CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampul Prabayar Poslaju Palsu Dipasaran - Pos Malaysia

4-11-2014 11:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6256| Komen: 10

Description: Kesalahan Menghasilkan, Mengedar, Menjual Dan Memproses Produk Pos Palsu Dan Tiruan Boleh Dihukum Mengikut Seksyen 65 Akta Perkhidmatan Pos 2012 Yang Memperuntukkan Hukuman Denda Hingga Rm500,000 Atau ...

Sampul Prabayar Poslaju Palsu Dipasaran - Pos Malaysia



KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berwaspada dengan kewujudan sampul prabayar PosLaju palsu setelah Pos Malaysia Berhad mengesan perbuatan menjual dan mengedarnya dalam pasaran.

Dalam kenyataannya hari ini, Pos Malaysia menyatakan pengguna produk palsu itu menghadapi risiko barangan mereka tidak diterima untuk dihantar selain berdepan tindakan undang-undang.

"Pos Malaysia memandang serius perkara ini dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan hanya membeli sampul prabayar PosLaju tulen di pejabat pos, pusat PosLaju dan ejen PosLaju yang sah," katanya.

Sebuah pasukan petugas khas dianggotai merinyu pos Pos Malaysia ditubuhkan untuk menyiasat kemungkinan wujud rangkaian penjualan dan pengedaran sampul prabayar PosLaju palsu di negara ini.

Hasil siasatan pasukan itu, sebanyak 1,300 sampul PosLaju palsu pelbagai saiz dirampas setakat ini.

Kesalahan menghasilkan, mengedar, menjual dan memproses produk pos palsu dan tiruan boleh dihukum mengikut Seksyen 65 Akta Perkhidmatan Pos 2012 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia meminta Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membantu mengenal pasti dan menahan pihak yang tidak bertanggungjawab itu serta menghentikan kegiatan haram itu yang memberi kesan besar terhadap perniagaannya.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Pos Malaysia untuk melindungi pelanggannya, syarikat itu akan memperkenalkan lebih banyak ciri keselamatan pada produknya.

Pos Malaysia meminta orang ramai melaporkan sebarang kegiatan haram menghasilkan, mengedar dan menjual produk palsu Pos Malaysia dengan menghubungi PosLine 1-300-300-300 atau emel kepada care@pos.com.my atau cawangannya yang terdekat.

3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 3-11-2014 09:57 PM
camne nak bezakan ori ngan tak ori?
Quote CiliPadiSedap 3-11-2014 10:08 PM
hyie posted on 3-11-2014 09:57 PM
camne nak bezakan ori ngan tak ori?

ada barcode pada sampul plastik, blh detect. kurier number lain pula.
Quote dragger 3-11-2014 10:34 PM
klau beli terus kat Pejabat Pos insyaAllah ori

ni musti beli kat online ni.. harga murah dari harga asal kot
Quote stania83 3-11-2014 10:41 PM
Baru je semalam aku terpikir macam mana nak palsukan sampul ni
Quote Al-Patih 4-11-2014 06:09 AM
yang kono...yang malas nak ke Pos Malaysia ..boli sampul tu...
Quote nurul_akmar 4-11-2014 06:47 AM
mcm ni pon nak palsukan.
Quote Blueberri 4-11-2014 07:08 AM
nak untung lebih la tuh beli sampul palsu...
Quote batmana 4-11-2014 07:31 AM
bodonye sapa yg beli, dh tentu setiap kali penghantaran dlm setiap point kene scan bar code.
sia2 ja yg beli tu..
Quote DayangKirana 4-11-2014 08:30 AM
otak menipu sentiasa bijak cari peluang...
Quote fifz 18-11-2014 06:18 PM
Beli kat kaunter pos laju pun dapat yg palsu.. camno??
Tetiba lak barang cust aku kena return balik... Hampeh betul...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077336 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top