CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Amerika Syarikat Milik 7,300 Senjata Nuklear

4-11-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5106| Komen: 21

Amerika Syarikat Milik 7,300 Senjata Nuklear

Gambar hiasan 


KUALA LUMPUR - Penduduk bumi hari ini dikira bernasib baik kerana masih belum mengalami sebarang bencana besar nuklear sejak ledakan bom atom meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945.
          
Lebih 200,000 nyawa terkorban dalam bencana yang amat dahsyat itu.
          
Namun, hakikatnya ancaman bencana nuklear terhadap manusia dilihat semakin besar hari ini berbanding apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua memandangkan kemajuan pesat teknologi nuklear serta jumlah senjata itu yang ada begitu tinggi.
          
Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1).
          
Kira-kira 4,400 daripada senjata itu diletakkan dalam keadaan berwaspada dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.
          
"Mungkin memerlukan hanya empat hingga lapan minit untuk mana-mana jeneral atau presiden memutuskan sama ada mahu melancarkan senjata itu atau tidak", kata Profesor Gareth Evans dalam forum anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Wisma Putra baru-baru ini.
          
Musnah hanya dengan menekan butang
          
Bagaimanapun, Evans yang juga mantan Menteri Luar Australia menyatakan perang nuklear mungkin berlaku bukan kerana tindakan kejam seorang 'penyangak' tetapi lebih kepada kesilapan sistem atau manusia akibat salah jangkaan atau salah anggapan.
          
"Jadi jika setakat ini masih belum ada bom nuklear yang meletup dan meragut nyawa kita, ia  bukan kerana pengurusan atau pentadbiran yang tegas tetapi lebih kepada nasib semata-mata", kata Evans.
          
Beliau turut menyatakan bahawa dunia sejagat termasuk Malaysia boleh terjejas teruk walaupun perang nuklear yang meletus itu hanya melibatkan kawasan kecil dunia.
          
Kebenaran yang menekan
          
Buku "Nuclear Weapons: The State of Play" menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu Perang Dingin.
          
Ini memandangkan lebih banyak negara di rantau yang semakin tidak stabil di samping jumlah kumpulan pengganas yang kian meningkat berterusan mencari untuk memiliki senjata nuklear.
          
Sementara itu, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata pada majlis yang sama, amat menyedihkan bahawa usaha pelucutan senjata yang menjadi keutamaan tertinggi masyarakat antarabangsa masih jauh daripada sasarannya.
          
"Kurang kesungguhan politik akan terus menjejaskan usaha mencapai permuafakatan di samping menjadikan usaha pelbagai jentera ke arah pelucutan kurang berhasil", katanya ketika Perhimpunan Agung PBB di New York bulan Oktober lepas.
          
Sementara itu, Evans menjelaskan bahawa semua negara yang mempunyai senjata nuklear termasuk China, Perancis, United Kingdom, Rusia dan AS yang kelima-limanya ahli Perjanjian Pengawalan Senjata sepatutnya komited kepada pelucutan senjata itu tetapi setakat ini tidak melakukan apa-apa ke arah matlamat itu.
          
Katanya, tidak ada satu negara yang mempunyai senjata nuklear memberi komitmen kepada sebarang jadual untuk mengurangkan stok simpanan itu, apa lagi untuk menghapuskannya.
          
Tambah beliau, stok simpanan nuklear kian meningkat terutama di Korea Utara dan sebagai tambahan kepada itu, program nuklear Iran.
          
"Apa yang berlaku sekarang sememangnya mudah untuk menjadikan kita pesimis dan melupakan sahaja usaha pelucutan senjata tetapi itu menunjukkan kita sudah berputus asa", kata Evans.
          
Yakin dengan generasi akan datang
          
Bagaimanapun, Evans tetap optimis dan menggesa generasi muda mengambil giliran untuk bertindak.
          
Antara langkah penting yang boleh dilaksanakan dalam tempoh yang panjang ini ke arah dunia bebas senjata nukleaer adalah untuk berhujah secara berterusan untuk menghapuskan senjata nuklear.
          
Contohnya, untuk menghapuskan kepercayaan senjata nuklear sebenarnya penstabil keamanan dalam kalangan kuasa besar.
          
Ini perlu dilakukan secara berterusan menerusi ucapan dan penulisan bagi memastikan mesej itu dihayati pembuat dasar.
          
Beliau juga menekankan fokus juga perlu diberi kepada mengurangkan proses senjata nuklear sebelum membuat jadual untuk pelucutan senjata itu sepenuhnya.
          
