan Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran: Layanan yang mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia. Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami. Shatar berkata, perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan. “Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan. “Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami
|
Eric.n9 posted on 4-11-2014 05:54 PM
Dak dak situ sekarang dah jadi mato duitan jer(cewek mater)
Pasal dek ramai uncle uncle mal ...
lavalive posted on 4-11-2014 05:58 PM
wa pi medan..tarak sekor pun yg cantik..
wa pi dumai...lagi la teruk muka sekor2..
Eric.n9 posted on 4-11-2014 06:04 PM
medan mmg hancus pun.
n mostly bukan ori org medan pun dah.
tu mainlad java kompeni hangkut dolu ...
lavalive posted on 4-11-2014 06:06 PM
betul la..
sapa punyer pakcik la yg badigol pi cari kat dumai...
clarizsa posted on 4-11-2014 06:10 PM
laaa aritu syok kt awek siam, pastu awek kemboja, skrg awek indon pula...
nape xde yg poligamikan ...
nikaido posted on 4-11-2014 06:35 PM
ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter ...
nikaido posted on 4-11-2014 06:35 PM
ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter ...
Eric.n9 posted on 4-11-2014 06:08 PM
paling dekat kot dgn malaysia, heeheh. 2jam naik bot
lavalive posted on 4-11-2014 06:13 PM
muka yg pegang poster kalu ada yg sudi buat bini dah patut bersyukur dah...
lagi mau protes ...
nikaido posted on 4-11-2014 06:35 PM
ramai laki nak kawin awek kokesen, tp awek kokesen yg x ramai mau kat laki asean. size does matter ...
ADVERTISEMENT