CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergolakkan Suami Isteri Hingga Panggil Bomba

4-11-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8662| Komen: 61

Pergolakkan Suami Isteri Hingga Panggil Bomba


Melaka: Tiga beranak termasuk dua kanak-kanak perempuan terperangkap dalam bilik tidur di rumah mereka kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Krubong di sini, kelmarin.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, kejadian jam 12.20 tengah hari itu berlaku akibat salah faham antara dia dan suami berusia 30-an mengakibatkan dia bersama dua anaknya berusia empat dan dua tahun terperangkap dalam bilik berkenaan.

“Pagi sebelum kejadian, saya menegur suami memintanya mencari pekerjaan selepas hilang kerja sebelum saya masuk dan menutup pintu bilik untuk menidurkan anak.

“Namun, suami yang berang menendang pintu dari luar dengan kuat beberapa kali, bimbang dimarahi, saya hanya mendiamkan diri dan mendengar suaranya merungut di luar,” katanya ditemui di rumahnya, kelmarin.


Menurutnya, tidak lama selepas itu, keadaan di luar sunyi dan dia yang menyedari suami tiada di luar cuba membuka pintu untuk keluar, tetapi gagal.

“Saya menjerit memanggil nama suami berulang kali sambil merayu memintanya membuka pintu, tetapi tiada jawapan sebelum teringat mempunyai telefon bimbit lalu menghubungi bomba meminta bantuan,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Wan Azlan Wan Abd Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.44 tengah hari daripada mangsa yang mendakwa terperangkap dalam bilik di rumahnya bersama dua anak.

Menurutnya, lima anggota diketuai Penguasa Bomba Kanan II Mohd Ashraf Abdullah bersama satu jentera pergi ke lokasi.

“Sebaik tiba, suami mangsa tiada dipercayai mengurung diri dalam sebuah lagi bilik manakala mangsa bersama dua anak berusia dua dan empat tahun terkurung dalam bilik utama.

“Kita menggunakan peralatan khas untuk mengumpil pintu tanpa tombol di bilik itu yang dipercayai rosak sebelum berjaya mengeluarkan tiga beranak berkenaan,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

MANGSA bersama anaknya yang terkurung dalam bilik utama rumah.



Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 4-11-2014 11:51 AM
Lahabau btol...aku ingat laki die bako rumah
Quote shernazz 4-11-2014 11:53 AM
Sayang tombol ke kak..
Tp dayusnya laki dia..
Bleh plak menyorok
Quote zila_hakimie 4-11-2014 11:54 AM
mengurung diri dlm bilik lain?
suaminya tu?
Quote kejoraria 4-11-2014 11:55 AM
dah sampai panggil Bomba tak pasal2 org tau depa bergaduh.......
Quote makneng 4-11-2014 11:57 AM
hawau punya jantan!!! satu kg tau ko bergadoh..
Quote johnazizul 4-11-2014 11:58 AM
Tgk muka anak dah la bang.... Xkan sampai mengamuk kot.... Sayu muka anak xkan xdpt hilang marah.... Anak tu penawar bang oiiii.... Aku kalau tensen tgk muka anak hilang semua masalah....
Quote supernaturalee 4-11-2014 11:58 AM
“Sebaik tiba, suami mangsa tiada dipercayai mengurung diri dalam sebuah lagi bilik manakala mangsa bersama dua anak berusia dua dan empat tahun terkurung dalam bilik utama.




tertido mampos agknya
Quote encikWawad 4-11-2014 11:59 AM
waaa paling hebat orang gaduh sampai panggil polis - ambulan
hakak ni gaduh laki bini sampai panggil bomba
i nak tgk ada tak rekod lepas ni - laki bini gaduh panggil
perhilitan takpun kastam
Quote prettyuglybabe 4-11-2014 12:06 PM
Ceh.. pintu rosak

Quote idril 4-11-2014 12:10 PM
biar la kakak ni panggil bomba dia xde sedara mara lain kot. takut terkurung tetiba ada kebakaran x ke mati rentung je nanti....
Quote edee_91 4-11-2014 12:13 PM
apa yang peliknya panggil bomba? memanglah ini antara kerja bomba. pintu tu dah rosak akibat dok hentak2 tadi.
Quote mattzzx 4-11-2014 12:13 PM
Asalnya bergaduh suami isteri akhirnya pihak bomba jadi mangsanyaa.... Last edited by mattzzx on 4-11-2014 12:28 PM

Quote DianKdeja 4-11-2014 12:25 PM
pergiler akak cari kerja jgn harap kan laki akak beri makan kat akak dan anak2..jantan jaman ni mmg byk yg dayus hanya tau sebar sperma jer
Quote alieyrina 4-11-2014 12:27 PM
Kesian tgk muka anak tu...
Quote capiloton 4-11-2014 12:28 PM
bomba kena naik gaji..
job scope semakin banyak..
Quote star_anisse 4-11-2014 12:53 PM
sbb tu tukar nama jd bomba & penyelamat.. dulu padam api ja skrg multitasking
Quote haryatie 4-11-2014 12:56 PM
xde sedara mara nak panggil dulu ker..
bomba juga yg diingat nyer..
en. suami tu x rasa malu ker..
gaduh2 sampai segala org tau

da ramai sgt lelaki yg x layak jd suami
elok la single smpai mati...
Quote xoxopac08 4-11-2014 12:57 PM
melaka lagi. ritu kes kepala anak tersepit kat celah besi katil pun panggil bomba. yang ni kes kena kurung dalam bilik pun panggil bomba. ok dah faham. sekang tugas bomba dah makin mencabar.
Quote uhuStic 4-11-2014 02:21 PM
pintu yang rosak apasal suaminya pulak yang salah

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061230 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top