"Secara jujur kita perlu akur kita tak akan berjaya mencapai pelucutan senjata 100 peratus dan pastinya juga kita tak akan dapat mencapainya, katakan menjelang 2030.
          
"Perlu ada dua peringkat penting, pertama, meminimumkan dan kemudian menghapuskan. Mungkin proses ini tidak akan selancar yang diharapkan.
          
"Apabila kita bergerak daripada angka yang rendah kepada sifar, bukan sahaja ada sekatan psikologi dan geopolitik tetapi juga halangan teknikal yang serius di samping, pengesahan dan penguatkuasaan", katanya. 

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 4-11-2014 01:31 PM
Malaysia ada LYNAS, ko ada?
Quote d'zeck 4-11-2014 01:34 PM
selagi kuasa veto yang ada pada 5
negara hasil keputusan kuno
PBB terus tidak diubah,

selagi itu PBB tidak boleh
diharap sepenuhnya oleh dunia
Quote mattzzx 4-11-2014 02:01 PM
Polis dunia mesti kena ada senjata begitu....
Quote saden 4-11-2014 02:17 PM
dah kurang la tu. tahun 80an masa cold war USSR belas2 ribu, US pun belas2 ribu.
Quote DeMax 4-11-2014 02:20 PM
spiderman80 posted on 4-11-2014 01:31 PM
Malaysia ada LYNAS, ko ada?

Arab ada ISIS...ko ada apa?
Quote snipersnake 4-11-2014 02:21 PM
yang kelakarnya dia dok sibuk nak selongkat WMD kat negara orang lain.
Quote penyo 4-11-2014 02:22 PM
spiderman80 posted on 4-11-2014 01:31 PM
Malaysia ada LYNAS, ko ada?

kau baik diam
Quote d'zeck 4-11-2014 02:23 PM
spaileman ale kulup

sama macam demax miya

pfftt

Quote kluangman 4-11-2014 02:32 PM
Audit nuclear missile di US misalnya merumuskan staff yg jaga dah takde motivasi.
Banyak berlaku perlanggaran SOP maintenance dsb.
Bahaya tu takut tiba-tiba berlaku kesilapan dan missile terlancar secara tiba-tiba.

Biasa setiap ICBM (Inter Continental Ballistic Missile) dah pre-program dah kat mana lokasi dia nak jatuh.
Terlancar satu, pihak lagi satu akan bertindakbalas.
Quote namirulmukminin 4-11-2014 02:44 PM
Harap2 le berlaku kesilapan teknikal pada sistem nuklear US tu & meledak kat tempat sendiri... Muhahahahaha...
Quote kiutkiut 4-11-2014 02:50 PM
mmg mencik US nih.. dia boleh ada senjata nuklear.. org lain tak boleh..
Quote jack_ainsley 4-11-2014 09:45 PM
Dekat Malaysia kita sibuk gaduh sesama sendiri. Kutuk keji hukum sana sini kalau lain pendapat macam masuk neraka dan kalau tak sokong kena laknat.
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 09:46 PM
Lantak lah.
Quote Al-Patih 5-11-2014 06:32 AM
Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1).

kalu betui le..stats ni...pehal US takut dongen Korea Utaro...takut bayang sendiri kot...
Quote ultra78 5-11-2014 07:23 AM
Dunia akan aman bila semua senjata nuklear tersebut dilancarkan ke negara-negara Asia barat

Quote tobby 5-11-2014 09:10 AM
klu dinosaur pupus kerna meteor. manusia pupus kerna kapla nuklear.
Quote mbhcsf 5-11-2014 09:15 AM
pakistan launch satu bising satu dunia suatu ketika dulu

nahh depa ada 7 300 lagi

Quote uniq61 5-11-2014 11:10 AM
KONONNYA NEGARA ISLAM TAK PANDAI NAK KAWAL SENJATA NU CLEAR NI...BAHAYA!!
NANTI JAHANAM DUNIA NI..MEREKA JE BOLEH DIPERCAYAI....
JEPUN NAK JUGA..SINGAPORE PUN NAK...KONONNYA UNTUK BELA DIRI..
Quote hokmung123 5-11-2014 06:58 PM
ultra78 posted on 5-11-2014 07:23 AM
Dunia akan aman bila semua senjata nuklear tersebut dilancarkan ke negara-negara Asia barat

Pa hall nk lancar kr sana..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.113664 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top